Thursday, May 09, 2013

Lantik Sahaja Wakil MCA Ke Dalam Kabinet Walaupun Mereka Enggan

Bila dicadangkan wakil pembangkang dilantik jawatan kabinet, totok UMNO membodohkan teman. Wah, hebat kepandaian mereka. Teman akui. Tetapi teman berpegang kepada konsep realisme dan pragmatisme.

Sekali lagi, kita memang tidak boleh membariskan menteri-menteri di kalangan orang Melayu, Bumiputra Sabah Sarawak dan MIC sahaja. Kita tetap perlukan seorang dua wakil kaum Cina di kalangan barisan kabinet.

Kita boleh lepaskan geram dengan berkata apa sahaja. Keadaan di luar sana tetap tenang-tenang sahaja. Inilah keistimewaan Malaysia. Jaguh keyboard dan jaguh keypad merata-rata.

Tetapi sampai bila kita nak memarahi mereka? Mereka mungkin juga tidak gembira sekarang kerana berasa tertipu oleh Melayu Pakatan Rakyat dan mula berasa takut dengan kempen Buy Chinese Last. 

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, mahu atau tidak, kita terpaksa meletakkan wakil mereka ke dalam barisan menteri. Tetapi siapa?

MCA tidak seharusnya dengan dasar merajuk seperti kanak-kanak, menolak jawatan kabinet. Umur pun dah hampir 60 tahun. Apa nasib wakil rakyat MCA yang bekerja keras seperti Wee Ka Siong dan Wee Jeck Seng?

Mereka ini diundi oleh orang Melayu juga. Mereka tidak perlu mewakili masyarakat Cina lagi kerana kita tahu masyarakat Cina menolak mereka. Pada masa ini, mereka perlu dilayan sebagai wakil rakyat yang menjadi wakil kepada orang Melayu yang mengundi mereka.

Sampai bila kita perlu terus menari dengan gendang Pakatan Rakyat. Biarkan DAP dengan keterbelakangan otak mereka. Kita memang bertanding berdasarkan parti bangsa tetapi bila bekerja, kita yang paling jelas sekali bekerja di luar garis pemisah bangsa. Itu mereka tidak faham. Jadi biarlah mereka hidup dan mati dalam ketidakfahaman itu. Kerana mereka telah berundur ke belakang.

Mereka mengundi bukan atas dasar prestasi lagi. Di Ipoh Timur, Kath Wong bekerja keras, Lim Kit Siang goyang kaki. Tapi calon DAP menang lagi. Siapa yang bersifat perkauman dalam melakar undi? Siapa yang memomokkan bahawa MCA dikuasai UMNO manakala DAP menguasai PAS? Ini bukan perkauman?

Biar kita menjadi contoh bahawa kita masih tebal sifat ihsan. Biar mereka terus jumud dalam kebodohan mereka sendiri. Yang penting, kita jangan.