Thursday, May 09, 2013

Lantik Sahaja Wakil MCA Ke Dalam Kabinet Walaupun Mereka Enggan

Bila dicadangkan wakil pembangkang dilantik jawatan kabinet, totok UMNO membodohkan teman. Wah, hebat kepandaian mereka. Teman akui. Tetapi teman berpegang kepada konsep realisme dan pragmatisme.

Sekali lagi, kita memang tidak boleh membariskan menteri-menteri di kalangan orang Melayu, Bumiputra Sabah Sarawak dan MIC sahaja. Kita tetap perlukan seorang dua wakil kaum Cina di kalangan barisan kabinet.

Kita boleh lepaskan geram dengan berkata apa sahaja. Keadaan di luar sana tetap tenang-tenang sahaja. Inilah keistimewaan Malaysia. Jaguh keyboard dan jaguh keypad merata-rata.

Tetapi sampai bila kita nak memarahi mereka? Mereka mungkin juga tidak gembira sekarang kerana berasa tertipu oleh Melayu Pakatan Rakyat dan mula berasa takut dengan kempen Buy Chinese Last. 

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, mahu atau tidak, kita terpaksa meletakkan wakil mereka ke dalam barisan menteri. Tetapi siapa?

MCA tidak seharusnya dengan dasar merajuk seperti kanak-kanak, menolak jawatan kabinet. Umur pun dah hampir 60 tahun. Apa nasib wakil rakyat MCA yang bekerja keras seperti Wee Ka Siong dan Wee Jeck Seng?

Mereka ini diundi oleh orang Melayu juga. Mereka tidak perlu mewakili masyarakat Cina lagi kerana kita tahu masyarakat Cina menolak mereka. Pada masa ini, mereka perlu dilayan sebagai wakil rakyat yang menjadi wakil kepada orang Melayu yang mengundi mereka.

Sampai bila kita perlu terus menari dengan gendang Pakatan Rakyat. Biarkan DAP dengan keterbelakangan otak mereka. Kita memang bertanding berdasarkan parti bangsa tetapi bila bekerja, kita yang paling jelas sekali bekerja di luar garis pemisah bangsa. Itu mereka tidak faham. Jadi biarlah mereka hidup dan mati dalam ketidakfahaman itu. Kerana mereka telah berundur ke belakang.

Mereka mengundi bukan atas dasar prestasi lagi. Di Ipoh Timur, Kath Wong bekerja keras, Lim Kit Siang goyang kaki. Tapi calon DAP menang lagi. Siapa yang bersifat perkauman dalam melakar undi? Siapa yang memomokkan bahawa MCA dikuasai UMNO manakala DAP menguasai PAS? Ini bukan perkauman?

Biar kita menjadi contoh bahawa kita masih tebal sifat ihsan. Biar mereka terus jumud dalam kebodohan mereka sendiri. Yang penting, kita jangan. 

12 comments:

Anonymous said...

article membuka minda ...
thanks

Anonymous said...

Tak payah...game mereka dh kalah...jgn terlalu beri muka...aoakah melayu ni bahalol sangat hingga tak tahu makna seri?

Anonymous said...

Go to hell with chinese. No margin for error this time. Banyakkan biasiswa pengajian luar negara kepada anak melayu.

Anonymous said...

nak tolong melayu pun kena pilih jugak...banyak yng menadah ni pun puak PAS...lebih2 lg kakitangan kerajaan...org kelantan pun kena pilih...ini semua parasit!

Anonymous said...

Kan Melayu Yang mengundi calon BN Cina tu orang bangang Dan bodoh?

Orang Cina sendiri dah tak hendak calon BN Cina Dan pi sokong PR, buat apalah orang Melayu pi sokong mereka jadi wakil Rakyat?

Siapa yang bodoh sebenarnya?

Anonymous said...

kalau ikut emosi ... memang MCA & GERAKAN .. dah tada apa nak buktikan ....

UMNO pula .. cam biasa .."berlembut" ... biarlah NTR selesaikan .. dia mesti ada percatirankan ....

tetapi aku berharap sangat supaya lantiklaaa KDN dikalangan orang yang tegas ...hati keras ...

Pemerhati said...

Anon 11.31 PG,
Ko ni knapa la bodoh melantun2 sgt ni..ke ko byk sgt mkn kepala ikan? Sbb tu bengap. Org cina tu x pilih wakil cina Dari BN sbb diorg tau klau cina BN ni menang, mama pemerintahan Islam sedia ada kekal mcm biasa. Tp klau melayu penipu rakyat menang maka agenda nak meliberalkan negara kita ni tercapai lah..dgn erti kata lain ok je undi melayu ni sbb diorg adalah balaci lembu cucuk hidung pd diorg. Game simple mcm ni pun x nampak ke?

Anonymous said...

Bangsa Melayu mundur kerana sifat lembut hati, contoh ayat lembut hati " tak apa lah mereka tikam kita, kita belum mati lagi bagi lah apa yg mereka mahu".

Koru said...

jgn di tinggalkan wakil MCA dlm kabinet. msa kita kehilangan pngundi melayu dlm pru yg lepas, mreka byk mmbantu. kali ni kita tlg la plak mreka, biar cina2 lain yg x brguna ni trbukak skit mata mreka.

Anonymous said...

Tak patutlah UMNO tinggalkan MCA bila mereka dalam kesusahan..Dalam tahun 1999 bila undi melayu berpindah..orang Cinalah yang memastikan BN terus berkuasa..kita berpolitik untuk kekal kuasa sekarang dan masa hadapan..dan kalau kita nak kekal berkuasa dimasa datang kita perlu berkongsi kuasa sekarang ni.

.

Anonymous said...

Kalau LANTIK juga puak Cina dalam Kabinet.....PRU14 saya sendiri tidak akan mengundi...orang Kedah kata Perabih beras saja....Mereka sendiri sudah mengatakan akan tolak nak paksa pulak dan patut pun...Patut agih lebih Jawatan Mentri/Timb Mentri Persekutuan kepada MP Sabah/Sarawak berbaloi... Biar puak cina rasakan mereka tidak ada WAKIL dalam Kerajaan sebab itu mereka tidak undi BN.....Menyampah..!

Anonymous said...

cerdiknya cadangan ini..satu Malaysia betul la ko ni

dah orang tu sendiri cakap tak nak. buat apa lagi nk lantik. sia-sia. last2 org cina rasa apa susah, tak skong BN pun no hal. ada jugak 4 5 orang Menteri & timbalan Menteri.

Ah Jib Gor pun baik ngan cina..apa kita nk semua boleh jugak.

tapi..ko duk Ipoh kn. patut la. dah lama sangat jagi kuli Cina kot.