Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali sendiri telah menyatakan bahawa adalah mustahil untuk menghukum ahli-ahli UMNO di Perak yang telah bertindak mensabotaj parti mereka sendiri bagi menunjukkan rasa tidak puas hati pada penentuan calon-calon Barisan Nasional di negeri Perak pada Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu.
Ini kerana jika mengikut perangkaan seluruh negara, nisbah ahli UMNO dan rakyat Malaysia berbangsa Melayu mencapai 1 : 5. Jika ianya digunapakai di negeri Perak yang mempunyai lebih kurang 1 juta penduduk Melayu, terdapat seramai lebih kurang 200,000 ahli UMNO di seluruh negeri Perak.
Dari jumlah itu, dipermudahkan kiraan dengan jumlah penduduk di 31 kawasan Dewan Undangan Negeri yang dimenangi pembangkang, ianya melibatkan kira-kira 180,000 penduduk Melayu. Ini bermakna ianya membabitkan kira-kira 36,000 ahli UMNO. Sekiranya hanya sepertiga ahli UMNO dikawasan ini yang bertindak mensabotaj undi atas pengaruh pihak tertentu, kira-kira 12,000 ahli UMNO yang harus dikenakan tindakan.
Itu hanya kiraan dikawasan yang jatuh ke tangan pembangkang semata-mata. Bagaimana pula jika kiraan di kawasan yang dimenangi oleh Barisan Nasional yang menampakkan penurunan majoriti yang sangat mendadak diambil kira? Contoh mudah ialah kehilangan 11,000 undi kepada pembangkang di Parlimen Tambun.
Adalah tidak logik untuk pemimpin UMNO pusat mencadangkan idea menghukum ahli UMNO yang mensabotaj undi. Pak Lah sendiri suatu masa dahulu pernah terlepas cakap bahawa segala ketidakpuashatian, boleh dikemukakan melalui peti undi. Makanya telah terzahirlah bahawa ahli UMNO sendiri mempunyai rasa tidak puas hati terhadap pelbagai isu pada darjah yang agak tinggi.
Sekiranya rasa tidak puas hati rakyat Malaysia yang bukan ahli UMNO diutarakan, pastinya pemimpin negara akan pantas mencari jalan penyelesaian sedikit sebanyak bagi memuaskan hati rakyat.
Namun, apa yang dicetuskan oleh pemimpin UMNO pusat sangat jelas menggambarkan bahawa ahli UMNO sendiri dianaktirikan. Ketidakpuashatian mereka yang cuba mereka zahirkan melalui saranan Presiden parti dicadangkan agar diubati dengan cara mereka akan dihukum. Inilah malangnya UMNO hari ini.
Seharusnya kekalahan besar yang ditanggung oleh Barisan Nasional yang dikemudi UMNO pada pilihanraya itu sedikit sebanyak membuka ruang untuk UMNO mengkaji masalah dalamannya dengan lebih fokus dan penuh sifat muhasabah. Malangnya, UMNO yang terperanjat atas undi rakyat termasuk ahlinya sendiri telah mula menari-nari pada rentak yang salah.

No comments:
Post a Comment