Pada pendapat saya, isu perkauman adalah hasil buruk dari tangan ahli politik. Politik membunuh perkembangan keharmonian kaum di Malaysia yang mampu menjadi lebih baik tanpa penggemparan seperti hari ini.
Kita masih menampakkan bahawa kita cuba mengada-adakan susana harmoni di tempat awam. Bagaimana di hati? Jangan nafikan. ( Ini adalah perbincangan, bukan?) Tetapi mengapa ahli politik yang diperkatakan. Saya rasa mereka menganggap mereka hanya berkata-kata. Kononnya mereka sebenarnya tidak berbuat apa pun kerosakan. Tetapi tidak semua orang Melayu beranggapan sedemikian. Saya risau orang Melayu kelak mengamuk kerana perkataan 'amuck' itu datangnya dari bahasa Melayu.
Untuk berbicara tentang isu perkauman atas dasar perbincangan, ianya sepatutnya dilihat dari sudut ilmiah. Tetapi bukan semua rakyat Malaysia berfikiran sedemikian.
Walaupun saya boleh bertolak ansur melihat sistem raja-raja diperbaiki, saya tak boleh melihat kritik itu atang dari seorang wakil golongan yang bukan sahaja tidak mahu dimelayukan langsung, malah membenci elemen kemelayuan.
Bukanlah sebab pemerintahan Mahathir yang menyebabkan raja-raja berdiam diri, sebenarnya kerajaan hari ini membelakangi raja tidak kira pemerintah mahupun pembangkang. Memang patutlah Kesultanan Perak memalukan Nizar kerana membelakangkan institusi beraja. Kesultanan Perak hari ini mahir undang-undang. Apa yang terlihat pada Nizar hanyalah sedikit ketulahan.
Para pendatang seratus tahun lalu ini, cuba kita lihat, bukan sahaja bahasa mereka berbeza dengan bahasa kerajaan, malah bahasa raja negara yang kononnya mereka setia kepadanya. Malah mereka menolak kepentingan bahasa Melayu. Hari ini mereka mahukan bahasa bekas penjajah yakni Inggeris. Mereka mahu meruntuhkan tembok bumiputra dan bukan bumiputra, tetapi malang sekali, mereka menolak keras asimilasi yang merupakan kunci kepada kesamarataan kaum.
Dalam desakan pelik mereka, langsung tiada tangan yang mahir untuk mengendalikannya. Rakyat memilih pencetus kontroversi dan menolak pembina negara. Ini menggegar kerukunan negara. Pemimpin ini diundi rakyat yang mahu menunjukkan demokrasi tulen yang pada hakikatnya langsung tidak bersesuaian dengan keadaan sosial negara ini sekurang-kurangnya sehingga hari ini.
Saya percaya kita mampu memperlihatkan tahap tertinggi hormat menghormati kita sesama kaum. Ianya hanya dengan kekuatan kerajaan dua pertiga yang dianggotai oleh pemimpin yang bekerja dan bukan retorik semata-mata yang sesiapa pun mengakui, akan mendapat faedah sampingan atas jerih perih mereka mengendalikan negara.
Seperti yang dikatakan oleh Tun M, kerajaan yang lemah tidak elok untuk sebuah negara berbilang kaum.
Dan saya menyatakan bahawa kerajaan campuran / kerajaaan majoriti kecil / majoriti mudah hanya sesuai untuk negara satu bangsa satu bahasa seperti Jepun, Itali, Thai, Indonesia dan mana-mana yang sepertinya dan bukannya pada sebuah negara seperti Malaysia yang rakyatnya terbahagi jelas perbezaannya sehinggakan diada persamaan dalam bahasa, kesusasteraan, seni, agama, adat resam, kehidupan seharian, hiburan, muzik, jenaka, sentimen malah penuh dengan pendapat yang tidak diketahui semua.
Pemakaian sistem kerajaan lemah seperti hari ini adalah pemula kepada sebuah ketidaktentuan yang merosakkan.
Apatah lagi dengan adanya otak-otak Karpal dan DAP di dalam sebuah barisan pembangkang yang kuat. Yang celupar dan membenci untuk dimelayukan. Kita sebenarnya tersalah gunapakai sistem di negara ini. Kita patut sekuat kerajaan Singapura. Namun mengapa hari ini kita gagal? Kerana majoriti rakyat kita telah beku otaknya akibat dikencing hidup-hidup oleh pemburu kuasa yang gila.
Kita hanya menunggu masa untuk melihat runtuhnya sebuah sistem yang dahulunya dihormati sekiranya kita tidak memilih untuk diperintah oleh kerajaan yang kuat dan kukuh dan tidak merelakan negara ini dipimpin oleh mereka-mereka yang akan mengatakan apa sahaja mengikut sedap perut mereka kerana terlalu dahagakan kuasa dan berdebat di parlimen seperti beruk di rimba. Malangnya, rakyatlah yang memilih mereka. Akibatnya salahpakai sistem di Malaysia akan meruntuhkan negara ini sendiri.
Benarlah, kerosakan itu adalah hasil dari TANGAN-TANGAN manusia itu sendiri.

No comments:
Post a Comment