Saturday, May 10, 2008

Taufan Pasifik Barat Bermula

Terdapat satu lagi taufan yang bakal membadai daratan terbentuk di Pasifik Barat dan kini mungkin menghampiri Filipina. Taufan-taufan Pasifik Barat biasanya membadai Filipina, Vietnam, Hainan, Hong Kong, Taiwan, persisiran pantai China, Korea Selatan dan Jepun. Taufan Rammasun yang baru terbentuk mengikut imej Jabatan Meteorologi Malaysia, telah melengkapkan pusarannya dan sedang mengumpul kekuatannya.





Taufan-taufan sebegini diramalkan akan mlambatkan monsun dan merubah musim pertanian dunia dan menambah parah kepada krisis makanan dunia.


Walaubagaimanapun taufan Rammasun di jangka tidak menghempas daratan. Ia akan bergerak ke perairan Jepun dan menjadi lemah. Ini merupakan taufan pertama yang terbentuk di Pasifik Barat pada tahun ini. Ianya bermula dengan pergerakan ke arah Utara dan turun berperingkat menghempas Korea, China, Taiwan, Hongkong, Vietnam dan Filipina sehingga Disember. Dikatakan pada masa depan siklon ini akan mampu untuk tiba di Malaysia.

No comments: