Mungkin pedas bagi sebahagian besar orang Melayu sendiri. Tapi memang sah dan terang ialah betapa Melayu suka bermain politik sedangkan mereka langsung tidak tahu menggunakan politik itu dengan cara yang betul.
Ada yang anggap, sifat orang Melayu jadi begini sebab demer terlalu khayal dengan kehidupan. Masalah, karaoke. Hiburan, karaoke. Itu contoh sesetengah Melayu yang memang nak lari dari masalah.
Pada otak Melayu tipikal, politik bermakna parti dan parti. Itulah parti yang mereka ada kerana mereka jauh terdedah parti duniawi. Pada mereka, politik bererti memilih. Pilihan bukan holistik. Pilihan dibuat sedangkal-dangkal pemikiran mengikut emosi yang penuh taksub dalam keujuban lingkungan bangsa sendiri.
Politik itu amat luas. Kadang-kadang terlalu artistik sehinggakan sukar untuk orang mentafsir politik sesebuah puak itu. Namun, politik Melayu sangat tipikal, mentah, plain dan gross. Tidak artistik, malah membalut kepompong pemikiran mereka sehingga menganggap bahawa politik Melayu bermakna beberapa puak yang mempertahankan parti masing-masing di kalangan orang Melayu.
Politik Melayu terlalu mudah untuk membuatkan orang Melayu dikencing hidup-hidup tidak kira oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab tidak kira parti manapun, serta peniaga-peniaga bukan Melayu.
Politik sebenarnya merangkumi pakej yang terlalu lengkap berbanding apa yang ada pada pemikiran Melayu hari ini. Politik juga bermaksud bagaimana untuk mengasingkan hidup berpuak ketika sedang menggalakkan satu penyatuan yang menguntungkan semua. Cina boleh, kenapa Melayu tak boleh? Bodoh sangat ke Melayu? Sebab paling penting ialah berhubung isu survival.
Survival bermakna bagaimana orang Melayu dapat mencipta ruang ekonomi mereka sendiri dengan kuasa beli yang ada. Malangnya, mereka enggan memakmurkan bangsa mereka sendiri dengan seribu satu alasan yang hakikatnya berpaksikan dengki kerana politik cetek yang dianuti.
Sikap chauvinist juga adalah politik. Dengan sikap ini sahajalah, orang melayu dapat membentuk peribadi yang kukuh. Saya tidak membohong. KAUM CINA TELAH MENGAMALKAN POLITIK CHAUVINIST sejak mereka mula tiba. Hari ini, mereka berjaya mencipta ekonomi. Kerana duit orang Melayu! Survival menggalakkan mereka hipokrit.

Kurang 1% Melayu yang memahami bahasa ibunda orang-orang bukan Melayu sedangkan 99% mereka memahami bahasa Melayu. Dan kini, kita membiarkan mereka memerintah kita. Maka bakal runtuhlah sekali lagi 'empayar Melaka' oleh tangan pendatang yang diberikan warganegara kurang 60 tahun lalu.
Kuasa beli orang melayu meliputi 3/4 dari perdagangan peruncitan setiap hari di Malaysia. Namun, mengapakah orang Melayu tidak maju? Kerana Melayu membenci Melayu dengan HASAD yang tinggi.
Itu la yang nak dicakapkan. Kita patut fikir dan patut sedar bahawa mensosialiskan dan meletakkan Perak pada garis kesaksamaan adalah satu kesilapan apabila kuasa memerintah jatuh kepada bukan Melayu.
Lalu burung belatuk Melayu dijemput melacurkan diri atas sesuatu hubungan yang mengkafirkan pada hemat mereka dahulu. Pembetulan atas pentadbiran terdahulu hanyalah sekadar isu pemimpin yang salah berjuang di landasan yang betul.
Tapi, bila teman pikir balik, dapatlah teman faham bahawa, orang Melayu memang selalu buat silap dan suka kena kencing. Mereka mampu menukar seluruh enjin sedangkan hanya beberapa komponen yang rosak dan boleh ditukar, semata-mata kerana jahil dan ditipu mekanik kereta.

1 comment:
Melayu? Siapakah Melayu?
Hari ini orang Melayu ialah Warganedara Malaysia yang tinggal di Semenanjung dan beragama Islam.
Ada Mandailing, Jawa, Rawa, Baweyan, Banjar, Bugis, Patani, Acheh, Minangkabau, India Muslim (biasanya dipangil Mamak) dan Cina Muslim (biasanya dipanggil Mualaf.
Hanya selepas Bahasa Melayu di akademikkan maka terdapat suatu lenggok Bahasa Melayu Malaysia yang digunapakai dalam penulisan dan percakapan.
Melayu bolehlah dijuruskan kepada Bangsa Melayu Malaysia.
Dari segi politik Melayu Malaysia ini nampaknya terbahagi kepada UMNO, PAS dan PKR.
Cuma yang paling malang ialah suatu budaya yang tak elok diamalkan oleh Melayu kita ialah suka memfitnah dan mejatuhkan sesama sendiri.
Permainan enjit-enjit semut yang mengajar supaya kita menurangkan kesakitan sipemain yang berada di bawah, tetapi kita hari ini adalah sebaliknya.
Post a Comment