Memansuhkan ISA sekali lagi diterangkan, hanya mencipta kacau bilau. Ini kerana, tanpa ISA, Melayu yang terguris perasaannya, bebas untuk memberi provokasi.
Mereka yang menuntut supaya dihapuskan ISA boleh di ibarat seperti kelompok orang kaya penduduk di tepi sungai yang mahukan empangan yang ada dihulu, dipecahkan, kononnya mereka mahu lebih air untuk bercucuk tanam. Ini kerana mereka mempunyai kawasan tanaman yang luas, dengan beribu-ribu pekerja, tetapi air sungai tidak mencukupi. Akur dengan kehendak mereka, takungan di alirkan perlahan-lahan, empangan disurutkan dan penghadang diletupkan. Mereka menikmati air yang lebih lagi untuk saliran pertanian. TETAPI, oleh kerana tiada empangan, rupa-rupanya akan berlaku banjir besar yang memusnahkan bukan sahaja tanaman, malahan membunuh pekerja-pekerja pertanian mereka. Mereka yang ditepi sungai ini, tidak-dapat tidak, dengan wang dan kuasa yang ada, akan lari meninggalkan zon bencana, membiarkan pekerja yang bekerja untuk mereka, mati lemas. Kecuali yang sedang enak beradu hingga tiada terlihat oleh mereka bencana yang datang. Mereka yang ditepi sungai inilah yang mati terlebih dahulu.
Itulah diibaratkan seandainya ISA tiada. Sesungguhnya mereka menuntut mengikut hati dan nafsu ketamakan bersuara. Jika mereka menggunakan minda, mereka akan diam selamanya.
Baginda Sultan Perak mahukan pihak-pihak yang mengguris perasaan Melayu menghentikannya. Ini ada asasnya. Penulis pula takutkan seandainya orang Melayu telah terguris, orang Melayu sendiri mendesak ISA dihapuskan bagi memudahkan 'banjir besar' berlaku.

No comments:
Post a Comment