Thursday, October 30, 2008

Penternak Babi Gagal Kaya Cepat

Utusan Online, 30/10/2008 4:22pm
Mahkamah tolak saman cuai RM136 juta ke atas kerajaan

PUTRAJAYA 30 Okt. – Kerajaan Malaysia hari ini berjaya mengenepikan saman cuai bernilai RM136 juta yang difailkan oleh 184 penternak babi dan waris mereka yang meninggal dunia akibat wabak virus Nipah 1998-1999 selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mem benarkan rayuan kerajaan dengan kos.

Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Ab. Rahman dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan 184 penternak babi itu.

Hakim Nik Hashim dalam penghakimannya berkata, kerugian yang dituntut oleh penternak babi berkenaan dalam saman itu adalah diakibatkan oleh penyakit virus Nipah dan kerugian itu bukan diakibatkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, tuntutan oleh penternak babi itu tidak kukuh dan dengan itu wajar ditolak.

Katanya, dalam sebarang dakwaan terhadap kerajaan, pegawai kerajaan yang Didakwa bertanggungjawab melakukan tindakan itu perlu dibuktikan sebelum kerajaan dipertanggungjawabkan sepenuhnya bagi tindakan itu.

Beliau berkata, tidak memadai untuk sekadar mengenal pasti pegawai itu tanpa memasukkan pegawai itu sebagai satu pihak kerana tindakannya itu perlu dibuktikan. - Bernama



Ulasan

Pelik tapi benar. Kebodohan yang tergambar oleh penternak babi yang 'kerugian' ini disahihkan oleh mahkamah. Mereka menternak babi, mereka gagal memastikan persekitaran kandang babi mereka bersih, mereka langsung tak pedulikan langkah-langkah pencegahan dan pembasmian penyakit, mereka mengakibatkan kerajaan menghabiskan wang beratus-ratus juta untuk kerja-kerja mencegah, mengawal dan merawat pesakit, dan SELEPAS ITU MEREKA MENYAMAN KERAJAAN.

Kepada penternak babi-babi ini, ini bukan jalan untuk mencuba menjada kaya serta merta. Ini adalah sekadar kebodohan anda semua paling nyata. Sendiri bela, sendiri makan, sendiri kotor, sendiri sakit, sendiri tanggung. Mungkin Pakatan Rakyat dapat membantu kerana mereka jaguh dalam isu babi.

3 comments:

mrf said...

ntah..pu**mak punya penternak babi..sedap2 je nak saman kerajaan..diorang tak tau ke kitorang dok menyumpah tokey2 babi tu sebab ada sedara aku sakit sampai sebulan sebab gi menghapus babi kat negeri sembilan tu..dah la duit kerajjan berjuta habis nak hapuskan wabak..pas tu pulak fadzil nor mantan presiden pas tuduh pulak pak lah gembala babi sebab habiskan duit rakyat nak hapuskan wabak JE..

Ali Abdullah said...

Salam,

Satu pengajaran kepada orang melayu dan bumiputra - jangan berlembut dan beri muka dengan satu kaum yang hanya pentingkan keuntungan wang ringgit dan tali perut diri sendiri terutamanya bangsa asing.

Seharusnya kerajaanlah yang menyaman serta menyita hartanah puak-puak perosak kita nih. Kewujudan JE dan NIPAH berpunca dari kelalaian mereka dalam menjaga kebersihan dan pelupusan najis ternakan mereka.

Ia serupa juga dengan ancaman denggi dan malaria. Tiada beza. Mengapa pula kerajaan harus dipersalahkan dengan pelupusan ternakan-ternakan mereka yang dijangkiti virus tersebut sedangkan mereka sendiri pun takut dan was-was hendak memakannya?

Janganlah kita memperdulikan semua tindakan bodoh mereka ini, kerana jika dilayan juga akibatnya kita sendiri yang akan sakit hati..

yusof said...

aku sokong 100 percent supaya penternak babi tu pulak kerajaan saman...tapi bro,kena ingat...kewujudan kandang-kandang babi tu semua adalah kerana kelalaian pihak mana?kerajaan mana?kawasan Dun siapa?parti mana?SIAPA yg luluskan projek tu?????jangan jadi seperti pepatah "baling batu sorok tangan"dan "sendiri kentut tuduh org pulak "he.he....