Para pemimpin politik Malaysia sedang berhadapan dengan satu pertembungan ketamadunan yang kembali meningkat. Antara demokrasi dan feudalisma.
Krisis di Thailand menunjukkan bahawa rakyatnya bebas menjatuhkan kerajaan melalui tunjuk perasaan besar-besaran kerana yakin bahawa tanpa kerajaan yang memerintah, negara dipegang oleh Raja dan tentera.
Mereka menjunjung demokrasi hinggakan pihak yang memprotes, terikut-ikut dengan cara mereka kerana mereka lebih sayangkan raja mereka. Mereka menggunakan suara rakyat untuk jatuhkan kerajaan kerana yakin, institusi tertinggi adalah institusi raja yang diketuai oleh raja mereka sendiri.
Di negara ini, kedapatan ahli politik pro kerajaan yang mempertahankan institusi beraja. Sekurang-kurangnya dari satu nada yang tidak dipercanggahkan. Dikalangan ahli politik pembangkang yang berbangsa Melayu, nada untuk mempertahankan institusi beraja juga kedengaran.
Disebalik dunia Melayu Malaysia, dunia Cinanya menunjukkan ramai yang berdiri dibelakang DAP, sebuah parti sosialis. Sosialis merupakan fahaman yang tidak dimasukkan institusi beraja di dalamnya. Sudah tentulah ia menentang institusi beraja itu sendiri kerana tegaknya fahaman sosialis dahulu adalah kemenangan ke atas sistem feudal yang dibunuh kejam.
Maka kemelutnya ialah Thailand telah menunjukkan satu contoh kepada Malaysia bahawa kononnya, itulah demokrasi terpimpin walaupun Thailand kerugian ratusan juta akibat penutupan dua lapangan terbang setelah dirampas gerombolan rakyat. Di tangan mereka, potret raja mereka.
Di Malaysia, puak yang mahukan kebebasan bersuara, berhimpun dan berdemonstrasi menyerang institusi raja. Puak yang merancang, memperhalusi politik Melayu dan mahukan penghapusan I.S.A mahukan cengkaman kuasa berstrategi.
Yang tinggal orang Melayu yang bergelut dengan politik semburan polis anti rusuhan dan menjerit seperti orang histeria. Sedangkan pemimpin mereka bertukar-tukar strategi antara anti-feudal dan ketuanan rakyat. Ketuanan rakyat sendiri bermaksud demokrasi total berasaskan prinsip kapitalis bertopengkan liberalisasi sosialis.
Yang menjerit nanti juga orang Melayu. Menjerit menyesal. Hilang lagi satu kekuatan. Sebelum ini cengkaman bumi pun makin sedikit setelah tanah sendiri banyak habis terjual, kali ini kerana manipulasi ke atas kuasa yang diberi oleh mereka sendiri kerana mengundi kesatuan tersebut.
Masanya kelihatan sangat hampir.

4 comments:
Perlembagaan Persekutuan
Perkara 159 (5)
..., Perkara 38, 63(4), 70(1), 72(4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.
itulah nasib orang melayu ipohmalay...
menang sorak kampong tergadai. bukan saje kampong habis semuanya nanti jadi plestin....
maka satu gerakkan macam melawan malayan union perlu diadakan utk penyatuan melayu
kita kena halang sekor musang berbulu ayam yg akan menggadaikan bangsa dan agamanya semata mata mau jadik PM...!!!
sistem raja berlembagaan, agama islam, hak melayu akan terbela apabila musang berjanggut ini NYAH dari kancah politik negara!!
kenal ke siapa musang berjanggut itu?? musang yg pandai menari lagu Kopi Dangdut..
salam tuan blog.
maaf lama tak singgah. ada halangan masa sikit.
selepas ini saya akan kerapkan diri ke blog3 team kita.
tq
Post a Comment