Ahad, Januari 25, 2009

Apa Sebab ADUN Bota Lompat Ke PKR?

Assalamualaikum,

Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-

Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.

Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.

Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.- Dato' Nasarudin Hashim


Ulasan

Istilah keluar parti bersamaan maksud dengan meninggalkan. Meninggalkan terbahagi dua kepada kerana benci atau demi cinta. Walau apapun niat di lubuk hati Nasarudin Hashim dalam tindakan beliau, penulis pasti ada rahsia besar yang tersembunyi di punca pemikirannya. Sama ada demi diri sendiri atau demi agama dan bangsa, itu perkara kedua.

PKR di Perak kini mempunyai 8 kerusi DUN dalam negeri Perak. Dengan kuasa 8 anggota dalam kerajaan negeri, Nasarudin sebagai orang 'lebih pandai' kini dalam barisan PKR di Dewan Negeri yang dulunya TIDAK ADA, juga dengan kapasitinya, mampu menyingkirkan Nizar Jamaluddin yang selama ini dicemuh oleh orang Melayu di Perak yang enggan dimalukan dengan kerajaan berkepalakan pemimpin boneka.

Apapun hasil tindakan beliau ke atas politik negeri Perak merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu. Beliau mungkin menganggap tindakannya mengguris UMNO tetapi beliau pasti tahu apa yang beliau lakukan.

Tiada parti lagi yang relevan apabila agama dan bangsa dipersenda.

Tetapi, satu sudut lain yang pasti ialah, pada PRU10 1999, Bota jatuh ke tangan PKR. Apakah Nasarudin merupakan 'penyampai radio' yang selama ini berkhidmat untuk Anwar?

Itulah politik. Teman tak akan mengubah kawasan penyokong UMNO dalam peta di kolum kanan ini kerana secara teknikalnya, seseorang wakil rakyat yang melompat parti perlu dipertandingkan semula. Suatu hari nanti, satu pindaan pasti perlu berlaku kerana itulah keadilan untuk rakyat.

15 ulasan:

TAIPINGMALI berkata...

Dari yang disebut oleh beliau dalam berita tv3 tadi jelas menunjukkan sikap beliau yg tidak setia kepada parti dan sanggup mengeluarkan kenyataan bohong kononya PKR lebih baik

Mungkin Anwar tolong selesaikan hutang lamanya kut.

Tanpa Nama berkata...

Buat abg Taiping mali dan Ipoh Maly..kahkah...kah...macam-macam la ko sebut...kalu taiping mali..lagilah bab copy paste cukup suka...memang la Anwar tolong bayarkan hutangnya...ko pun ada hutang gak...bila mau bayar...kah-kahkahhh...Sudah baru taiping mali tunggu dua adun lagi nak join pakatan rakyat ko jaga taiping baik-baik no...nu kat ulu sepetang...nu kat Kamunting...pi main jauh-jauh buat sibuk saja.....

BotaMalay berkata...

Apa slahnya kata nak ketuanan Melayu...nanti 5 lagi sebarang semua Melayu tunggu ajelah...baru la ketuanan Melayu wujud...kan?kan?kan? IpohMalay?Abang pangkor dan sungai manik...jangan la bengang...kami orang UMNO Bota pun udah getik dengan UMNO nie...semua nak balun...Zambry dan Zainon tolong jage kawasan masing-masing ikut suka kami la kalu adun kami nak lompat parti pun...ete kome lagi teeruk politik wang...kata nak tolong melayu..awak dok nunggu le...tapi habuk pun tarak...memang UMNO dah idak bergune lagi....

IPOHMALAY berkata...

aku boleh sebut apa aku suka..aku pemerhati.. ahli politik dan pencacai mereka berkerja untuk aku..

kahkah

IPOHMALAY berkata...

UMNO perlu dirampas... tapi komer no gut... nak mati biar sampai hujung nyawa... nanti orang tak tuduh melayu islam bangsa lalang...

ibarat kalu israel memerintah, semua masuk yahudi

GOMO berkata...

PADA AKU ADUN YANG LOMPAT MASUK PKR NI TAK UBAH SEPERTI BINATANG YANG MENCARI KEGAIRAHAN!!!

GHAIRAH MENCARI WANG RINGGIT!!!
GHAIRAH MENCARI POPULARITI!!!

BINATANG SEMACAM INI TIDAK PERLU LAGI DIPANDANG TINGGI OLEH RAKYAT!!!
PENGUNDI MENGUNDINYA KERANA BN!!!
DAN SEKARANG LOMPAT KE PKR ADAKAH KERANA KEHENDAK PENGUNDI???

BINATANG-BINATANG!!!

Tanpa Nama berkata...

Kahkahakahakahh...memang betul la lu barua UMNO....lua ada otak ka...krjn luluskan lesen konsert Rihanna ( USA singer)...kata nak tolong Palestine...ko tak yah sebut la Islam IpohMalay..buat malu aje...parti ko nie la sebenarnya perosak bangsa melayu....kalu lu nak tolong Melayu dah lama dah 50 tahun lebih...tapi Melayu hampehs...betul la kata che det di dalam blognya PRU ke 13 UMNO akan hancur musnah....di tambah lagi blogger bebal macam lu...kahkahkahakhakkkaaaaahhh

Tanpa Nama berkata...

Kahkahakahakahh...memang betul la lu barua UMNO....lua ada otak ka...krjn luluskan lesen konsert Rihanna ( USA singer)...kata nak tolong Palestine...ko tak yah sebut la Islam IpohMalay..buat malu aje...parti ko nie la sebenarnya perosak bangsa melayu....kalu lu nak tolong Melayu dah lama dah 50 tahun lebih...tapi Melayu hampehs...betul la kata che det di dalam blognya PRU ke 13 UMNO akan hancur musnah....di tambah lagi blogger bebal macam lu...kahkahkahakhakkkaaaaahhh

Tanpa Nama berkata...

Kahkahakahakahh...memang betul la lu barua UMNO....lua ada otak ka...krjn luluskan lesen konsert Rihanna ( USA singer)...kata nak tolong Palestine...ko tak yah sebut la Islam IpohMalay..buat malu aje...parti ko nie la sebenarnya perosak bangsa melayu....kalu lu nak tolong Melayu dah lama dah 50 tahun lebih...tapi Melayu hampehs...betul la kata che det di dalam blognya PRU ke 13 UMNO akan hancur musnah....di tambah lagi blogger bebal macam lu...kahkahkahakhakkkaaaaahhh

Carbonara berkata...

Muahhahaha....kata nak rampas perak dari pakatan...la ni macam mana?

Dulu BN rampas Sabah pasal lompat party tak sebut pun nak gubal undang-undang baru.

Tunggu la...lagi banyak akan ke seberang.

IPOHMALAY berkata...

masalahnya ada TEMAN heran ke MENGKEMER nak berlompat beruk... di saat orang UMNO tengah berduka... teman tengah senyum kat Nasarudin... MENGKEMER.. ahli pencacai.. belum layak berkata-kata ngan TEMAN..KAlau nak berkata pun... teman dengor je le.. celoteh remaja akhir zaMAN... :)

YANG PASTI... mengkemer diberi 20 ahli parlimen BN ke bahagian mengkemer pun teman boleh senyum je.. teman tak heran... anak cucu mengkeme je heran...

teruskan bersukaria...

hehee..

p/s : suka tengok melayu bodoh ramai benor dalam negeri ni.. senang nak handle..

IPOHMALAY berkata...

lagisatu.. teman tak payah jadi retarded bastard party sampai nak kena dua tiga kali post.. satu post cukup... menggelopor...

Orix Concepts berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

MB Perak: 3 lagi ADUN BN akan sertai Pakatan

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Kira-kira 24 jam selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota dari Umno menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa tiga lagi ADUN Barisan Nasional (BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat.

Terdahulu di ibu negara, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa ada lagi wakil rakyat BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Timbalan Pengerusi BN itu menyifatkan semua itu sebagai khabar angin sahaja.

"Semua itu khabar angin sahaja...saya tidak fikir (ada lagi yang akan berpaling tadah)," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu berikutan tindakan Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR semalam.

Nizar ketika mengulas lanjut isu itu memberitahu, perbincangan dengan ketiga-tiga ADUN terbabit sedang berlangsung dengan Pakatan Rakyat.

"Kita sedang berurusan. Perbincangan mengenainya sedang berjalan," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak di Ipoh hari ini.

Ketika ditanya mengenai identiti ADUN berkenaan, beliau berkata ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan ialah dari Umno.

"Kami mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat dan kami terbuka untuk menerima mereka," katanya.

Dengan keputusan Nasarudin, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, PAS dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, keputusan Nasaruddin tidak menjejaskan kedudukan BN.

Kata beliau, keputusan Nasaruddin itu hanya membawa perubahan kepada jumlah kerusi di persidangan DUN.

Tajol Rosli, yang juga Pengerusi BN Perak, berkata BN di Perak masih kukuh dan berazam mahu merampas semula Perak daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita ada tiga tahun lagi untuk berbuat demikian dan BN telah menggerakkan semua jentera terutamanya untuk meraih undi pengundi muda.

"BN mendapati kekurangan undi pada pilihan raya umum ke-12 adalah di saluran tiga dan empat... kita akan gerakkan jentera untuk mendapatkan sokongan pengundi muda daripada saluran tersebut," katanya selepas menghadiri sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan di Gunung Rapat di sini.


KAH KAH KAH KAH KAH KAH....... kah kah kah kah kah kah............ ni pengkhianat ape pulak? kah kah kah kah kah..... kah kah kah kah kah kah kah....... datuk zahid raya di mana ? kah kah kah kah kah.... kah kah kah kah kah.........

azreen berkata...

jawapan yang mudah,

>TAMAK
>KURANG BIJAK
>TIDAK SETIA
>LUPA DARATAN