Wednesday, January 21, 2009

Seruan Najib Agak Terlewat

Nampaknya, bakal PM Malaysia, Datuk Seri Najib telah terjaga dari lena. Saranan beliau agar UMNO dan BN melakukan perubahan boleh dikatakan tepat walaupun telah terlambat. Sepatutnya saranan ini bergema ketika ahli-ahli akar umbi membuat pemilihan di peringkat cawangan.

Penulis, meletak jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda Cawangan beberapa ketika sebelum PRU12 kerana bosan dengan politik melampau dalam parti. Lalu, penulis yang telah menang tanpa bertanding untuk 4 penggal bagi jawatan tersebut tidak dinamakan lagi pada pemilihan yang lalu. Kemudian penulis terdengar ada ura-ura cadangan untuk melantik penulis menjadi Exco Pemuda Bahagian, tetapi penulis keberatan dan faktor jarak jadi penghalang. Buat masa ini, penulis selesa untuk memerhati dari jauh.

Dengan tidak berada di dalam UMNO, penulis tidak pula mengatakan Pakatan Rakyat adalah parti yang betul. Penulis faham tentang politik akhir zaman di mana yang salah akan dipandang betul. Justeru apa yang telah terjadi adalah apa yang dikehendakki untuk terjadi.

UMNO sebagai sebuah parti berusia 63 tahun mempunyai pasang surut relevensinya tersendiri. Seperti pantai, jika berlaku surut melampau, maka bersedialah untuk dihempas tsunami. Kini UMNO telah ternyata surut dengan melampau dan tsunami kebangkitannya hanya menunggu detik bila.

Bila? Ketika UMNO itu sendiri mengalami perubahan drastik yang ramai diantara kita tidak mengetahui bagaimana. Puluhan jika tidak ratusan nama-nama yang berkaliber diperingkat bahagian telah 'terbunuh' dalam pemilihan baru-baru ini. Apakah seruan Datuk Seri Najib itu terlewat?

Mungkin benar, Datuk Seri Najib terlewat. Perubahan hanya boleh berlaku dengan pemilihan yang akan datang.

Perubahan boleh berlaku dengan membawa masuk kembali nasionalis-nasionalis yang sebenar, yang tidak mengintai peluang untuk mengisi tembolok sendiri semahunya.

Ini bukan lagi zaman Azizah dan Si Penarik Beca. Ini zaman di mana anak orang susah, apabila mendapat peluang, akan tegak hidungnya setinggi tiang bendera.

Bukan hendak mengutuk bukan hendak mengata, sekadar renungan buat semua. Walaupun PRU12 ada memberi amaran, pemilihan UMNo peringkat akar umbi yang lalu tetap berjalan tanpa ada langsung kesedaran terhadap usaha untuk memartabatkan parti.

Bergelumanglah mereka dalam acara yang seperti sudah-sudah. Kami di luar akan terus memerhati dan meneliti.

6 comments:

Ali Abdullah said...

Salam Ipohmalay,

ramai yang beranggapan perubahan politik negara harus berubah sepertimana amerika syarikat. Itulah suara yang kedengaran jika ditanya pada setiap penyokong pakatan rakyat yang setia.

Umno sekarang sudah tercalar dan koyak rabak. Pemimpin tertingginya dari peringkat bahagian sehingga ke PM kita, tidak terlepas daripada fitnah walau disangkal dengan bersumpah laknat sekalipun.

Rakyat di negara nekad hendakkan perubahan. bukan kerana terpikat pada keindahan dasar pakatan rakyat, tetapi kerana sikap hendak menurunkan segolongan pemimpin Umno yang tidak digemari. Itulah wajah politik negara kita sekarang.

Wassalam.

bungaraya said...

Mungkin sudah agak terlambat, namun Pak Lah telah mengambil beberapa tindakan bagi memperbaiki keadaan. Penubuhan SPRM dan Keujudan Suruhan jaya Kehakiman umpamanya adalah satu langkah yang baik. Seruan agak jangan Rasuah juga sering kali dicurahkan kepada ahli UMNO. Bagaimanapun nampak spt mencurahkan air kedaun keladi. Ahli UMNO sangat biasa dengan perlakuan "gila itu". Sekarang Najib kata Ubah BUDAYA DAN IMEJ. Sama-samalah kita utnggu dan lihat.

mrf said...

ada org kata malaysia perlu berubah mcm amerika..ya B.Obama dilantik jadi presiden hasil sokongan kuat puak yahudi yang banyak menabur wang pada Obama sepanjang kempen pilihanraya..Obama juga khabarnya turut menerima sokongan terus dari yahudi israel.jadi tiada bezanya antara Obama dan Bush kerana kedua-dua mereka mempunyai kaitan dengan yahudi. maka malaysia juga bakal ada pengaruh yahudi juga sekiranya kerajaan sedia ada digulingkan dan diganti dgn ketua umum PKR

Mudskipper said...

Sdr IpohMalay

Najib tu macam bercakap dengan cermin la... Sebenarnya Najib, Paklah dah tak relevan lagi duduk kat atas tu!

UMNO perlu re-branding!

Anonymous said...

Saudara IpohMalay,

UMNO sudah tidak relevan lagi pada pandangan saya setelah PRU12 lalu.Kenapa terjadi sedemikian kerana rakyat hari ini sudah nampak berani membuat perubahan kerana adanya pemimpin-pemimpin yang sudah lari perjuangan mereka yang asal.Rakyat sudah meluat dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang hanya pandai berlakon, hidup dengan kemewahan tanpa batasannya sehinggakan rakyat tertanya-tanya bagaimana mereka boleh hidup senang dengan kerjaya mereka sebagai orang politik.Dari mana wang datang dengan begitu senang sekali dalam hidup mereka.Ini bukan kata-kata saya tetapi inilah luahan setiap hamba-hambaNya yang saya temui.Tertanya pada diri saya sendiri, adakan betul apa yang bermain di minda mereka, jawapannya kalau kita rasa ini tidak benar, kehidupan mereka tentu macam orang biasa tatapi setelah dilihat dengan mata kepala sendiri memang ada kebenarannya.Haruskah kita menidakkan apa yang rakyat melihat didepan mata mereka sendiri.Pemimpin yang ada hari ini pentingkan diri mereka sendiri daripada bertemu dengan permasalahan rakyat.Bagi saya inilah punca yang menyebabkan rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin UMNO.

Balik kepada perubahan yang perlu dilakukan oleh UMNO,adakah PAU Mac 2009 ini akan bermula satu episod baru untuk berubah dengan drastiknya demi untuk agama,bangsa dan negara.Inilah persoalan yang perlu ada pada setiap perwakilan seramai 2000+ pada perhimpunan nanti.Adakah mereka-mereka ini sedar apa yang melanda UMNO hari ini dan kerana siapa kepincangan ini berlaku.

Saya tidak menyalahkan pemimpin diatas sana, tetapi saya banyak menyalahkan perwakilan-perwakilan yang tidak jujur,amanah dan mementingkan diri sendiri.Perkara ini sudah lama berlarutan sehinggakan UMNO sudah kelihatan tidak relevan lagi.Kenapa saya berkata demikian kerana mereka membiarkan politik wang bermaharajalela apabila tiba pemilihan.Kenapa mereka sanggup menerima, seolah-olah mereka tidak tidak takut dengan ALLAH S.W.T. tetapi lebih takut dengan manusia.Telah lama saya perhatikan tindak-tanduk ini dan pernah terdetik didalam hati saya UMNO ini akan menerima padahnya satu hari nanti.Hari ini sudah terbukti kerana saya percaya ALLAH sudah memberi mesej yang jelas dan terang tentang nasib UMNO ini.Memberi dan menerima dengan niat untuk mendapat sokongan adalah satu perkara yang amat berat dosanya.Apabila berbicara dengan mereka tentang perkara ini,pandai mereka menjawabnya "HARAM" tetapi amat malang sekali mereka sendiri pratikkan perkara ini sehinggakan setiap kali pemilihan perkara ini tetap menjadi agenda utama mereka.Inilah yang perlu dibuat perubahan yang mendalam sekali.Puncanya inilah.UMNO hari ini penuh dengan keinginan material dan sudah tidak nampak lagi keikhlasan dalam memperjuangkan nasib orang melayu dan lebih malang lagi mempersendakan ugama Islam sendiri.Inilah mesej yang banyak disampaikan oleh rakyat di negara ini.Dimama kita berada setiap individu memperkatakan perkara ini dan bagi saya inilah puncanya yang perlu dilihat dan mengatasinya secepat yang mungkin,biarpun sudah agak terlewat tetapi saya yakin sekiranya iktizam dari setiap ahli UMNO ia boleh dilaksanakan dan kembalikan imej UMNO itu sama seperti perjuangan datok nenek kita dulu.

Mungkin agak panjang apa yang saya luahkan ini tetapi saya tidak ada pilihan lagi kerana terpaksa meluahkan kesedihan saya tentang hala tuju UMNO yang saya amat sayang ini, dimana sudah nampak menuju kehancurannya.Saya sebagai manusia yang kerdil ini berharap PAU Mac 2009 akan dapat membuat sesuatu yang boleh merubah persepsi rakyat dinegara ini.Dihurmati,disanjungi, dulu kini dan selamanya.

Dalam perkiraan saya, UMNO perlu membuat perubahan dari Cawangan lagi.Ramai ketua-ketua Cawangan tidak boleh diharap lagi.Yuran ahli di bayar setiap tahun oleh KC.Adakah ahli-ahli masih wujud lagi di cawangan, dan apa motif mereka sendiri yang membayar yuran tanpa pengetahuan ahli-ahli.Ia berlaku dimana-mana cawangan dan disinilah kita lihat penipuan berlaku.Tidak jujur dan amanah kerana KC mempunyai agenda mereka sendiri.Tidak hairanlah setiap kali mensyuarat cawangan,orang yang sama kelihatan dengan agenda mereka, kadangkala diberi sokongan oleh pihak bahagian.Inilah hakikatnya walaupun ia kelihatan kecil tetapi boleh menghancurkan UMNO.Kenapa saya berkata demikian, kerana kita tidak mempuyai kepimpinan yang berkualiti dan bagaimana kita nak bawa masuk ahli sedangkan mereka tahu, khidmat mereka tidak perlu kerana cawangan ada motif tertentu.Inilah yang perlu dikupas dan dilihat untuk mengatasi masaalah ini.

Hari ini adakah jumlah ahli yang terkumpul sebanyak 3 juta adalah angka yang betul dan realiti.Jawapannya tidak kerana cawangan sendiri tidak amanah dalam perkara ini.bagaimana UMNO nak kuat kalau ahlinya hanya ada tidak sampai 500ribu orang yang masih lagi aktif.Macammana nak buat kerja dan dimana selebihnya.Adakah mereka telah beralih ke parti lain ataupun tidak mengetahui dimana kedudukan mereka selama hari ini.Inilah yang perlu diambil kira kerana mungkin yang kualiti dipinggirkan kerana mereka pun manusia biasa perlu diberi perhatian dan perlu diberi sokongan.

Sebenarnya banyak yang ingin diperkatakan tetapi biarlah hanya setakat inilah yang dapat saya coretkan.Mohon maaf sekiranya ada yang berkecil hati tetapi kerana sayangkan UMNO saya terpaksa bersuara walaupun berat untuk menyatakannya.

Doa saya mudahan-mudahan UMNO masih boleh bertahan dan tidak terlambat sepertimana banyak yang diperkatakan dalam masa terdekat ini.

Sekian.
Kaizer

IPOH MALAY said...

saya amat berstuju dengan kaizer