Friday, January 30, 2009

"Ya, saya letak jawatan" - Tajol Rosli

Tajol Rosli Ghazali menafikan bahawa beliau ada membuat sebarang pengumuman perletakan jawatannya. "I have never given any press statement" katanya. Penulis memohon maaf atas sangkaan awal yang dibuat berdasarkan berita radio, beberapa jam sebelum itu. Tetapi penulis percaya itulah yang keluar dari mulut Tajol Rosli dalam mesyuarat tertutup yang beliau pengerusikan Rabu lalu.

Nampaknya dalam UMNO Perak ada lagi 'Nasarudin'. 'Nasarudin' bermaksud golongan yang galak menjadi 'mat point' kepada Anwar. Memecah cerita dalaman ke pihak luar yang menawar dengan hadiah palsu. Perlukah mereka ini?

Hakikatnya, UMNO di Perak mempunyai 26 kerusi dari 59 kerusi DUN di Perak tetapi berkuasa seperti hanya memiliki 1. Keluarkan mereka-mereka yang mahu keluar kerana merekalah raja politik wang. UMNO tidak memerlukan mereka. PKR mahukan mereka. BN pasti bertambah murni untuk kekuatan dalaman bersinar kembali kerana rosaknya seseekor ikan di pasar berpunca dari kawasan kepalanya.

Akhirnya Tajol Rosli mengumumkan perletakan jawatannya serta merta setelah bermesyuarat dengan MT UMNO dipengerusikan PM Abdullah pada Jumaat, 30.01.09 jam 12.30 malam.

3 comments:

eshine said...

apa punya malaun ni, di tv marah wartawan mana dapat berita beliau nak letak jawatan,tetapi bagaimana sekarang.

Anonymous said...

salam,
jika kita kahu keluarkan mereka yang gilakan wang maka saya rasa semua ahli umno malaysia akan tidak berada dalam umno lagi. katakan siapa antara perwakilan dan pemimpin umno yang tidak

Anonymous said...

salam,
jika kita kahu keluarkan mereka yang gilakan wang maka saya rasa semua ahli umno malaysia akan tidak berada dalam umno lagi. katakan siapa antara perwakilan dan pemimpin umno yang tidak terlibat dengan politik wang dalam umno? jika boleh dapat lebih dari yang umno boleh berikan mengapa tidak?