Mohammad Nizar mengadap Sultan Perak
02/02/2009 11:38am
IPOH 2 Feb. – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengadap Sultan Perak di Istana Kinta, di sini.Beliau dilihat memasuki Istana Kinta kira-kira pukul 10 pagi dan keluar pada pukul 10.25 pagi.Difahamkan perjumpaan itu berkaitan isu politik yang ‘genting’ di negeri ini.Beliau yang enggan ditemubual pemberita terus meninggalkan pintu masuk istana sambil berkata “Selamat tinggal, jumpa lagi”.Sebelum itu beliau enggan menemui pihak media selepas majlis ceramah eksekutif di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Perak. - Utusan
Speaker maklumkan SPR kekosongan DUN Behrang, Changkat Jering
02/02/2009 11:43am
IPOH 2 Feb. – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menyerahkan surat rasmi memaklumkan kekosongan DUN Behrang dan DUN Changkat Jering kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak hari ini. - Bernama
ADUN Behrang, Changkat Jering tidak keluar PKR
02/02/2009 1:20pm
IPOH 2 Feb. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menganggap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu yang “hilang” sejak Isnin lepas sebagai wakil rakyat parti itu.Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman berkata, kedua-dua wakil rakyat itu tidak membuat pengumuman keluar dari parti.“Kita tidak ada menerima sebarang surat meletak jawatan atau keluar dari parti (daripada mereka),” katanya kepada pemberita di pejabat PKR Perak di sini hari ini. - Bernama
"Tunggu esok" - SPR Perak
02/02/2009 3:42pm
IPOH 2 Feb. _ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak telah memaklumkan tentang kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan DUN Behrang kepada ibu pejabat SPR di Putrajaya.``Tunggu esok SPR di Putrajaya akan mengeluarkan kenyataan,'' kata Pengarahnya, Ahmad Adli Abdullah. - Utusan
Pakatan Rakyat tidak akan bubar DUN Perak
02/02/2009 4:12pm
IPOH 2 Feb. - Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan kerana kerajaan negeri masih stabil, kata Exco Kanan Perak Datuk Ngeh Koo Ham. - Bernama
NO KOMEN LAH. JELAK TEMAN NENGOKNYER.. APER KE HEI MR. PRODUSER EXTEND CERITA NI PANJANG SANGAT YER.. ? DRAMA NI BELUM TENTU MENANG AWARD ...

No comments:
Post a Comment