Isnin, Februari 02, 2009

Punca PKR Menang 2 DUN Kontroversi Perak

CHANGKAT JERING

Mohd Osman Jailu menang di DUN Changkat Jering adalah kerana faktor kertas undi Parlimen itu sendiri kerana sokongan bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang cenderung memihak kepada PAS.

Sebab apa? Sebab parlimen yang dipinjamkan kepada Gerakan selama 1 penggal dan disandang Tan Lian Hoe (mulut cabul tu..) diambil balik oleh UMNO. Nanti, bukan UMNO faktornya. Faktornya ialah, UMNO meletakkan Abdul Azim Mohd Zabidi sebagai calon mereka.

Bagaimana Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang dan Bendahari UMNO Wilayah Perseketuan yang cadangnya hendak diletakkan bertanding di Putrajaya menggantikan Tengku Adnan Mansor itu boleh terlepas ke sana? Bagaimana UMNO Pusat tidak sensitif terhadap perasaan ahli UMNO Bukit Gantang? Akhirnya, pembangkang menang. Yang jadi mangsa, Mat Isa Ismail, Speaker DUN Perak ketika itu yang bertanding di Changkat Jering. Mendapat ler komer.


BEHRANG

Jamaluddin Radzi pula, walaupun bekas posmen, mampu menang di kerusi DUN Behrang yang mempunyai 57% pengundi Melayu. Sebab apa? Sedah tentu sebab faktor dia adalah Melayu. Selepas isu Hindraf kira-kira 3 bulan sebelum PRU12, Jamaluddin pasti mampu mendapat hasil dari sebilangan pengundi India yang tergila-gilakan mainan politik Anwar dan dari penyokong Melayu tegar yang enggan memilih wakil rakyat MIC kesan dari isu Hindraf sedangkan Ong Ka Chuan yang bertanding di kerusi Parlimen Tanjong Malim, menang.

Ini bermakna, Jamaluddin memenangi kerusi Behrang bukan kerana faktor PKR. Andainya UMNO yang bertanding di DUN Behrang, ada kemungkinan BN mampu memenangi kerusi tersebut kerana satu lagi DUN di dalam Parlimen Tanjong Malim yakni DUN Slim yang mempunyai 13.2% pengundi India (melebihi peratusan nasional), dimenangi Mohd Khusairi Abdul Talib dari UMNO dengan majoriti 3,526 undi mengalahkan calon PAS. Satu majoriti besar buat DUN yang mempunyai 13,321 pemilih!


RUMUSAN

DUN Hulu Kinta yang penuh dengan penyokong PAS pun boleh dimenangi oleh Ketua Wanita UMNO Tanjong Malim walaupun ramai orang UMNO sendiri tak berkenan. Sebab apa? Sebab PKR meletakkan calon India untuk bertanding di DUN yang mempunyai 61.5% pengundi Melayu.

Pelajarilah kesilapan. Jangan main letak calon ikut suka. Pemerintah memerintah mengikut citarasa rakyat. Bukan rakyat yang terpaksa mengikut citarasa pemerintah. Jangan jadi PAKATAN RAKYAT yang memerintah mengikut suka hati mak bapak mereka hanya kerana mereka memakai perkataan 'rakyat'.

12 ulasan:

ORANG KG berkata...

teman memang suka dengan ulasan mike.teman bukan orang politik tapi bapa teman nun di lenggong kuat menyokong umno nasib baik depa tak letak lian ho tu kat lenggong kalau tak hancus dahhh.Teman memang sokong apa dema kata, leader-leader kat atas tu kalau nak letak calon ,pakailah orang tempatan jangan pakai payung terjun tu yang hancur PR12 tu pasal kalau silap haribulan depa lending dalam kolam...hancur-hancurr.jadi sila belajar daripada sejarah.

tima kasih

IPOHMALAY berkata...

sama-sama orang kampung... terima kasih kerana melawat..

berkat bila bergaul dengan semua jenis manusia atas bawah kiri kanan, dan diterjemahkan rumusan pendapat sekeliling dalam blog..

jangan dok dalam kepompong.. nanti jadi RPK yang sasau...

otak beku

hehehe

TAIPINGMALI berkata...

Betul tu Ipohmalay.

Bukit Gantang Kubu Kuat BN tapi kalah mengejut.

satu lagi kesilapan kenapa bawa Siti Nurhaliza berkempen di sana, tu yang orang sana bising.

Satu lagi kehadiran Azim tidak mendapat sokongan dan Azim sendiri membawa kaum kerabat dia untuk menjadi jentera pilihan raya.

Otai-otai Bukit Gantang ikut Tan Lian Hoe berkempen di Hulu Perak.

Tinggallah Azim terkapai-kapai sorang diri.

Faktor lain ialah pengundi cina yang mengundi Pas dan Pkr dengan harapan ia akan menguntungkan Dap.

Serangan hebat Anwar ke Bukit Gantang dgn isu Port Kelang atau Pulau Lumut. Azim gagal menangkis serangan tersebut.

Mat Isa kalah salah satu sebab ialah faktor peribadi, Rusli Husin berjaya mengekalkan kerusi Trong kerana rekod perkhidmatan beliau yang amat baik. Pihak lawan gagal kerana faktor peribadi beliau amat memihak kepada UMNO.

Belacak berkata...

Khabonya MIC dan pancang bendera nak letak calon di Beharang. Kawasan nih majoritinya orang Melayu tapi inilah tabiat UMNO yang gemo beralah bagi Hindu bagi Cina betanding kawasan Melayu. Bila dah menang kutuk kembali orang Melayu.

Percayalah, kalau amalan ini dipakai lagi akan banyak lagilah orang Melayu hilang kepercayaan kepada UMNO. Enough is Enough!

ADI JAGAT PUTRA berkata...

betul kata saudara.saya sebagai pengundi di parlimen bukit gantang sependapat dgn pendpt saudara.kekalahan kerusi parlimen bkt gantang ke tangan pas bkan disebabkan UMNO.tetapi faktor calon yang diletakkan oleh pemerintah main ikut sedap je tanpa memikirkan apa kehendak pengundi.diorang beranggapan kerusi bkt gantang kerusi selamt.tetapi pengundi bukit gantang mahukan seorang calon dari kalangan anak tempatan.setelah 4 penggal bukit gantang diisi oleh org luar.ini lah akibatnya kalau letak calon main ikut cita rsa sendiri...

syabas ipoh malay diatas pandangan saudara yang cukup bernas.teruskan menulis supaya memberi kesedaran kpd semua

azmi yusof berkata...

salam ziarah..
kita mahu orang melayu sedar akan kesilapan memilih PR terutamanya di Perak..andai berlakulah pilihanraya semula di Perak..saya walau bukan oran Perak mendoakan kemenangan kepada orang Melayu di sana..insya Allah..terima kasih..

belut berkata...

saya pun bukan org perak tapi saya mendoakan politik perak kembali memmartabatkan org melayu. kaum lain buat baik pun mrk gigit kita balik. mungkin saya ini dianggap perkauman tapi demi Allah tidak. just enough is enough. saya doa semuga org melayu di perak dan di malaysia ini bersatu tak kira dari parti mana sekali pun sebelum nasi menjadi bubur dan dijilat oleh singa.

Tanpa Nama berkata...

MIC mau Behrang,apa kata UMNO, setuju ke?

IPOHMALAY berkata...

No To MIC

Behrang :
Melayu 57%
Cina 26%
India 13%
Orang Asli 4%

Bumiputra = 61%

No To MIC

perak man berkata...

pelik mic ni, dah le takde kerusi pastu nak pulak jawatan speaker...
dia orang ni boleh join nizar la..
kerusi ciput lantik oleh sultan jadi mb pastu derhaka pulak...
peringatan untuk umno...kalau umno nak releven di mata dan hati orang melayu jangan tersalah pilih calon lagi...utamakan anak tempatan dan majoriti kaum pada dun tersebut...
kalau tidak....hancusssssssssssss

perak man berkata...

u all perasan tak...
kemelut di perak...brother samy vellu tak komen apa2 pun...
dia biorkan umno dan komponen bn yang lain menekonya...

tup..tup...bila bn ambik perak
...mic nak jawatan speaker...
poorahhh samy...
ini macam boleh buat kawan ka...

ps... sama jga dengan kaveas...

perak man berkata...

tok najib jgn buat kesilapan dalam meletak calon pada pru13 nanti...
especially calon brother samy & kaveas