Sunday, February 01, 2009

Kekosongan Serentak 2 Kerusi DUN Di Perak?


Berikut adalah fakta PRU12 bagi dua DUN yang akan dipertandingkan semula kerusi ADUN kawasan tersebut. Kekosongan berlaku setelah kedua-dua ADUN PKR, Osman Jailu (Ckt. Jering) dan Jamaluddin Radzi (Behrang) meletak jawatan pada 1 Februari 2009(?) melalui faks ke V. Sivakumar, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

N.14 - CHANGKAT JERING
Menang : MOHD OSMAN MOHD JAILU (PKR) 9,411
Kalah : MAT ISA ISMAIL (BN) 8,309
Majoriti : 1,102
Undi Rosak : 334
Jumlah Pemilih : 18,144
Peratus Mengundi : 72.85%
Melayu : 63.88%
Cina : 26.12%
India : 9.76%
Lain-lain : 0.23%

Parlimen : Bukit Gantang
Penyandang : ROSLAN BIN SHAHARUM (PAS)

N.59 - BEHRANG
Menang : JAMALUDDIN MOHD RADZI (PKR) 6,771
Kalah : RAMASAMY MUTHUSAMY (BN) 5,744
Majoriti : 1,027
Undi Rosak : 512
Jumlah Pemilih : 13,067
Peratus Mengundi : 70.43%
Melayu : 56.84%
Cina : 23.83%
India : 13.91%
Lain-lain : 5.41%

Parlimen : Tanjong Malim
Penyandang : ONG KA CHUAN (BN)

Apa yang diharapkan ialah, UMNO Negeri Perak akan mempertimbangkan calon yang benar-benar sesuai, DIKEHENDAKKI khidmatnya oleh rakyat, disenangi semua lapisan masyarakat dan ambil semula DUN Behrang yang sebelum ini diberikan kepada MIC memandangkan MIC sukar lagi untuk menang di kawasan majoriti Melayu.

TAPI, TERDAPAT KHABAR ANGIN BAHAWA KEDUA - DUANYA DIPAKSA MENANDATANGANI SURAT ITU LAMA DAHULU DAN DISIMPAN SPEAKER D.U.N. ADAKAH IANYA SAH? EMPUNYA BADAN BELUM BERSUARA. ULAR AKAN MEMBELIT DIRI SENDIRI ??

2 comments:

Anonymous said...

salam...

kita jgn cepat melatah, biarkan Anwar seorg saje yg melatah..

Anwar pakar "main belakang", jadi petang tadi dia suruh Yg DiPertua Dewan Perak umum terima surat perletakn jwtn dari Yb Jamal & Yb Kpt[B] Osman.

Sebenarnya mereka keluarkan surat AkurJanji yg semua Yb2 dipaksa tandatgn tanpa tarikh bila kecoh2 ada Yb DAP nak lompat lama dulu.., surat yg nyatakan kalau keluar parti maknanya letak jwtn & kosong kerusi DUN..

Jgn risau, SPR akan panggil kedua2 Yb tu dan tanya apakah mereka benar2 letak jwtn..??

Yg Dipertua Speaker Dewan pun mungkin akan kantoi sbb menipu. dia kata terima surat dari kedua2 Yb petang tadi.., mana mungkin? MB kata dua2 Yb dah "hilang", mcm mane pulak nanti kalau kedua2 Yb tu buktikan alibi mereka tidak berada di Perak, dan surat tu mereka "dipaksa" tandatgn lama dulu...

Tak semudah itu nak ada pilihanraya, yg penting Pakatan Rakyat dah hilang 2 kerusi DUN..

IPOH MALAY said...

benarkah MIK?

nampaknya TV3 nak kena baling kasut...

tapi akujanji tu legally sah... x gitu?

bedebah Sivakumar ..