Utusan Online, Khamis, 5 Februai 2009
Sultan tidak perkenan pembubaran DUN Perak
05/02/2009 3:01pm
IPOH 5 Feb. – Sultan Perak Sultan Azlan Shah memutuskan untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuat kuasa serta merta.
Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.
“Sekiranya Mohammad Nizar tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan,” kata kenyataan itu. – Bernama
Ulasan
Lupakan siapa calon MB Perak. Penulis menyokong siapa sahaja yang dilantik kerana penulis percaya, mereka yang bakal dilantik pasti mempunyai kriteria yang dikehendaki.
Tuanku Sultan jelas tidak menyenangi kerajaan PR. Tuanku Sultan lebih melihat kepada kesejahteraan rakyat. Dan jelas, Tuanku Sultan menolak pembubaran DUN malah mengarahkan MB Nizar serta exconya meletak jawatan.
Ini bersesuaian dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang memperuntukkan mana-mana Menteri Besar yang tidak lagi dipercayai oleh majoriti ADUN supaya meletak jawatan bersama-sama exconya.
Sebenarnya, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, telah lama memberi isyarat tentang perbuatan kerajaan PR yang sesuka hati mengekah tanah negeri ini melampaui bidang yang mereka ada.
Inilah akibatnya mereka yang mendahului kuasa sultan. Penyokong PR luar Perak mungkin setia menyokong PR Perak. Tetapi Melayu penyokong PR di Perak telah hilang rasa hormatnya terhadap pakatan DAP-PAS-PKR ini.
Ini bukan Permatang Pauh, bukan Kuala Terengganu. Ini adalah Perak Darul Ridzuan. Rakyat akan mengundi mengikut budi bicara Sultan Perak. Waima pilihanraya DUN sekalipun, rakyat Melayu akan mengundi mengikut sentimen istana dan rakyat Cina Perak akan mengundi MCA bagi menghantar wakil mereka ke dalam kerajaan negeri.
Ini adalah Negeri Berdaulat. Tangan-tangan yang tidak sepatutnya, tidak layak untuk mencaturi pentadbirannya apatah lagi tangan yang tersembunyi, penuh kekotoran dan tidak 'suci'.

2 comments:
Bukan setakat tangan tidak suci, "anu" pun ada jangkitan kuman ,tapi dek kerana pemimpin bayangan kerajaan katak, maka boleh pergi buat cleansing di oversea.lepas tu cakap kata pergi berunding dengan pihak luar, padahal "anu" dah menanah
adab dgn sultanpun tak tau... camana nak jadi MB. patut le kena murka dengan sultan sendiri.
Post a Comment