Sabtu, Mac 07, 2009

PR Jadi Bahan Ketawa Di Perak

Sebenarnya, sesiapa pun boleh membuat laporan polis ke atas seseorang yang dikira melakukan perbuatan seleweng. apa lagi sesuatu yang membawa kepada kekacauan ke atas ketenteraman sedia ada.

Rakyat Perak tidak kira siapa, yang berasa tersinggung atau kurang senang terhadap perbuatan sesetengah ahli politik, boleh melaporkan kepada polis tentang memohon agar langkah membanteras diambil segera.

Contohnya, laporan polis ke atas Pakatan Rakyat yang mengganggu urusan kehidupan rakyat boleh dibuat bagi mengesahkan kerugian yang dialami dengan tunjuk perasaan mereka. Ia juga bentuk kekacauan yang merosakkan urusan sesetengah pihak sehingga kerugian. Pihak ini wajar membuat laporan polis bagi menuntut apa apa kerugian.

Telah menjadi sandiwara kedai kopi betapa Pasir Dua Butir telah menjadi nama rasmi negeri Perak. Pakatan Rakyat mendapat malu besar. Kemaruk kuasa melampaui adab hidup beraja dan mereka mula bersifat anti feudal.

Hinggakan untuk melepak diwaktu petang di tepian padang, boleh menggunakan ayat " Jom buat sidang DUN bawah pokok!"

Itulah penghinaan yang diperoleh PR dengan sikap kartun mereka, Ketaksuban membuka undang-undang mengikut pemahaman mereka mengakibatkan mereka terlupa bahawa rakyat mula mengkaji perlembagaan negeri.

Akibatnya, mereka telah menyangka bahawa mereka yang paling pandai walhal mereka tidak.

14 ulasan:

al amin berkata...

ingatlah bahawa kita kita adalah haiwan yang berakal.

Bila PR memerintah hanya dewan orang ramai sahaja di kunci,
bila BN merampas kuasa dengan menggunakan intitusi raja dan berlinding di sebalik raja,
maka dewan undangan negeri pula di kunci.

kalau dewan orang ramai di kunci takpa la kerana itu kerja orang kampung yang tahap pendidikan tak seberapa.Manakala Dewan negeri dikunci dimana letak tahap keintelektualannya.

rentikanlah buat keroje munafik.

IPOHMALAY berkata...

arahan ahli politik ngan arahan mahkamah mana lagi besar..

rentikan melembukan diri..

teman tahu.. mengelembu kubu kuat DAP

maharajazhou berkata...

penyokong PR ramai yang keliru.DUN ditutup bukan atas arahan kerajaan BN negeri tetapi oleh birokrat negeri yakni SU DUN,Ahmad Atong Sabri dan SUK Negeri,Datuk Abd Rahman.Peperangan sekarang berlaku bukan antara BN dan PR tetapi antara birokrat negeri dan Sultan sebagai pihak ke3.

Sekarang ini, Nizar tertekan dengan berceramah ke hulu ke hilir mengatakan dia tak bermusuh dengan sultan, tetapi apabila sultan telah memberikan jawatan MB kepada Zambry dan Nizar masihmengaku dia MB,tidakkah dia memperbodohkan Sultan?

Kalau nak perbodohkan orang PR bolehlah,tapi kalau nak perbodohkan semua sorrila...Nabi pun bersabda,umatnya takkan bersatu dalam satu perkara yang salah.

al amin berkata...

apakah makamah malaysia ni boleh pakai lagi lepas pemecatan Tun Saleh Abas dan lima hakim juga peristiwa korek-korek .........?



rentikanlah cuba menegakan benang lenjun. sudahlah jadi pecacai UMNO baru.

sudah tak boleh pakai lagi
bak kata orang dah busuk dari kepala sampai ke ekor.

Tanpa Nama berkata...

PR patut lebih gentlemen. Walaupun saya sokong PR pada PRU yg lalu. Apabila Sultan 'menasihatkan' MB supaya letak jawatan ... taat la (Rukun Negara yg ke 2 - Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara). Lagipun Sultan bukan org yang tak tahu undang2, infact dia lebih tau hal2 undang2 Malaysia, Tuanku adalah bekas hakim besar. Sebenarnya MB Nizar hanyalah boneka dalam kerajaan Perak ... ini semua orang Perak tau ... memang beliau seorang yg baik hati tapi beliau tidak tau memerintah (bukan leader). Beliau menjadi MB pun atas perkenan Sultan dan sayugialah juga beliau turun apabila Sultan 'mengarahkan' nya berbuat demikian. Buat masa ni ... PR adalah pemerintah yg lebih buruk di Perak berbanding dgn BN. Tamak kuasa, tidak hormat Raja dan Undang2 ... tafsir undang2 ikut hati ... Apabila PR hilang majority ... maka secara 'moral' PR sudah tidak layak jadi pemimpin. Jangan la buat cerita hindustan ... buat persidangan bawah pokok !!! ... itu secara terang menyalahi undang2 (Perhimpunan Haram !!!) tak kira lah benda tu 'betul' atau 'salah' .. kerana ini adalah undang2 (Rukun Negara ke 3 - Kedaulatan Undang2 ...) Nampaknyer PR, you are no better than BN ... hampeh !!

IPOHMALAY berkata...

cakap pun x gunalah..

al-amin kan gelaran yang dia rasa layak untuk dirinya..

teruskan bersawaian sana sini.

Sedingin Salju berkata...

Biasalah dengan penyokong PR tu encik. Depa sokong membabi-buta saja. Tak tau apa pun.

kamal berkata...

NIAT PAKATAN MAHU LIHAT MELAYU BODOH
Memang inilah kerja parti pembangkang...tak habis habis mahu bangsa sendiri menjadi bangsa yang dungu...bodoh la yang senang.Sampai hal hal pendidikan untuk anak anak pun di tentang dan diserang habis2an.

Apakah mereka tidak mahu melihat anak anak bangsa berjaya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini.Kenapa sekarang harus kita mempersoalkan PPSMI yang sudah menampakan sedikit kejayaan pada anak anak kita.

Bagi pakatan rakyat apakah tiada satu jalan penyelesaian dapat dicari dari melibatkan anak anak dari mengadakan demontrasi yang tidak secara langsung akan mengheret mereka kekancah pemberontakan.

Sepatut nya perlu kita tangani akan masaalah disiplin para pelajar yang mana gejala membuli dan memukul semakin menjadi jadi masa diperingkat sekolah.Mungkin inilah hasilnya dari tindakan pakatan rakyat yang sering mengadakan demontrasi bagi mencari jalan penyelesaian dari duduk semeja.

Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.

Seharusnya kita sebagai pemimpin pada anak anak ini perlu kita memberikan semangat bagi mereka untuk menempuh hari hari yang semakin mencabar dan bergelora bagi hadapi tempoh menuju negara 2020 nanti.

Apakah akan hilang indentiti bangsa melayu hanya dengan mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris .Tidak mungkin kita akan menjadi satu bangsa yang lemah hanya dengan perlaksanaan PPSMI.

Kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad jangan kerana ingin berpolitik ingin kita lihat anak anak bangsa yang akan menerajui negara ini nanti adalah terdiri dari anak anak yang lemah jati diri dan tidak tahu untuk menghargai ilmu.

Memansuhkan PPSMI bermakna kita mahu bangsa melayu terus ketinggalan dari mendapat tempat dalam persaingan dunia yang semakin mencabar.PPSMI tidak akan menghapuskan bangsa melayu itu dan sama sekali juga tidak menghapuskan bangsa bangsa lain dimalaysia ini.

Kenapa puak puak PAS yang mahu PPSMI ini dihapuskan.Tidak mahu anak melayu menguasai ilmu kerana PAS takut akan hilang pengaruh ,biar pemimpin mereka sahaja yang berilmu.

Tidak pula kelihatan orang orang DAP dan PKR menentang kerana mereka tahu bahasa inggeris adalah penting pada mereka.

Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.

Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.

PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.

Yang penting adalah perlu kita teliti bersama bagi meningkatkan lagi tahap kemampuan anak anak kita supaya ianya akan memberi manfaat pada seluruh warga malaysia itu sendiri dan jenerasi jenerasi yang mendatang yang merupakan pewaris pada negara yang berdaulat dan merdeka.

Akhir sekali mari lah kita renungkan dengan hati dan fikiran yang tenang apakah PPSMI ini untuk diri kita atau untuk jenerasi yang akan mewarisi ketamadunan yang kita sama sama bangunkan. LU PIKIR LA SENDIRI.

madz38 berkata...

PPSMI - Saya kat rumah sentiasa menggalakkan anak-anak bertutur dalam Bahasa Ingeeris (dengan bertutur dalam bahasa tersebut dengan mereka) dan Alhmadulillah, mereka tidak kekok dan mendapat markah yang baik dalam subjek tersebut.

Saya kelulusan ijazan Perniagaan dari Universiti tempatan dan kelulusan STPM dari sekolah kampung. Apabila masuk Universiti, menjadi tekad saya untuk memperbaiki kemahiran English saya. Buku-buku semua dalam Bahasa Inggeris. Dan apabila masuk alam pekerjaan, hasil usaha saya, saya boleh berkomunikasi dengan baik, walaupun hanya dapat P8 subjek BI masa SPM.

Bahasa Inggeris amat penting untuk komunikasi global dan perniagaan. Saya ada kawan, ada Masters Degree dari Universiti di US kerja di Jabatan Kerajaan. Malangnya apabila diberi jawatan yang memerlukan kemahiran dalam bahsa tersebut, dia terpaksa menolak sebab tidak berkeyakinan dengan kepakaran beliau dalam bahasa tersebut.

Sesiapa yang menentang penggunaan BI dalam Subjek Sains dan Matematik ini tak berada di bumi nyata. Istilah dalam Bahasa Malaysia bagi subjek-subjek ini masih belum lengkap dan DBP tidak konsisten dan tidak berusaha keras untuk memastikan setiap kamus sains dan perubatan mempunyai istilah yang sama dalam BM.

Apabila anak-anak Penentang ini mencari kerja di syarikat swasta. Barulah mereka tahu betapa pentingnya bahasa tersebut apabila anak-anak tidak dapat menjawab dengan baik semsa interview.

Sedingin Salju berkata...

ha ya betul tu. menyokong PPSMI bukan bermakna menentang bm. Ianya adalah batu loncatan untuk memperkembangkan bm.

mufidsuhaimi berkata...

bukan takat di ipoh tapi di kl tempat aku mencari rezeki ni pun diorang boleh buat lawak" Jom buat sidang DUN bawah pokok!" bila nak ajak melepak. aku tahu mereka sindir aku sebab aku orang perak jati. memang Nizar buat aku malu!yang lagi sedap dia orang kata aku dah masuk golongan sembah pokok... memang Nizar buat aku malu lagi! aduh kenapa lah negeri yang aku sayangi diberikan kepada Nizar berkuasa sekejap... tapi cukup buat aku malu seumur hayat.begitu lama UMNO di sana tak pernah aku semalu ini...Nizar kau buat aku malu! cukuplah Nizar, dudukle rumah diam-diam, muhasabah diri.. dan jangan buat aku malu lagi!

Sedingin Salju berkata...

Sudah lambat kawan, Nizar dah kena pukau.

Tanpa Nama berkata...

ipoh malay apa....nipu.....ipoh chinese byk le....nak pjuang bangsa lawan inggeris akhirnye sokong bahase penjajah...hipokrit

Tanpa Nama berkata...

yg org lg lawak tu bukan apa jgn ckp manusia pun tak selamat bah kan pokok tak pun selamat bila ada spesis gila kuasa....boleh blah sama lu asobiyah!