Isnin, April 20, 2009

Nizar Diberi Didikan Diraja

Penulis tak siasat sama ada Nizar Jamaluddin memenuhi jemputan Sultan Perak ke Istana Iskandariah semalam,tetapi yang jelas, Sultan Perak dan Raja Nazrin mahu sekolahkannya.

Sultan Azlan membahasakan kenyataan sulungnya selepas baginda berkeputusan untuk menitahkan Nizar meletak jawatan hasil mahsul separuh ADUN tidak percayakannya lagi Februari lalu.

Nizar perlu sedar bahawa Sultan adalah empunya negeri dan prerogatif baginda lah yang mahu menghentikan proses demokrasi terpimpin bukan pribumi yang telah diperintah kerajaan Perak selama 500 tahun.

Jemputan ke atas Nizar Jamaluddin adalah penghargaan kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang itu sendiri kerana dipanggil untuk mendapat didikan diraja. Didikan yang perlu bagi seorang politikus junior yang dahulunya kalah merata-rata di kawasan ditandinginya.

Ibarat red indian dapat senapang, apabila berkuasa, institusi beraja dipinggirkan oleh Nizar. Institusi beraja Perak terpaksa menunggu Hari Keputeraan Sultan Azlan untuk memberitahu bahawa negeri ini bukan kepunyaan mana-mana parti politik.

Kesukaran memahami hakikat ini adalah akibat terlalu terpengaruh dengan 'politik merampas' sebuah parti sosialis pimpinan kaum Cina yang mana, tiada istilah feudalisma. Feudalisma tiada dalam sosialis.

Penolakan ke atas institusi beraja akan terus diperhebat oleh gerakan sosialis yang bertopeng parti DAP.

Hari ini DAP mengajar orang Cina untuk meruntuhkan Raja-raja Melayu dan ianya memerlukan kebangkitan orang Melayu sendiri untuk menolak Malayan Union teknik baru.

Ini bukan satu bentuk rasisma. Konsep 1Malaysia menolak unsur anti-feudalisma. Anda sebagai seorang warga sebuah negara berpelembagaan, mengetahui bahawa Perlembagaan itu sendiri di bawah kuasa raja. Jadi, soalnya, anda bersama negara atau anda bersama musuh negara?

Sebab itulah ahli PAS bawahan berani menyebut " sistem komunis lebih adil dan lebih baik ".

Dunia telah dibolak-balikkan Allah SWT untuk tapisan akhir zaman.

Nota : Tahniah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Ahli Parlimen Tambun, dan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak, ADUN Pangkor, atas kurniaan anugerah yang membawa gelaran Datuk Seri oleh Sultan Perak sempena hari keputeraan baginda, 19 April 2009.

5 ulasan:

Ex-UMNO berkata...

Apa yang dilaungkan oleh ahli2 dan sesetengah pemimpin UMNO ialah, jika DSAAB berundur BN/UMNO akan pulih.

Setelah DSAAB umumkan beliau akan berundur, BN/UMNO kalah di P. Pauh dan di K.Terengganu.

Paling malang BN/UMNO kalah pula di B.Selambau dan B.Gantang SETELAH Tun DSAAB BERUNDUR.

Terkini BN/UMNO 'takut' pula bertanding di N12 Penanti.

BN/UMNO (PRK Phobia)

kamal berkata...

SALAM ...MEMANG WAJAR NIZAR MENDAPAT DIDIKAN DARI SULTAN...NIZAR NI DAH MACAM ORANG HILANG PEDOMAN...HANYA KATA KATA DAP YANG DIKUT...SESEKALI KENA DIAJAR JUGA OLEH SULTAN...KALAU MASUK TELINGA KANAN DAN KELUAR TELINGA KIRI...TAK TAHU NAK CAKAP APA LAGI KAT NIZAR NI...ALEH ALEH....LANTAK DIA LA..

Belacak berkata...

Salam IpohMalay

Mereka (keluarga ChinPeng dan Hindraf) ni takkan naik muka tinggi melangit kalau takde sebahagian Melayu yang sanggup menjadi barua meraka. Lihat saja dalam blog Suara Perak milik Sivakumar, yang berabis membela pak itam tu adalah terdiri dr orang-orang Melayu yang masih tak sadar diri.

Percayalah satu hari nanti nasib orang-orang Melayu di Malaysia akan lebih teruk lagi lagi dari nasib orang-orang Islam Bosnia akibat sikap kerterbukaan yang tanpa batas dan mengikut telunjuk.

Sekurang-kurangnya pribumi Kepulauan Fiji lebih tinggi tahap kesedarannya daripada Melayu di Malaysia ini.

anakbukitgantang berkata...

saya percaya "orang gasar" orang tak beradat seperti Nizar TELAH DISEKOLAHKAN oleh DYMM Sultan Perak.

Intipati ucapan baginda sendiri yg dibaca dalam bahasa inggeris dalam akhbar NST amat bermakna:

"Sultan, is above the law (read this is continuos message from DYMM Sultan Selangor)..but as a heritage from the past.. a Ruler has right to counsel, be counseled, REPRIMANDED AND PUNISHED irresposnsible politicians, be it in public or private...."

Kalau aku jadi Nizar, jatuh air muka ku.....

Ini adalah cara "komunikasi NOBLE" vs komunikasi samseng ala Nizar /PAS/DAP = PR

Sumber saya yang rapat dgn istana memaklumkan bahawa DYMM Sultan menunggu saat dan ketika yang sesuai utk menasihat.....dan cara yang digunakan adalah komunikasi NOBLE..ibu saya sering ingatkan saya...kita bangsa beradat...budi dan bahasa melambangkan dari mana asal kita...ehmmm setinggi tinggi pelajaran kalau masih perangai macam Nizar, sorry mana-mana high society takkan bagi masuk registry book....

IPOHMALAY berkata...

masalah besar sesetengah melayu sekarang... diorang pejuangkan dogma Yahudi tanpa dorang sedar...

demokrasi melulu tak akan melahirkan sistem khalifah..

Sokongan PAS ke atas sistem PKR dan DAP menunjukkan PAS anti feudal dan bersifat republikan.... pada pandangan mereka.. hanya presiden yang boleh menjadi khalifah..

tetapi dorang lupa... set politik yang dicipta yahudi takkan mencipta apa-apa melainkan PEMERINTAH YANG MEREKA IZINKAN menjadi kepala negara..

Orang Islam kena utamakan surah Al Baqarah semaja mengaji ... terutamanya di akhir akhir ini..

Nga Kor Ming tak mungkin berani menyentuh surah Al Baqarah..