Berita kemasukan Chua Jui Meng menyertai PKR adalah satu berita yang diduga. Biarkanlah dia membawa kekecewaannya melalui cara apa yang dia rasakan perlu. Mujur dia dikalahkan oleh Ong Tee Keat kerana jika di menang, pemimpin hipokrit seperti itu menjadi liabiliti besar buat Barisan Nasional.
Bercakap mengenai Chua Jui Meng dan beberapa bekas pemimpin MCA yang ditolak parti sendiri, bagaimana pula kita melihat pertambahan ahli UMNO yang mendaftar secara online dewasa ini?
Penulis sempat berkumpul mengambil angin petang bersama hampir 20 anak-anak muda Melayu di Taman Pepaduan dalam bulan Mei. Penulis menggunakan taktik, membincangkan mengenai politik negeri Perak.
Ternyata mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai apa yang berlaku dan berupaya mengutarakan persoalan mengenai perlembagaan.
Melalui pendekatan yang dikira sama rata, penulis membuka komputer riba dan mengakses internet dan menunjukkan laman pendaftaran ahli UMNO online.
Tidak disangka-sangka, petang itu sahaja, kesemua mereka mahu didaftarkan sebagai ahli termasuk beberapa nama yang amat cenderung membangkang semua idea pro-kerajaan.
Tetapi bangkangan itu harus diambil secara positif. Itulah dinamakan check and balance. Mereka yang mengemukakan bangkangan terhadap perjuangan UMNO itu diberi penghargaan dan sokongan supaya menjadi agen penambahbaikan dari dalam.
Maka hakikat itu diterima dan mereka ini berbesar hati untuk menyertai UMNO yang dikira tidak lagi mementingkan diri.
Kita tidak perlu memanggil mereka untuk mendaftar sebagai ahli sekiranya mereka diberi penerangan yang betul mengenai politik tanah air hari ini.
Mereka ini akan tergerak hati dan lekas-lekas memohon untuk didaftarkan sebagai ahli. Bukankah itu lebih membuahkan hasil dari mendaftarkan ahli secara 'lelongan awam'?

No comments:
Post a Comment