Ahad, Ogos 30, 2009

Pelan pembangunan terancang di Tambun

Mingguan Malaysia, Ahad, 30 Ogos 2009

Pelan pembangunan terancang di Tambun

IPOH 29 Ogos - Kawasan Tambun yang sedang pesat membangun dengan kewujudan Bandar Sunway Ipoh, bakal mempunyai pelan pembangunan mulai tahun depan.

Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembangunan tidak boleh dibuat secara ad-hoc tetapi memerlukan satu pelan pembangunan yang teratur supaya ia memberi manfaat kepada rakyat.

''Kita mesti ada pelan induk di mana kita mahu pembangunan dijalankan. Kita mesti tahu di mana kedudukan sekolah, jalan dan bandar supaya memberi manfaat kepada rakyat selain pembangunan di sektor pertanian.

''Kita sedang merangka pelan pembangunan ini dan berharap ia dapat siap menjelang hujung tahun ini untuk diserahkan kepada Kerajaan Pusat," katanya merangkap Menteri Kewangan Kedua kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan jalan susur Lebuh Raya Utara Selatan ke Tambun di sini hari ini.

Pembukaan jalan tersebut dijangka dapat menarik kedatangan lebih 10 juta pelancong ke Sunway City Ipoh setiap tahun sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan Tambun.

Syarikat Sunway City (Ipoh) Sdn. Bhd. turut menyumbangkan RM1.5 juta bagi kos pembinaan laluan tersebut yang menelan belanja RM15 juta.

Ahmad Husni berkata, pembangunan bidang pertanian terutamanya tanaman limau tambun turut dimuatkan dalam pelan pembangunan Tambun.

''Walaupun Ipoh sebuah bandar raya, kita mempunyai petani di Tambun dan kita mahu menukarkannya kepada pertanian moden pada masa akan datang," katanya.

Menurut beliau, Tambun menerima peruntukan sebanyak RM360 juta bagi membina infrastruktur daripada Kerajaan Pusat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

4 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam Merdeka,

Semoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

PUTRAKENCANA berkata...

Pembangunan terancang di Tambun ????

Apa yang kita lihat kini di Tambun sangat mendukacitakan kita orang Melayu.

Rumah-rumah mewah didirikan di Persekitaran LOst World Of Tambun.

Siapakah yang mampu mendudukinya ???

Sendiri pun tahu.

Melayu yang mampu hanya dapat melihatnya sahaja.

Kepada YB Husni, majukankan Gugusan Manjoi, kerana di situ perlukan lagi pembangunan yang terancang.

IPOHMALAY berkata...

Sebab menentang pemilikan tanah oleh Sunway pada 1995, Husni nyaris digugurkan dari calon...

Kekeruhan hubungan Husni dan Jeffery Cheah rasanya masih berlaku.. walaupun Ramli Ngah Talib sudah tamat siaran..

PUTRAKENCANA berkata...

Salam,

Itulah silapnya pemimpin Melayu kita, takut sangat kepada tekanan luar yang tidak ade kene mengena dengan kita.

Teman kenal Dato' Husni itu dari sebelum dia menjadi ketua Bahagian Tambun lagi, Semangatnya sungguh besar.

Bila dah mempunyai kuasa dan nama janganlah pula lupa diri dan lupa pengundi yang setia memilihnya di Parlimen Tambun.

Tanpa sokongan kami, siapalah dia.

Sentiasa Beringat...........