Anda pernah mendengar Ko Phi Phi? Terletak dalam wilayah Krabi dan kedudukannya antara Ko Lanta, Pekan Krabi dan Pulau Phuket, Ko Phi Phi sangat indah diciptakan Allah untuk menzahirkan kehalusan definisi pantai yang indah bagi citra selera manusia.
Di Ko Phi Phi Leh, yang merupakan 'anak' kepada Ko Phi Phi Don, iaitu Ko Phi Phi yang lebih besar, Leornado Di Caprio telah diambil untuk melakonkan watak Richard dalam filem The Beach keluaran tahun 2000 yang menceritakan pengembaraan seorang anak muda yang mencari pantai paling indah dan tak terusik oleh siapa-siapa di dunia. Lokasi filem tersebut memilih Mahyah Bay, sebuah teluk yang dikelilingi oleh tunggul-tunggul batu kapur yang terletak di Ko Phi Phi Leh.
Mahyah Bay di Ko Phi Phi Leh, lokasi penggambaran The Beach.
Berbalik kepada Ko Phi Phi, pulau yang asalnya bernama Pulau Api-Api, merujuk kepada jenis pokok bakau yang terdapat di situ, mula didiami oleh nelayan berketurunan Kedah sejak ratusan tahun lalu. Pada tahun 1940an, peladang kelapa dari tanah besar yang juga dari keturunan Kedah membuka kawasan tanaman kelapa di situ.
Hari ini, dilantai barisan pepohon kelapa berusia puluhan tahun, telah padat dengan rumah tumpangan, restoran, bilik sewa, bar, cafe, rumah urut dan berbagai lagi kemudahan pelancongan. Penduduk asal beragama Islam berketurunan Kedah di sini memperoleh pendapatan dengan membawa bot-bot panjang untuk para pelancong menyewa dengan kadar harian. Mereka tidak lagi tahu berbahasa Melayu hatta ayat paling mudah.
Apa yang menarik, di sebuah pulau yang mana umat manusia yang bertenggek di atasnya mampu mencecah 5000 orang pada satu-satu masa, hanya 500 hingga 1000 orang merupakan penduduk asal pulau ini. Namun, sebuah masjid yang agak besar dan nyata telah wujud di situ.
Lebih membingungkan, ditengah-tengah kawasan yang telah menjadi sebuah perkampungan komuniti kulit putih yang ada diantara mereka telah berbulan menyadaikan diri di situ, laungan azan dari Masjid Ko Phi Phi (lihat gambar paling atas), tidak pernah gagal untuk diperdengarkan melalui corong menara masjid, hingga seluruh kawasan landai dan padat permatang Tongsai, kawasan yang menempatkan 90% pelancong di Ko Phi Phi ini mampu mendengarnya 5 kali sehari.
Permatang Tong Sai di Ko Phi Phi sejurus selepas Tsunami, hari ini, ia kembali padat dengan premis-premis perniagaan dan penginapan.
Walaupun sepanjang 'high season' dari November hingga April, pulau ini dipenuhi dengan dengan golongan yang bukan beragama Islam berbangsa Eropah pada kadar mencapai 80% dari keseluruhan umat manusia, tiada bantahan supaya azan tidak dilaungkan.
Aneh, di negara kita Malaysia, di mana populasi penduduk Islam telah mencecah 68%, telah wujud golongan yang buta hati, kotor, busuk dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat, dipilih untuk mewakili sesebuah bangsa yang sesetengahnya mempunyai satu agenda. Hentam Islam dari setiap sudut termasuk laungan azan yang dikatakan mengganggu.
Adakah trend menolak kematangan berfikir dan mendakap sentimen perkauman ini mahu dipakai sebagai acara politik? Jika ya, kita semua mengetahui, pihak manakah yang sebenar-benarnya bersifat perkauman dan berbahaya.
Sesungguhnya, tidak seorangpun rakyat Malaysia layak untuk memakai kewarganegaraan negara ini jika mereka terus menyokong golongan chauvinist, anti-Islam, diskriminasi dan bersifat membolot apabila kuasa terlepas ke tangan mereka.
Mereka-mereka ini melindungi sifat perkauman mereka dengan lekas-lekas menuduh pihak lain bersifat perkauman agar fitnah mereka didengari terlebih dahulu sebelum fakta hujah pertuduhan menjadi ayat bela diri yang akan mereka manipulasi semata-mata. Dolak-dalik mereka sangat mudah dibaca dan mereka hakikatnya tidak pandai seni politik dan dungu.
Ko Phi Phi terus membangun walaupun 2000 orang maut semasa tsunami 2004. Azan terus berkumandang di permatang Tongsai yang umat manusianya terdiri dari 80% pelancong asing, di sebuah negara yang dikepalai oleh seorang Raja yang amat berhati-hati terhadap hati kaum minoriti yang patuh kepadanya.
Masjid-masjid baru di Krabi terus tumbuh dengan saiz yang sangat besar, sehingga sesebuah gugusan kampung-kampung yang berpenduduk 2000 orang mempunyai masjid sebesar Masjid Jamek Kuala Lumpur. Azan terus berkumandang di negara yang mengangkat ajaran Buddha-Hindu sebagai agama teratas dalam bayangan sekularisma terpimpin pada perlembagaannya.
Tetapi di Malaysia, ada pihak berjiwa syaitan yang wajar diberi ingatan dan mungkin sedikit pengajaran tidak akan menjejaskan sesiapa demi masa depan anak bangsa Malaysia yang kini diacah senakalnya oleh golongan parasit ini.
Masjid yang baru di bina di pantai peranginan Phra Nang yang masih terletak di bawah daerah Ao Nang, dalam wilayah Krabi.Di Ko Phi Phi Leh, yang merupakan 'anak' kepada Ko Phi Phi Don, iaitu Ko Phi Phi yang lebih besar, Leornado Di Caprio telah diambil untuk melakonkan watak Richard dalam filem The Beach keluaran tahun 2000 yang menceritakan pengembaraan seorang anak muda yang mencari pantai paling indah dan tak terusik oleh siapa-siapa di dunia. Lokasi filem tersebut memilih Mahyah Bay, sebuah teluk yang dikelilingi oleh tunggul-tunggul batu kapur yang terletak di Ko Phi Phi Leh.
Mahyah Bay di Ko Phi Phi Leh, lokasi penggambaran The Beach.
Berbalik kepada Ko Phi Phi, pulau yang asalnya bernama Pulau Api-Api, merujuk kepada jenis pokok bakau yang terdapat di situ, mula didiami oleh nelayan berketurunan Kedah sejak ratusan tahun lalu. Pada tahun 1940an, peladang kelapa dari tanah besar yang juga dari keturunan Kedah membuka kawasan tanaman kelapa di situ.
Hari ini, dilantai barisan pepohon kelapa berusia puluhan tahun, telah padat dengan rumah tumpangan, restoran, bilik sewa, bar, cafe, rumah urut dan berbagai lagi kemudahan pelancongan. Penduduk asal beragama Islam berketurunan Kedah di sini memperoleh pendapatan dengan membawa bot-bot panjang untuk para pelancong menyewa dengan kadar harian. Mereka tidak lagi tahu berbahasa Melayu hatta ayat paling mudah.
Apa yang menarik, di sebuah pulau yang mana umat manusia yang bertenggek di atasnya mampu mencecah 5000 orang pada satu-satu masa, hanya 500 hingga 1000 orang merupakan penduduk asal pulau ini. Namun, sebuah masjid yang agak besar dan nyata telah wujud di situ.
Lebih membingungkan, ditengah-tengah kawasan yang telah menjadi sebuah perkampungan komuniti kulit putih yang ada diantara mereka telah berbulan menyadaikan diri di situ, laungan azan dari Masjid Ko Phi Phi (lihat gambar paling atas), tidak pernah gagal untuk diperdengarkan melalui corong menara masjid, hingga seluruh kawasan landai dan padat permatang Tongsai, kawasan yang menempatkan 90% pelancong di Ko Phi Phi ini mampu mendengarnya 5 kali sehari.
Permatang Tong Sai di Ko Phi Phi sejurus selepas Tsunami, hari ini, ia kembali padat dengan premis-premis perniagaan dan penginapan.
Walaupun sepanjang 'high season' dari November hingga April, pulau ini dipenuhi dengan dengan golongan yang bukan beragama Islam berbangsa Eropah pada kadar mencapai 80% dari keseluruhan umat manusia, tiada bantahan supaya azan tidak dilaungkan.
Aneh, di negara kita Malaysia, di mana populasi penduduk Islam telah mencecah 68%, telah wujud golongan yang buta hati, kotor, busuk dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat, dipilih untuk mewakili sesebuah bangsa yang sesetengahnya mempunyai satu agenda. Hentam Islam dari setiap sudut termasuk laungan azan yang dikatakan mengganggu.
Adakah trend menolak kematangan berfikir dan mendakap sentimen perkauman ini mahu dipakai sebagai acara politik? Jika ya, kita semua mengetahui, pihak manakah yang sebenar-benarnya bersifat perkauman dan berbahaya.
Sesungguhnya, tidak seorangpun rakyat Malaysia layak untuk memakai kewarganegaraan negara ini jika mereka terus menyokong golongan chauvinist, anti-Islam, diskriminasi dan bersifat membolot apabila kuasa terlepas ke tangan mereka.
Mereka-mereka ini melindungi sifat perkauman mereka dengan lekas-lekas menuduh pihak lain bersifat perkauman agar fitnah mereka didengari terlebih dahulu sebelum fakta hujah pertuduhan menjadi ayat bela diri yang akan mereka manipulasi semata-mata. Dolak-dalik mereka sangat mudah dibaca dan mereka hakikatnya tidak pandai seni politik dan dungu.
Ko Phi Phi terus membangun walaupun 2000 orang maut semasa tsunami 2004. Azan terus berkumandang di permatang Tongsai yang umat manusianya terdiri dari 80% pelancong asing, di sebuah negara yang dikepalai oleh seorang Raja yang amat berhati-hati terhadap hati kaum minoriti yang patuh kepadanya.
Masjid-masjid baru di Krabi terus tumbuh dengan saiz yang sangat besar, sehingga sesebuah gugusan kampung-kampung yang berpenduduk 2000 orang mempunyai masjid sebesar Masjid Jamek Kuala Lumpur. Azan terus berkumandang di negara yang mengangkat ajaran Buddha-Hindu sebagai agama teratas dalam bayangan sekularisma terpimpin pada perlembagaannya.
Tetapi di Malaysia, ada pihak berjiwa syaitan yang wajar diberi ingatan dan mungkin sedikit pengajaran tidak akan menjejaskan sesiapa demi masa depan anak bangsa Malaysia yang kini diacah senakalnya oleh golongan parasit ini.
Masjid di Nong Thale, Route 4034 berhampiran simpang ke Route 4023.
Masjid Al-Aman di Ao Nang yang terletak di Route 4023.
2 comments:
Saudara,
saya tinggal di kinrara bk3. Untuk pengetahuan saudara, khutbah sembahyang jumaat hanya dapat didengar jika berada betul2 di dalam bangunan masjid. Jika berada di luar bangunan masjid, hanya samar2. Padahal masjid penuh dan ramai terpaksa berdiri di luar.
Kalau saudara x percaya, saudara boleh try pada hari jumaat....I felt insulted (twice actually because i thought there was a techy prob with the PA system waktu 1st time it happened) that this thing can happened in Malaysia tempat more than 68% ada muslim!
I stopped goin to the Kinrara mosque as i think they succumbed to the idiot Selangor state government demand! And hell i wont ever pay zakat kat selangor selagi benda ni berlaku.
Malu dengan sikap imam dan AJK Masjid kinrara for being so apologetic for being a muslim!
Nonpartisan73
Tuan Nonpartisan,
Saya cadang tuan syor kpd pihak berwajib di mesjid kinrara untuk pegi belaja dari pihak masjid al-falakh USJ 9, Subang Jaya. Kat situ dengar citer muslimnye 30-40% je.
Azan memang kuat, quran, ceramah, kotbah, semua boleh kuat2...no problem. Rock and roll le kata orang putih.
Tapi seriusly, kena pebetui la mesjid kinrara tu. Apsal jadi mcm tu. Kena banyak doa hidayat lagi laa ...Suruh diorang hidupkan amal masjid lagi...
Syor saya la...
Post a Comment