Pemimpin anti-Islam Belanda menang besar
THE HAGUE 10 Jun – Ahli politik anti-Islam Belanda, Geert Wilders sekali lagi membuat kenyataan panas selepas Parti Kebebasan (PVV) pimpinannya mendapat tempat ketiga pada pilihan raya umum negara ini dengan memenangi lebih banyak kerusi Parlimen.
“Perkara yang mustahil telah berlaku. Kami merupakan pemenang terbesar hari ini. Rakyat Belanda kini memilih untuk keselamatan, pengurangan jenayah, pengurangan pendatang dan pengurangan Islam,” kata pemimpin berambut kuning mengenai pilihan raya yang berlangsung Rabu lalu.
Kerusi Parlimen yang dikuasai PVV kini bertambah kepada 24, berbanding sembilan sebelum ini dan mempunyai harapan untuk menyertai kerajaan campuran.
Wilders yang menyifatkan Islam sebagai agama fasis dan menyamakan kitab Al-Quran dengan buku Mein Kampf milik Hitler, mencetus kontroversi melalui komentari anti-Islam selama 17 minit bertajuk Fitna.
Dia dibicarakan di Belanda pada Oktober lalu atas dakwaan menghasut kebencian terhadap orang Islam dan diharamkan dari memasuki Britain pada tahun lalu bagi mengelakkan penyebaran ‘mesej kebencian dan keganasan’.
Sementara itu, Parti Liberal (VVD) mendapat 31 kerusi, bersaing sengit dengan Parti Buruh (PvdA) yang memperolehi 30 kerusi, kelebihan hanya satu kerusi.
Parti Tindakan Demokratik Kristian (CDA) pimpinan Perdana Menteri, Jan Peter Balkenende pula berada di tempat keempat dengan kehilangan 20 kerusi dan memenangi hanya 21 kerusi.
Kekalahan memalukan CDA yang memerintah sejak Perang Dunia Kedua, menyebabkan Balkenende memutuskan untuk meletakkan jawatan dan melepaskan kerusi Parlimennya. – AF
Ulasan
Islamofobia rakyat Belanda perlu dihukum. Itu sahaja. Noktah.

3 comments:
mcm mustahil je najib akan putuskan hubungan diplomatik dgn belanda..almaklum la najib tu pengecut..konek kecut..
Sdr IpohMalay
Kalau Najib ada telor, barulah di panggil Duta Malaysia balik!
ilham datang dari Allah... Kalo nak kena doa... Mintak datang atas najib... Bukan menyalak
Post a Comment