Kembali setelah berlibur selama5 hari di Bandung sendirian persis 'backpackers'. Banyak yang dapat difahami mengenai sesuatu tempat jika bergerak sebegini kerana pemandu-pemandu teksi dan pengangkutan lain akan ringan mulut untuk berbual. Malah mereka yang akan memulakan perbualan kerana berbesar hari dengan membawa penumpang dari Malaysia.
Banyak yang telah penulis pelajari tentang Bandung khususnya, Indonesia amnya. Kreativiti masyarakat Indonesia tidak boleh dipertikaikan. Kerja berat bereka seperti membawa teksi 20 jam untuk membayar sewa Rp150.000 ( s. RM55.00) sehari, dan bersabar dengan karenah penumpang dan ramah menceritakan sesuatu yang menyeronokkan, melayakkan mereka disedekahkan dengan tips.
Bagi Budhie, seorang pemandu teksi Koputra yang mana syarikat ini menggunakan Proton Wira, dia amat menyanjung pengunjung dari Malaysia dari segi kemurahan hati. Mengangkut penumpang dari lapangan terbang ke hotel paling maksimum meter akan tercatat sekitar Rp 25.000 (RM 10.00). Rata-rata rakyat Malaysia gemar menyuruh pemandu teksi mengelilingi sebahagian Bandung untuk mencuci mata dan untuk membayar RM30 (Rp. 87,000) seperti di meter, terlalu banyak tempat menarik boleh dilewati. Budhie juga diberikan sebuah telefon Nokia lama oleh pelanggan utamanya dari Malaysia.
Terus kepada pengajaran yang diambil. Pertama ialah tentang kenyataan seorang pemandu teksi berusia 52 tahun yang menyebut bahawa jelas kelihatan gambar Ariel di dalam video lucah yang sedang kecoh di sana itu adalah penipuan pihak polis atas arahan pemerintah yang mahu mengalih pandangan rakyat yang sedang sibuk mengumpat sikap kronisme dan pembolotan jawatan-jawatan oleh pemimpin mereka.
Kedua, Indonesia adalah sekular. Pemerintah tidak membina masjid. Masjid perlu dibina oleh rakyat dan masyarakat setempat. Masyarakat setempat berbangga dengan hukum ini. Mereka cekal menyebut bahawa keimanan adalah tanggungjawab diri sendiri. Bukannya disuruh atau dilarang oleh pemerintah.
Pengajaran ketiga ialah, judi bolasepak Piala Dunia berleluasa. Ia tidak dilesenkan. Tetapi tidak pula banteras. Siapakah pengautnya?
Berbeza di Malaysia, sinis sekali sekiranya penentangan ke atas perlesenan judi bolasepak memberi mekar kepada judi bola haram yang sedang diperangi dengan menghabiskan kerja polis dengan banyak sedangkan banyak kes jenayah jalanan perlu di atasi. Tambahan lagi, Malaysia mengakui ianya negara Islam dan membina masjid-masjid.

No comments:
Post a Comment