Selasa, Ogos 03, 2010

Pecahkan Sabah Sarawak Jadi 16 Negeri? Agenda Siapa?

Niat untuk menjadikan sistem beraja di negara ini dan penggiliran Yang Dipertuan Agong sebagai 'Presiden' negara ini kepada sesuatu yang tidak relevan, semakin ketara dengan cadangan Jeffery Gapari Kitingan yang mencadangkan Sabah dan Sarawak dipecahkan menjadi 16 negeri.

Cadangan ini pastinya akan membuatkan jumlah negeri di Malaysia akan bertambah menjadi 28 buah. Apabila 28 buah negeri ini wujud, sudah tentulah negeri-negeri yang mempunyai raja dan sultan hanya 40%. Akibat dari keadaan inilah, Indonesia membubarkan kerajaan sultan-sultan yang ada di rantau Nusantara sebelah sana pada tahun 1949.

Berikut adalah petikan dari artikel Malaysiakini tersebut :

Pemimpin pembangkang Sabah, Jeffrey Gapari Kitingan menggesa kerajaan negeri Sabah dan Sarawak supaya menimbangkan secara serius mewujudkan beberapa negeri baru di kalangan mereka.

Katanya, keluasan kawasan yang besar, kecekapan mentadbir yang lebih baik melalui desentralisasi dan memaksimumkan potensi sebagai alasan untuk berbuat demikian.Ideanya adalah Sabah dibahagikan kepada lima negeri - Tawau, Sandakan dan Kudat di pantai timur dan utara manakala dua lagi negeri iatu Pantai Barat dan Pedalaman.Bagi Sarawak pula, menurut Jeffrey, semua sebelas bahagian dijadikan negeri-negeri Sarawak, iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang."Jumlah 16 negeri dan satu wilayah persekutuan Borneo akan menengelamkan 11 negeri dan dua wilayah persekutuan di Semenanjung Malaysia,” katanya semasa ucaptama tertutupnya yang berjudul 'The Genesis of Malaysia Revisited' dan 'The Way Forward' di Kota Kinabalu, semalam.

Tetapi jika cadangan itu mahu dipertimbangkan, perlulah ada situasi menang-menang di sini. Memang akhir-akhir ini, tuntutan yang tidak-tidak makin banyak kedengaran dari tanah malaysia sebelah sana. Semakin banyak blog mentafsir sejarah dari otak hasad mereka sendiri dan memburuk-burukkan peristiwa-peristiwa yang membawa negara Sabah dan negara Sarawak bergabung dengan negara Malaya untuk membentuk Malaysia.

Baiklah. Jika Jeffrey berani mengutara pendapat sedemikian, sedarkah dia bahawa orang lain pun boleh mengutarakan pendapat mereka sendiri? Ibarat satu posting di dalam Facebook yang ditulis oleh seorang 'warganegara Malaya' :

Setuju bersyarat. Tamatkan 'kenegaraan' Sabah dan Sarawak... jadi ada 16 bagian berketua menteri + 2 di malaya... semuanya 18... YDPA tak relevan lagi... sistem raja2 perlu ditamatkan seperti di indonesia... dan seperti indonesia... 1 etnik (jawa) shj yg akan memegang kerusi presiden... (kerana toleransi jawa memberi laluan untuk bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan) ... kalau di dalam konteks ini, etnik Melayu! Kerana terpaksa membelakangkan institusi raja-raja. Dan transmigrasi perlu diperkuatkan dan Sarawak perlu terima hakikat untuk mempunyai separuh dari penduduknya berasal dari Semenanjung, memiliki hartanah dan hidup secara kekal di sana. Apakah hasil dari semua itu? Itukah apa yang mereka mahu? Akhirnya... pheonix bangkit dari abu untuk terbang masuk ke dalam api dan menjadi abu semula.. akibat tangan-tangan serta idea-idea yang bodoh dan dungu. Yang berpaksikan dahaga kuasa.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

my comment plak:
i'm srwkian..n sy support apa y jefrey kitingan tu katakan..slps 45 thn Sarawak dlm Malaysia ..kami msh jauh ketggln..so apa y kami mtk xlbh drpd y spttnya..kami dh sumbang byk u Malaysia.(federaL ) tanah melayu=semenanjung)amnya..penubuhan Malaysia secara amnya xda guideline y jelas..my opinion MAlaysia merupakan perkongsian di antara 3 buah kerajaan..kerajaan tanah melayu+ sarawak+ sabah= Malaysia

IPOHMALAY berkata...

my opinion also goes the same way..

tapi i would like to say, Perak adalah negara yang pertama di semenanjung yang merdeka.. memperoleh kemerdekaan dari Siam pada tahun 1826. Diperas hasil buminya sehingga 150 tahun kemudian untuk memajukan negara ini, tanpa rakyatnya bersifat terlalu mementingkan diri sendiri.

45 tahun terbinanya Malaysia, adakah sama usianya 200 tahun terbinanya USA?

adakah manusia di sabah dan sarawak itu terdiri dari bangsa2 yang tidak sabar dan melulu dimakan hasutan...

apakah pontianak lebih cantik dari kuching?

apakah nunukan lebih indah dari tawau?

apakah sebuah negara Sarawak yang merdeka tidak akan hancur dijarah imperialis selatan (indonesia) tanpa bantuan australia yang menganggotai komanwel bersama malaya, sabah dan sarawak..

apakah dengan memerdekakan sarawak 45 tahun lalu, sarawak akan menjadi negara komunis terbaik , lebih baik dari vietnam dan china..

kebanyakan orang membuat tanggapan berdasarkan persepsi hari ini, seolah-olah, tanah borneo itu baru sahaja timbul ke permukaan bumi semalam...

Azwan Alihuddin berkata...

Saya bukan orang Malaysia Timur. Tapi selepas bertahun-tahun hidup di sana, saya akui memang ada yang tak kena di mana-mana bila memperkatakan pembangunan di Malaysia Timur yang terlalu lambat bergerak. Jangan ambil contoh ibu negeri seperti Kuching dan Kota Kinabalu atau ibu kota bahagian seperti Sibu dan Sandakan bila berkata-kata. Sebaliknya ambillah pekan kecil di semenanjung dan bandingkan pekan kecil di sana. Nanti kita akan lihat apakah benar kenyataan ini.

Untuk kepentingan negara dan untuk kemakmuran warga Malaysia yang tinggal di sebelah sana, saya fikir pandangan Jeffery itu dilakukan dengan kajian dan ada asas. Ambil satu contoh saja, seorang guru yang berkhidmat di pedalaman Limbang harus hadiri kursus anjuran jabatan pendidikan negeri. Ertinya dia harus keluarkan belanja yang begitu besar untuk ke Kuching. Dan cuba bayangkan hal sama dialami seorang guru di pedalaman Gua Musang, dia hanya perlu ke Kota Bharu untuk urusan itu.

Seperkara lagi, peruntukan kerajaan pusat yang diagihkan ke negeri itu hanya 2/14 padahal keluasan Malaysia Timur lebih 60% dari keluasan negara.

Kerajaan Malaysia beri Royalti 5% kepada setiap negeri pengeluar minyak di Malaysia. Ini juga satu hal yang merugikan Sabah dan Sarawak. Terengganu yang luasnya hanya 10% dari keluasan negara mendapat pulangan yang sama besar dengan pulangan di Sabah dan Sarawak. Bayangkan jika di Pahang dan Kelantan juga ditemukan minyak, bererti pulangan kepada Semenanjung Malaysia sudah jadi 15% tapi Masing-masing Sabah dan Sarawak masih dapat 5%. Adakah ini satu keadilan?

Jadi saya bersetuju dengan cadangan memecahkan Sabah dan Sarawak kepada beberapa negeri. Jika ini terjadi saya bayangkan Malaysia selepas ini akan terdiri dari 3 Wilayah iaitu Semenanjung, Sabah & Sarawak, 3 Wilayah Persekutuan (KL, Puterajaya dan Labuan) dan 26 buah negeri (11 di wilayah Semenanjung, 7 di wilayah Sarawak dan 5 di wilayah Sabah)