Thursday, July 15, 2010

Dua Puak Takutkan Kerajaan Perpaduan

Kesediaan Parti Islam Semalaysia (PIS) untuk 'bertaubat' dan kembali ke jalan perpaduan dan usahasama dengan Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu (PMKB) dalam merangka kemajuan ummah dan pemerkasaan politik orang Islam di negara ini amat dialu-alukan.

Usaha ini bukan baru malah ia telah bermula sejak Ogos 2008 di Perak di mana di sinilah menyaksikan kebusukan hati perut 'pemimpin' PIS Perak, Nizar Jamaluddin yang dengan biadap dan angkuh, enggan menyahut seruan Mufti Perak supaya bekerjasama membentuk kerajaan campuran yang memberi kekuatan kepada kuasa politik orang Islam.

Apabila berlaku keadaan ini, DUA PUAK yang yang akan takut dan terkincit ialah :

1. DAP yang angkuh dan anti-penyatuan Islam (dibaca, anti-Islam).

2. Puak syok sendiri bodoh sombong dalam PKMB (dibaca UMNO).


Puak DAP

Akan berlakulah hiruk pikuk dalaman DAP yang di hati mereka ada kebencian yang amat besar terhadap perpaduan orang-orang Islam di negara ini. Mereka pasti sedar bahawa usaha mereka memecahkan politik orang Melayu dan menyatupadukan politik orang Cina atas SIFAT PERKAUMAN PALING TERKUTUK yang mereka amalkan, sebenarnya akan binasa, memakan diri dan menjadikan mereka kalah dan berbalah.


Puak syok sendiri bodoh sombong dalam PKMB (dibaca UMNO)

Akan berlaku jugalah hiruk-pikuk golongan bodoh sombong dalam PKMB apabila kebejatan mereka akan ditempelak oleh 'bangsa-bangsa bersatu' yang berjuang di landasan yang sama. Mereka-mereka ini akan dipinggirkan apabila kesedaran terhadap usaha mengembalikan maruah bangsa dan agama akan mengambil tempat. Sudah tentulah para bodoh sombong ini akan 'disembur racun perosak' dan revolusi baru dalam PKMB akan berlaku. Sungguh, setelah kita menghadapi realiti politik baru pasca PRU 12, kita hakikatnya TIDAK PERLU LAGI menyimpan muka-muka dalam PKMB yang menjadi punca rosaknya parti sebelum PRU 12. Tetapi mengapa mereka masih menyemak?


Rumusannya, betapa mudahnya untuk memulihkan keadaan andai kata kedua-dua pihak, PKMB dan PIS kembali bersatu walaupun berlainan baju tetapi mempunyai matlamat yang sama dan sentiasa bersedia untuk menegur dan ditegur dalam memantapkan politik orang Islam di negara ini. Benar, pada waktu itu, untuk menegakkan hukum syariah, tidak ada masalah besar melainkan diskusi tafsiran semata-mata.

No comments: