Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia :Wujud Kealpaan Warga Semenanjung

Penulis mula membelek atlas yang ada di rumah semasa berumur 6 tahun. Atlas tersebut cetakan 1979. Namun, cuma 20 tahun kemudian, penulis mula memahami rasional untuk Hari Malaysia dijadikan cuti umum perseketuan.

Lantaran itu, penulis pernah menulis ke Utusan Malaysia dan The Star bagi dipamerkan dalam ruangan surat pembaca, memohon agar Hari Malaysia diwartakan sebagai cuti umum persekutuan, tetapi tidak disiarkan.

Lima tahun kemudian, di sebalik kekecohan cadangan penipu negara untuk mengambil alih tampuk pemerintahan pada 16 Sept 2008, kesedaran tentang Hari Malaysia semakin meningkat.

Tahun ini buat pertama kali, Hari Malaysia telah menjadi cuti umum persekutuan dan buat pertama kali, warga Malaya menikmati cuti.

Namun, perkara paling dibimbangi ialah apabila sesetengah orang Malaya mempertikaikan apabila penulis menyebut Selamat Hari Malaysia ke 47 kerana mereka berpendapat bahawa ini merupakan hari Malaysia pertama, yakni inisiatif Perdana Menteri yang melancarkan 1Malaysia. Malah ada yang menyebut cuti 1Malaysia.

Hakikatnya pengetahuan masyarakat Malaya masih lemah berhubung sejarah sendiri. Menteri Penerangan perlu memainkan peranan yang lebih lagi dalam memberi kesedaran ke atas masyarakat Semenanjung yang agak alpa.

6 comments:

Unknown said...

Secara peribadi saya berpendapat memang wujud kealpaan yang sangat besar dikalangan penduduk semenanjung berkenaan hari pembentukan Malaysia iaitu pada 16 sept ,

Dikalangan warga tua sendiri masih ramai yang tak tahu , apatah lagi dikalangan geneasi muda , apa yang mereka tahu hanyalah hari kemerdekaan 31 ogos , hanya itu !

Samada mereka meang tdk tahu atau tak berminat untuk ambil tahu bahawa 31 ogos itu ialah hari pengisytiharan kemerdekaan [hanya semenanjung ] ketika itu , dipanggil Tanah Melayu ,

16Sept ialah hari rasminya Sabah dan Sarawak bersetuju bergabung dengan semenanjung dibawah satu nama negara 'Malaysia' , apabila bergabung maka secara automatik Sabah dan Sarawak turut merdeka ,

Sekiranya Sabah dan Sarawak tidak bersetuju bergabung dengan Semenanjung [Tanah Melayu] ketika itu maka tidak akan ada nama Malaysia , barangkali yang hanya ada ialah negara dipangil Tanah Melayu ,

Sekiranya Sabah dan Sarawak tidak bergabung dengan Tanah Melayu ketika itu kemungkinan Sabah/Sarawak masih dalam status tanah jajahan British sehingga kini , atau Sabah menjadi salah satu negeri dalam negara Filipina dan Sarawak menjadi salah satu negeri dalam Indonesia ! atau sabah Sarawak diambil oleh Indonesia sebagai salah satu wilayahnya !

setuju , kementerian penerangan kena buat sesuatu untuk memahamkan kepada rakyat apa sebenarnya 16sept , jangan sampai mereka beranggapan 16sept itu hanyalah salah satu cuti yang dicipta utk slogan 1malaysia .

Ular Menyusur Akar said...

hu...hu... awak semua dapat cuti. Kami warga kilang belum lagi. Selagi ia tidak di wartakan selagi itulah pejabat buruh tidak boleh buat apa-apa jika kilang tidak beri cuti. Dulu marin Agong istihar cuti pun tak di apik dek orang.

agbr47: Berlaku adil untuk semua.

Anonymous said...

--->Sekiranya Sabah dan Sarawak tidak bergabung dengan Tanah Melayu ketika itu kemungkinan Sabah/Sarawak masih dalam status tanah jajahan British sehingga kini , atau Sabah menjadi salah satu negeri dalam negara Filipina dan Sarawak menjadi salah satu negeri dalam Indonesia ! atau sabah Sarawak diambil oleh Indonesia sebagai salah satu wilayahnya !
------> sejarah mana ni bro

sabah dan swak merdeka dulu baru join Malaya la bro.
Sabah dan Swak diisthirkan merdeka pada 31 AUg 1963..tunku memilih tarikh yang sama degn tarikh kemerdekaan Malaya namun disebabkan konfrantasi ianya dilangsungkan pada 16 september 1963.

Lihat laporan Suruhanjaya Cobbold.keputusan pungutan suara.Merdeka dulu baru bergabung bersama Malaya,Singapore,swak dan sabah.

Anonymous said...

hari gawai + kaamatan wajar dijadikan cuti persekutuan juga

Anonymous said...

sabah dan sarawak adalah dua buah negara berdaulat sebelum bersama-sama dgn malaya membentuk persekutuan Malaysia dan bukan Melayu Raya spt yang dicanangkan.

Tai said...

Ha, bukan sahaja Kementerian penerangan kena ambik berat tentang hal sejarah ni. kementerian pendidikan dan pengajian juga kena ambik berast. Jadikan matapelajaran sejarah Malaysia sebagai matapelajaran wajib lulus.