Polemik yang ditimbulkan mantan diktator Singapura, Lee Kuan Yew memang menyakitkan hati. Tetapi lebih menyakitkan hati apabila melihat rakyat negara ini menghina Melayu Singapura sewenang-wenangnya. Tidaklah wajar marahkan nyamuk, kelambu di bakar.
Contohnya, Utusan Malaysia sewenangnya menyiarkan surat pembaca yang mengulas panjang lebar nasib Melayu Singapura sehingga melampaui batas sensitiviti. Jika saya seorang Melayu Ipoh boleh terasa hati, apakah pula dengan Melayu Singapura.
Kita perlu ingat bahawa UMNO juga mempunyai kubu kuat di Singapura sebelum Singapura keluar dari Malaysia. Geylang dan Bedok merupakan antara kubu kuat UMNO di zaman pra-kemerdekaan republik Cina itu.
Atas dasar ini, tidaklah wajar untuk kita melampaui batas kesusilaan sesama Melayu untuk mengeji nasib Melayu Singapura yang mereka sendiri tidak idamkan untuk berada dalam keadaan terpisah dengan saudara-mara mereka di Malaysia dengan sempadan antarabangsa.
Ketika melawat Bazar Aidilfitri Geylang Serai, saya dan beberapa teman Melayu Singapura sempat berbual mengenai politik Malaysia. Rata-rata mereka menyokong pemerintahan UMNO dan mengeji tindakan banyak berdrama Anwar dan puaknya. Wajarkah mereka dianggap warga asing sedangkan kita sangat dekat di hati mereka? Berkongsi loghat yang sama dan kesusasteraan yang sama.
Kini, akibat tohmahan tidak bersensitiviti ke atas mereka, banyak kedengaran suara-suara sesetengah dari mereka di internet tentang betapa Melayu Singapura sangat berbangga kerana tidak diistimewakan, dan mampu memandu di Singapura dengan kereta berpendaftaran hitam (mahal). Mereka tidak berniat untuk membangga diri tetapi ianya kitalah yang telah mendesak mereka mengulas sedemikian.
Semua ini wujud akibat sikap sesetengah rakyat Malaysia sendiri yang sewenangnya menjaja nasib buruk Melayu Singapura untuk momokan politik negara ini.
Hentikanlah sikap sesetengah kita yang marahkan Lee Kuan Yew dan mengkambinghitamkan Melayu Singapura. Jika kita mahu singkap apa yang kurang pada negara ini, sesungguhnya banyak yang perlu diperbaiki.
Dulu saya bertanggapan buruk pada Singapura. Namun apabila pasport saya di periksa oleh pegawai imigresen Singapura, seorang wanita Melayu tiga paku, dengan kesopanan Melayu yang masih kekal, di pintu masuk kereta di Woodlands, persepsi saya sedikit berubah. Melihat kemesraan rakan Melayu Singapura yang bersungguh membawa saya kalau boleh, ke segenap republik, pandangan negatif saya berubah sama sekali.
Tidak tahulah sama ada penulisan artikel yang memburukkan Melayu Singapura oleh sesetengah Melayu di Malaysia itu dibuat atas dasar personal atau apa. Yang jelas, tiada bezanya mereka dengan Batak si Mustar Bonaventura yang memimpin Bendera di Indonesia, si pengadu domba.
Memang kita bencikan beberapa dasar yang dibuat oleh pemerintah Cina republik pulau itu. Tetapi kita tidak wajar sama sekali untuk membenci warga Singapura kerana mereka juga adalah orang kita yang menjadi mangsa percaturan politik terdahulu.

No comments:
Post a Comment