Sunday, October 31, 2010

Geografi & Sejarah Itu Sama Pentingnya

Tahniah buat Kementerian Pelajaran kerana merealisasikan usaha menjadikan masyarakat negara ini di masa depan tidak buta sejarah. Usaha ini amat dialu-alukan malah dihargai. Menjadikan Sejarah sebagai subjek wajib lulus merupakan langkah yang tepat.

Namun, sahabat kembar kepada subjek Sejarah, yakni Geografi tidak harus dikurangkan kepentingannya. Menurut laporan, beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menggugurkan subjek ini dari senarai matapelajaran untuk peperiksaan SPM memandangkan ianya sekadar matapelajaran elektif.

Ketika dalam penerbangan ke Bandung pada bulan Jun lalu, saya terpegun melihat anak perempuan kepada seorang lelaki Cina warganegara Indonesia yang berumur lebih kurang lima tahun, asyik mentelaah peta negara Indonesia sambil bertanyakan bapanya sama ada sekian-sekian tempat yang ditunjukkan olehnya itu merupakan sebahagian Indonesia.

Dalam bahasa Indonesia, kedua-duanya saling berinteraksi walaupun si bapa kelihatan letih, dia tetap melayan karenah anaknya seolah-olah sangat berbangga untuk mempunyai anak yang mengetahui asas geografi kenegaraan paling mudah pada usia sebegitu.

Di negara ini, kita masih mempunyai penduduk yang tandus ilmu geografi. Contohnya, ramai yang tidak mengetahui bahawa ancaman tsunami akibat aktiviti seismologi hampir tiada di pantai barat daya Semenanjung, pantai timur Semenanjung, malah pantai Sarawak oleh kerana perairan yang cetek.

Contoh lain ialah seperti kepanikan yang terjadi ketika jerebu di bulan Oktober lalu akibat corak angin semalaman yang bersifat sementara pada saat konsistensi angin bulan tersebut adalah dari barat laut. Ini kerana mereka tidak mengetahui bahawa wilayah Riau di Indonesia yang sedang mengalami kebakaran tanah gambut terletak di barat daya Semenanjung.

Jika itu juga merupakan sesuatu yang berat untuk difahami, cuba pilih 10 orang yang berada dikalangan kita, bawakan ke kawasan lapang dan tanyakan di mana kedudukan negara China contohnya. Lihat saja jawapan mereka.

Hakikatnya geografi bukan sekadar itu. Geografi meliputi air, udara, tanah, lapisan bumi, seismologi, vulkanologi , corak penempatan, malah zon masa. Kaitannya dengan sejarah adalah pada sejarah latarbelakang kejadian geologi, arkeologi serta pembentukan demografi penduduk hari ini.

Semua ini adalah faktor kunci yang perlu ada bagi pembangunan modal insan sesebuah negara maju di masa depan.

Buta geografi hakikatnya merugikan negara. Seperti contoh cadangan membina pancuran air digaris pantai bagi mengatasi jerebu seperti yang pernah dicadangkan ketika jerebu teruk tahun 1997 sedangkan konsistensi angin yang membawa partikel terampai tidak memungkinkan apa-apa jaminan cadangan itu akan memberikan hasil kejayaan. Bayangkan kerugian yang tertanggung sekiranya idea ini digunapakai.

Kita tidak mahu masyarakat Malaysia yang maju di masa depan lebih buruk pengetahuan mereka tentang geografi jika hendak dibandingkan dengan negara yang belum maju.

Sebab itulah dikatakan subjek Geografi juga wajar dijadikan matapelajaran wajib lulus SPM. Kaedah penilaian dan markah lulus itu terpulanglah kepada ahli akademik di kementerian yang bertanggungjawab.

Tuesday, October 26, 2010

Tahniah Kerana Mementingkan Sejarah


Tahniah wajar diucapkan buat Kementerian Pelajaran kerana sedar bahawa kepentingan matapelajaran Sejarah terhadap pembinaan bangsa yang tinggi jatidiri akan menjadi nyata.

Malaysia kini mempunyai selapis generasi buta sejarah yang akhirnya akan membentuk negara ini mengikut selera yang tidak berdasarkan realiti serantau.

Jika Indonesia berbangga dengan rakyatnya yang tahu asal usul dan susur galur, Malaysia tidak mampu untuk berada di tahap itu kerana mereka kurang diberi pendedahan tentang sejarah.

Sejarah sebenarnya tidak hanya bergantung kepada pembinaan tamadun semata-mata. Sejarah perlu pergi jauh ke asal usul bangsa hingga ke zaman peralihan masyarakat proto ke masyarakat deutro.

Dalam memanjangkan subjek bagi topik paleolitik mesolitik, segala citra zaman tersebut seerti dataran luas Sunda yang dikatakan beriklim separa tropika dan separa savana yang dingin perlu dihuraikan ketika kemuncak pembelajarannya.

Asas bagi kanak-kanak sekolah rendah perlulah dengan selitan tugasan mengenai salasilah keluarga dan pegangan agama yang juga sebahagian dari sejarah yang membanggakan.

Kita sedar bahawa Malaysia tidak mungkin bermatlamat seperti Singapura yang memansuhkan matapelajaran Sejarah pada peringkat tertentu dalam bidang pendidikan. Ini kerana sejarah rantau ini semakin unik dan menjadi tumpuan setelah buku EDEN IN THE EAST tulisan Profesor Stephen Oppenheimer dari Universiti Oxford, London, mula popular di rantau ini.

Buku tersebut menyimpulkan bahawa kota Atlantis yang tenggelam berada di Asia Tenggara. Cendekiawan Indonesia mula berlumba menambah nilai ke atas jatidiri rakyatnya dengan memperkatakan tentang buku ini dengan serius.

Ini akan memberikan projection yang baik buat membentuk rakyat Malaysia yang mengetahui kemunculan mereka di muka bumi sebelah sini adalah untuk menjadi sebahagian warga rantau ini mengikut aturannya yang sebenar.

Thursday, October 21, 2010

Menara Warisan Merdeka tidak sentuh duit pelabur – PNB

Menara Warisan Merdeka tidak sentuh duit pelabur – PNB

Oleh Mowardi Mahmud
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini berkata, pembangunan projek Warisan Merdeka yang mempunyai menara tertinggi di Malaysia, akan dibiayai melalui dana dalamannya sendiri tanpa ‘menyentuh’ langsung dana pemegang unit amanahnya.

Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, PNB, sebuah firma pelaburan terbesar di Malaysia, memiliki dana operasinya sendiri yang dikendalikan secara berasingan dengan portfolio dana para pemegang unit amanah.

‘‘Kami akan menggunakan dana sendiri yang dikumpul daripada keuntungan PNB sejak mula operasi (penubuhannya),’’ kata Hamad Kama Piah dalam satu taklimat tentang projek Warisan Merdeka di sini hari ini.

Pada taklimat itu, beliau menyangkal spekulasi bahawa projek milik PNB akan menggunakan dana amanah saham dan juga dibiayai oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2011 pada Jumaat lalu mengumumkan bahawa PNB akan membina projek bersepadu melibatkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat dengan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara, dua bangunan sejarah negara, yang turut terletak di kawasan yang sama.

Keseluruhan projek itu bernilai RM5 bilion, dijangka siap pada tahun 2015.

Hamad Kama Piah tidak menolak kemungkinan PNB mendapatkan sumber pembiayaan lain tetapi ia tertakluk kepada sejauh mana usaha berkenaan mampu memaksimumkan pulangan daripada projek tersebut.

Katanya, projek pembangunan itu yang bakal disepadukan dengan dua bangunan warisan sejarah itu, akan dimajukan oleh PNB dan juga anak-anak syarikatnya tanpa menolak kemungkinan penyertaan mana-mana pelabur asing,

Beliau menambah, projek Warisan Merdeka yang dimiliki sepenuhnya PNB melalui PNB Merdeka Venture, adalah melibatkan pembangunan bercampur berkonsep bangunan hijau, di atas tapak seluas 19 ekar untuk tempoh pembangunan selama 10 tahun.

Katanya, selain menara yang bakal menempatkan ibu pejabat baru PNB, projek yang akan dimajukan dalam tiga fasa, akan turut mempunyai unit-unit kondominium dan kompleks membeli-belah.

‘‘Ibu pejabat PNB sedia ada yang terletak di Menara PNB (Jalan Tun Razak) akan mencapai usia 30 tahun pada 2016 dan ia perlu dinaikkan tarafnya,’’ tambah Hamad Kama Piah.

Beliau menegaskan, projek Warisan Merdeka bukanlah baharu dirancang dan dimasukkan dalam Bajet 2011 tetapi telah dirancang sejak 2004 selepas kawasan tanahnya dibeli daripada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd. pada tahun 2000.

Katanya, sejak itu keperluan projek berkenaan terus dikaji dan Lembaga Pengarah PNB merasakan sekarang adalah masa terbaik untuk melaksanakannya setelah lama tertunda dan ketiadaan banyak projek besar dijangka memudahkan usaha mendapat kelulusan.

Selain itu, kata Hamad Kama Piah, projek berkenaan akan membantu menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau juga berkata, projek itu merupakan usaha PNB menukar kelas aset dan mempelbagaikan portfolio berbanding hanya tertumpu kepada pelaburan ekuiti.

Beliau mengakui projek itu kecil saiznya untuk dilaksanakan selama 10 tahun tetapi menyatakan tempoh masa yang ditetapkan dalam memajukan projek itu adalah strategi ke arah memaksimumkan pulangan.

Hamad Kama Piah menjelaskan, tidak timbul soal projek itu berdaya maju atau sebaliknya berikutan lambakan semasa ruang pejabat kerana sukar untuk menentukan masa yang dianggap benar-benar sesuai.

‘‘Pembinaan projek ini tidak disegerakan sebelum ini bagi mengambil faedah tidak banyak bangunan hijau yang ada,’’ kata beliau.

Hamad Kama Piah menambah, pelaksanaan projek ikonik adalah bertujuan mencetuskan minat ramai terhadap pembangunan di kawasan berkenaan dan serusnya meraih pulangan yang diharapkan.

Wednesday, October 20, 2010

CEUPACS Sarang Penjawat Awam Anti Kerajaan?

Melihat pada blog CEUPACS, jangan terkejut apabila mendapati ura-ura mensabotaj kerajaan, mogok dan mencaci maki pemerintah sangat berleluasa terutamanya berkaitan isu bonus.

Perkara ini hakikatnya memang mengejutkan tetapi lebih memeranjatkan apabila daripada komen-komen yang dibuat pada posting yang berkaitan dengan pejuangan CUEPACS bagi tuntutan bonus itu kebanyakannya mengutuk kerajaan.

Bukan itu sahaja, mereka juga dihasut dan didorong oleh suara-suara yang mahu memangkah pembangkang pada PRU13.

Ini menampakkan orientasi wang pada minda mereka membunuh nilai-nilai bijaksana yang ada pada fikiran mereka dalam mentelaah situasi ekonomi hari ini.

Baru 10 bulan selepas negara keluar dari pertumbuhan KDNK negatif, mereka terus menuntut bonus dua bulan dan lebih pelik, CEUPACS merestui kebodohan pemikiran yang sebegini.

Lebih pelik apabila mereka seolah-olah lupa bahawa untuk tahun 2010, setiap penjawat awam Gred 54 dan kebawah telah memperoleh RM1000 setiap seorang sebagai saguhati. RM500 pada 1 September 2010 dan RM500 lagi pada 23 Disember 2010 kelak.


Sebelum ini, ramai yang berpendapat bahawa antara faktor menurunnya sokongan pengundi terhadap Barisan Nasional pada PRU 2008 adalah kerana tiada bonus yang diberikan pada tahun 2007.

Akibat terdorong dengan rasa bongkak dan diperhambakan wang ringgit, CEUPACS seolah-olah merestui suara-suara yang mahu mensabotaj PRU 13 pula.

Apa tugas CEUPACS sebenarnya? Mana perjuangan untuk menaikkan Pembantu Tadbir dari Gred 17 ke Gred 19? Mana perjuangan untuk memastikan perkhidmatan awam keluar dari kepompong?

Yang ada hanya perjuangan menuntut bonus yang tidak sudah-sudah. Akibatnya, sesetengah orang berpendapat, Omar Osman adalah sesumpah yang menganut fahaman pembangkang. Sesetengah lagi menyebut, Omar Osman adalah kepala CEUPACS paling bingai pernah wujud.

Jika pengkhianatan oleh penjawat awam menjadi berleluasa akibat kedangkalan pemikiran mereka ini, semuanya menampakkan agenda tersembunyi CEUPACS kerana bersikap tidak menjalankan penerangan sewajarnya.

Yang menghairankan, suara-suara sial yang mahu mensabotaj pemerintah pada PRU 13 ini, tidak pula dibela oleh pihak yang mahu mereka undi.

Jika menang pembangkang pada PRU 13, sesungguhnya, Melayu-Melayu tolol dalam perkhidmatan awam inilah yang akan disapu keluar dulu bagi digantikan dengan bukan-bukan Melayu.

Malangnya mereka jauh dari pemikiran yang realistik dan akal yang cerdas. Itulah realiti penjawat awam hari ini.

Monday, October 11, 2010

Skandal Balak DAP Perak

Poison pen letter against DAP in Perak
By FOONG THIM LENG and IVAN LOH
newsdesk@thestar.com.my

IPOH: A poison pen letter alleging corruption among Perak DAP leaders when they were in power in the state has been circulating here, causing a stir among members of the opposition party. (Surat layang mula beredar menuduh berlakunya rasuah di kalangan pemimpin DAP Perak semasa mereka berkuasa di negeri ini, menimbulkan kekecohan dikalangan ahli parti pembangkang).

The letter claimed that DAP leaders had benefited in terms of timber concessions when Pakatan Rakyat governed the state. (Surat itu mendakwa pemimpin DAP negeri memperoleh manfaat dari konsesi balakdengan setiap mereka mendapat RM500,000).




Entitled “What happened to RM21.5mil donated by loggers for logging concession?”. It claimed that all DAP state assemblymen and MPs were given timber concessions, with each receiving RM500,000.(Bertajukkan " Apa Dah Jadi Dengan RM21.5 juta sumbangan pembalak untuk konsesi balak?". Surat ini mendakwa semua ADUN dan Ahli Parlimen DAP telah diberikan konsesi balak dengan setiap seorang menerima RM500,000).

”The letter has no author, no date, no address or contact number and its contents are obviously false,” state DAP chairman Datuk Ngeh Koo Ham said in a statement yesterday. ( "Itu surat, tarak penulis, itu jam bila tulis, alamat, nombor telefon, dan suma isi tipu punya." ujar Pengerusi DAP Negeri, Ngeh Koo Ham dalam kenyataannya semalam.)

He said the Pakatan Rakyat administration records were in the hands of Barisan Nasional Perak Government. (Dia berkata, rekod pemerintahan mereka ada di tangan Barisan Nasional Perak hari ini.)

“If there was evidence of corruption, they would have exposed it a long time ago,” he said, clarifying that DAP had 18 assemblymen then and not 19. (" Jika ada bukti rasuah, mereka sudah dedahkan lama dulu" ujarnya sambil menyebut DAP mempunyai 18 ADUN dan bukannya 19.)

He added that the Auditor General’s office, which is a department of the Federal Govern­ment, gave the Pakatan Rakyat government an unprecedented “four-star” excellent performance rating for its short administration of Perak. (Dia berkata lagi, Audit Negara yang merupakan agensi persekutuan turut memberikan "4 Bintang" ke atas pemerintahan pendek mereka di negeri Perak.)

Ulasan

Bodoh. Siapa yang akan buat jahat kemudian mau rekodkan dalam rekod pemerintahan? Pokok telah bergoyang. Kenapa berdolak dalik?

Hee Yit Foong mendakwa dia sebagai ADUN dari golongan OKU yang tersisih. Lalu ADUN DAP pada zaman pemerintahan itu tinggal 17. Jika dua dari ADUN DAP juga merangkap Ahli Parlimen, (Ngeh : Parlimen Beruas, DUN Sitiawan) (Nga : Parlimen Taiping, DUN Pantai Remis), jumlah ADUN yang perlu disogok ialah 15 orang. Jika ditambah Nga, Ngeh, Ahli Parlimen Ipoh Barat Kulasegaran dan Ahli Parlimen Teluk Intan Manogaran, jumlahnya menjadi 19.

Benarlah jumlah Ahli DAP Perak disogok 19 orang terdiri dari ahli Parlimen dan ADUN.

Lim Kit Siang, ahli parlimen Ipoh Timur sudah cukup kaya melalui pesta menuai hasil negeri Lim Guan Eng anaknya di Pulau Pinang.

Henti Sebut "Pendatang"

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak and Datuk Seri Dr Chua Soi Lek took aim at racist politicians by condemning their brand of opportunistic politics, especially on the “pendatang” issue.

The Prime Minister, addressing the almost 2,000 people at the MCA annual general assembly, said Malaysian Chinese were not immigrants and had been loyal to the nation for the past three to five generations.

Ulasan

Memang tidak layak untuk orang Cina digelar sebagai pendatang kerana mereka telah lama di sini. Walaupun lidah mereka adalah warisan tertua mereka, lebih tua dari agama yang berubah-ubah, mereka telah pun memerlukan teh tarik, nasi lemak, asam pedas, roti canai dan nasi kandar dalam kehidupan mereka.

Kita juga telah memerlukan Kotiau Goreng, Mi Sanggul, Sup Ayam yang mereka bawa.

Tetapi, untuk mempunyai beberapa komuniti yang bertutur bahasa benua kecil yang berlainan adat resam dan tatasusila bicara dengan jumlah yang ramai TANPA mereka ini mengambil berat terhadap bahasa rantau ini, tidak kurang dari telahan bersudutkan kecacatan dalam pembinaan negara.

Menyokong anak muda bangsa mereka yang menghina Melayu, azan, Negaraku dan sistem pemerintahan negara sendiri cukup untuk mempersoalkan patriotisme mereka.

Bukan pendatang, Cina dan Tamil terasimilasi di Indonesia dan Thailand mempunyai kualiti nasionalisma yang sangat tinggi berbanding golongan yang sama di negara ini yang hakikatnya mahu kekal digelar "pendatang".

Bukti pembelaan tanpa asas ke atas pengkhianat-pengkhianat negara cukup menunjukkan mereka tidak suka akan negara ini.

Selama empat dan lima generasi, mereka tidak terasimilasi atau dipaksa asimilasi seperti apa yang berlaku di Thailand dan Indonesia. Hari ini mereka kekal sebagai 'wakil' tanah asal mereka di negara Malaysia.

Jika perkataan pendatang 'diharamkan' maka wujud pula perkataan 'penghijrah' barangkali. Atau lebih molek, 'duta-duta kecil Cina dan India' di rantau Melayu.

Maka apa bezanya tanggapan itu dengan perkataan 'pendatang'?

Perkataan tersebut turut akan muncul sebagai subjek dalam predikatbicara perkauman di Thailand dan Indonesia sekiranya asimilasi tidak terlaksana seperti Malaysia.

Kematangan "pendatang" di negara tersebut yang bijak dan pantas menjadi sebahagian penduduk asal menyelamatkan mereka dari berhadapan dengan status pendatang/penghijrah/wakil asing/pelayar tongkang/ duta kecil dan sebagainya.


Memandang Malaysia, bukan sahaja Melayu akan sukar mengikis label ini dari pemikiran mereka, malah tanggapan ini turut ada dalam pola pemikiran penduduk Asia Tenggara yang telah terasimilasi.

Saturday, October 09, 2010

MCA Sediakan Garis Panduan Untuk Melayu

MCA: Draw a line with the extremists, says Dr Wee
By FOONG PEK YEE and LEE YUK PENG

KUALA LUMPUR: The MCA Youth has urged the Barisan Nasional to draw a clear line with the extremists or extremist groups in order for the coalition to win the support of all Malaysians.

The call by MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong at the opening of the movement’s annual general meeting (AGM) came in the wake of racist utterances by two teachers and a civil servant recently.

The utterances has also compounded the acts of Perkasa - a Malay rights group- which fought along racial lines.

Ulasan

MCA sedang mengajar orang Melayu bagaimana untuk mendapat undi orang Cina (kata halusnya). Yang menghairankan, apabila orang Cina memboikot pemerintahan orang Melayu lah, Perkasa itu wujud. Ia wujud atas sifat alter-ego terhadap sikap perkauman Cina.

Sikap perkauman Cina ini kali ini menggariskan sifat-sifat yang perlu orang Melayu buat untuk seolah-olah mendapat undi mereka semula yang belum pasti.

Amat jelik dan menghairankan apabila penduduk asal tanah besar Sunda ini kini diajar untuk tidak lagi mengikut fitrah hijrah dan asimilasi yang terpakai di 99% bahagian dunia kecuali Malaysia.

Cina memperkasakan kecinaan mereka dan mengarahkan Melayu berhenti memperkasakan bangsa Melayu. Jika orang Melayu sanggup menternak dan menanam sendiri dan mula memboikot perniagaan Cina, mereka pasti mendapat kerugian yang jelas, malah terpaksa hijrah ke tempat lain pula.

Soalnya mengapa mereka tidak sedar dan terlalu sombong?

Sunday, October 03, 2010

Orang Ipoh Mudah Ke Galas

Penyokong pemerintah Malaysia di Ipoh digesa membantu jentera parti pemerintah di DUN Galas yang kini boleh diakses dari Ipoh dengan cepat.

Dengan pembinaan jalan baru ke Gua Musang 12 tahun lalu, kini Gua Musang terletak cuma 171km dari Ipoh. Sempadan Kelantan pula hanya 57 km dari pusat bandaraya Ipoh.

Pembangunan bawaan pemerintah pusat ini tidak seharusnya dijadikan jalan untuk para politikus sesat di negara ini untuk berleluasa menggila.


Jalan baru ini tidak harus dijadikan sebagai laluan untuk KOMUNISME kembali ke pendalaman Kelantan.

Jalan baru ini adalah untuk mengintegrasikan penduduk-penduduk antara bandar di Malaysia dalam mengukuhkan ikatan perpaduan dan bersama membangun negara yang maju.

DUN Galas juga merupakan tempat skandal balak Kelantan yang terkenal. Bukan terkenal kerana kebaikan, tetapi kerana keburukan yang ditelan oleh penyokong PAS berhubung kerakusan kerajaan negeri Kelantan.

Mereka menggunakan alasan tersendiri bagi menghalalkan pencabulan atas keindahan alam di Lojing.

DUN Galas mempunyai pengundi yang tertumpu di bandar Gua Musang. Bandar Gua Musang merupakan bandar yang mempunyai paling ramai penduduk Cina di Kelantan. Faktor kekalahan BN di DUN ini dalam Parlimen Gua Musang adalah KERANA ORANG CINA BERHALUAN KIRI yang mahu merubah politik negara ini mengikut selera mereka. Pastinya berpusu-pusu pejuang mereka dari Ipoh akan menggunakan laluan ini.

Ini mengembalikan era 50an di mana Gua Musang menjadi kawasan taklukan Cina berhaluan kiri yang menganut komunisme.

Justeru, Galas dilihat sebagai medan pilihanraya yang terkeluar dari sentimen Kekelantanan.

Tetapi harus di ingat, maklumat menyebut, para pembalak yang sebahagian besarnya terdiri dari Cina-cina Gua Musang menyenangi pemerintah PAS yang terus-terus memberi peluang membalak kepada mereka.

Apakan tidak, sebatang pokok sudah cukup untuk menyogok mereka selama setahun. Ini adalah satu perkara yang harus ditumpukan. Rasuah antara mereka dihalalkan oleh penyokong PAS.