Tuesday, November 30, 2010

Salah Satu Fitnah Anwar Di Indonesia

Walaupun terlewat, posting ini masih lagi relevan untuk menunjukkan kepada umum salah satu sikap buruk Anwar Ibrahim.

Selasa, 12/10/2010 20:06 WIB
Anwar Ibrahim: Media Malaysia Sering Sebut Saya Antek Indonesia
Muhammad Taufiqqurahman - detikNews

Jakarta - Mantan Wakil Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, sering dituduh media Malaysia sangat Indonesianis. Bahkan media di Negeri Jiran itu sering menyebutnya antek Indonesia karena sering berbicara tentang Indonesia.

"Kadangkala setiap saya berbicara di Indonesia, media Malaysia sering menyebut saya antek Indonesia," ujar Anwar Ibrahim.

Hal itu dikatakan Anwar saat berdiskusi di Bakoel Coffee, Jl Cikini Raya, Jakarta Pusat, Selasa (12/10/2010).

Menurut Anwar, perbedaan media Malaysia dan Indonesia terletak pada kebebasan pers kedua negara.

"Media di Malaysia terlalu dikontrol dan tidak ada liputan yang objektif," jelasnya.

Ulasan

Anwar Ibrahim menyebut ayat yang jelas mengadu domba antara kedua-dua negara. Ketika hubungan menjadi agak tegang beberapa ketika lalu, Anwar ke Indonesia dengan tanpa rasa bersalah, menyebut bahawa dia dituduh 'tali barut' Indonesia, yang merupakan gambaran seperti Malaysia dan Indonesia sedang berperang.

Inilah pemimpin yang gila kuasa, yang sanggup berbuat apa sahaja yang akhirnya menunjukkan kepada dunia bahawa dirinya tidaklah merupakan seorang tokoh yang layak disanjungi kerana maruahnya terlalu murah.

Pada masa bilakah media di Malaysia ada menyebut bahawa dia sebagai 'tali barut' Indonesia? Apatah lagi dengan tuduhan si Anwar ini yang mengatakan bahawa media Malaysia 'sering menyebut'?

Malangnya, Anwar sekadar melumur tahi ke mukanya sendiri. Alhasil, lihatlah salah satu komen dari pembaca akhbar digital tersebut :

datok
hei!.....anwar ibrahim! Malaysia itu dah sngt brdaulat dngn sistim kerajaan jdi tdk usah di recoki dngn paham demokrasi kau itu.

Monday, November 15, 2010

Tiada Yang Menaja Demo Anti-Arab Saudi di Indonesia?

Senin, 15/11/2010 00:07 WIB
Sadis! Mulut TKW di Arab Saudi Digunting Majikan
Iin Yumiyanti - detikNews

Makkah - Seorang tenaga kerja wanita (TKW) dirawat di RS King Fahad. TKW ini mengalami penyiksaan oleh majikannya. Bahkan mulutnya digunting.

Dubes Indonesia untuk Arab Gatot Abdullah Mansyur mengaku masih meneliti kasus tersebut. Dia mengaku belum tahu nama ataupun identitas TKW tersebut. Namun pihaknya siap memberikan perlindungan hukum.

"Kami siap memberikan perlindungan dan pembelaan hukum di pengadilan," ujar Gatot, Minggu (14/11/2010).

Kondisi TKW malang tersebut sangat memprihatinkan. Selain bibirnya digunting. Di seluruh wajahnya tampak bekas luka.

Tampak luka di kening, kedua alis, hidung, pipi dan dagu wanita malang tersebut. Kondisinya pun sangat lemah.

Ulasan

Ternyata meragukan apabila berlaku kes majikan Arab Saudi menggunting bibir pembantu rumah Indonesia di Madinah, Kedutaan Besar Arab Saudi tidak menjadi mangsa demonstrasi.

Apakah ia mencerminkan bahawa tiada pengupah demonstrasi yang teringin untuk membangkitkan ketegangan antara Indonesia dan Arab Saudi dan mengaut keuntungan politik dari perkara ini?

Mungkin benar kerana Arab Saudi tidak seperti Malaysia yang mempunyai pemimpin pembangkang yang gemar menangguk di air keruh hingga sanggup ke Indonesia, memburuk-burukkan negara dan tidak salah untuk menuduh mereka menaja kempen anti-Malaysia di sana.

Walaupun berkobar komen yang mahu mengusir warga Arab dan berdemo di hadapan Kedutaan Arab Saudi di portal berita tersebut, namun usaha menggerakkan para pendemo dilihat tiada kerana jelas, pendemo-pendemo di negara tersebut adalah mereka yang diupah.

Apapun, kita lihatlah sahaja sehari dua lagi.


Usah Disindir Nasib Melayu Pulau Pinang

Adalah menjadi sesuatu yang tidak menyenangkan apabila tindak-tanduk 'rejim' DAP Pulau Pinang ke atas orang Melayu berhubung tanah-tanah orang Melayu di negeri tersebut, dibalas dengan " tanggunglah akibat kerana mengundi pembangkang ".

Ungkapan sebegini tidak bermoral, malah tidak layak dipolitikkan hasil sokongan siapa ke atas siapa yang selama ini telah kita ketahui bahawa wujudnya kerajaan Cina Chauvinist Pulau Pinang yang mengganggu ketenteraman sistem pengendalian atarakaum itu adalah akibat tangan orang Cina.

Hanya segelintir yang disebabkan oleh tangan orang Melayu, yakni di kawasan asal Anwar Ibrahim yang telah termakan santau kunyit pemimpin paling dibenci di Malaysia itu.

Balik Pulau, pada PRU 12 lalu menyaksikan Norraesah Mohamad dari BN memperoleh 15,041 undi berbanding Mohd Yusmadi Yusoff yang memperoleh 15,749 undi. Sementara semua DUN bawah Parlimen Balik Pulau iaitu, Bayan Lepas, Pulau Betong dan Telok Bahang dikuasai oleh UMNO-BN.

Ini sudah tentu menyebabkan Kerajaan Anak-Anak Haram Pulau Pinang sangat berkeinginan untuk membalas dendam terhadap Melayu di Balik Pulau.

Seharusnya pejuang orang-orang Melayu menyerang DAP dari segenap penjuru dan bukannya menyebut "lain kali undilah pembangkang lagi" atau "tanggunglah akibat kerana mengundi pembangkang".

Majoriti Melayu Balik Pulau menyokong UMNO. Wajarkah mereka menerima penghinaan sedemikian oleh sesetengah blogger? Kerajaan Haram Jadah DAP yang perlu ditentang, bukannya nasib Melayu Balik Pulau yang perlu dicemuh.

Sunday, November 14, 2010

80% Delegasi DAP Perak Tidak Hiraukan Ucapan LGE

Perak DAP convention: They came, voted and left
(Konvensyen DAP Perak : Mereka Datang, Undi, dan blah)

IPOH: Most of the 961 delegates (out of 1,228) who turned up at the Perak DAP convention returned home after casting their votes. (Kebanyakan dari 961 delegasi - daripada keseluruhan 1,228 - yang hadir ke Konvensyen DAP Perak, pulang selepas membuang undi)

It was a record attendance by the delegates when the polling started at about 1pm with the delegates choosing 15 office bearers from the list of 41 candidates. (Ia mencatat rekod kehadiran tertinggi delegasi saat proses pengundian memilih 15 pemimpin DAP Perak dari 41 calon yang bermula kira-kira jam 1 petang tadi.)

But after the polls closed at 2.30pm, many of the delegates left, leaving less than 200 to attend to the rest of the day's agenda. (Tetapi, selepas pengundian ditutup jam 2.30 petang, kebanyakan delegasi pulang dan hanya tinggal kurang 200 delegasi yang masih kekal meneruskan agenda konvensyen.)

Ulasan

Agenda seterusnya ialah perjalanan konvensyen yang seperti biasa akan menampilkan muka-muka kepala parti tersebut dan ini bermakna ucapan disampaikan oleh Lim Guan Eng selepas itu tidak kebulur untuk didengari oleh lebih 80% delegasi DAP Perak.

Apakah tandanya? Itu tandanya Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang wajar berambus dari DAP. Parti keluarga chauvinist itu merupakan antara 'the lamest political party ever exist in this whole wide world'!

Saturday, November 13, 2010

PKR Perlu Buang Anwar, PKB Perlu Buang Zaid

Setelah berjaya memerintah 5 negeri (satu runtuh : Perak) tanpa mandat rakyat, PKR yang mengaku dirinya sebagai jambatan antara PAS yang dulu menganggap DAP sebagai syaitan dan kini bersahabat, PKR menguji ahlinya dengan kepimpinan tanpa mandat ahli.

Corak pemerintahan Dajali ini memang jelas menunjukkan kuasa rakyat adalah permainan mulut semata-mata sedangkan matlamat sebenar ialah menukar corak pemerintahan negara ini kepada yang lebih liberal.

Bukan sahaja corak pemerintahan, agama turut diliberalkan sehingga wujud Ahli Parlimen PAS seperti Shah Alam dan Kuala Selangor yang memanipulasi hukum bagi menghalalkan pengharaman mereka sebelum ini.

Zaid Ibrahim menjadi mimpi buruk PKR kerana dalam 12 tahun kewujudannya, seorang menteri kabinet yang meletak jawatan dan menyertai PKR, umum letak jawatan dalam parti tersebut walaupun dilantik sebagai kepala PKR Wilayah Persekutuan akibat kekecewaan dalam merebut kerusi Naib Presiden. Umurnya dalam parti tersebut tidak sampai 2 tahun.

Chua Jui Meng tidak senasib Zaid Ibrahim kerana tiang PKR dalam kem Cina memerlukan dia dimandatkan apa juga jawatan yang perlu.

Penipuan dalam PKR jelas sekali menunjukkan PKR tidak mempedulikan mandat ahlinya. Jika dahulu mereka tiba-tiba membentuk Pakatan Rakyat yang tidak pernah wujud di hari pengundian PRU tsunami 2008 tanpa mempedulikan mandat yang diperoleh dari manifesto berbeza, hari ini, karma telah tiba di dalam parti tersebut.

Hakikatnya, Zaid Ibrahim yang mengugut untuk membuka Parti Keadilan Baru turut membuat sebuah parti tanpa mandat rakyat kecuali dari ahli PKR yang kecewa. Mereka mungkin akan terus berada di dalam Pakatan Rakyat dek kerana Zaid sendiri mendokong fahaman liberal melampau.

Pemurnian Parti Keadilan Baru mungkin turut mengambil masa 10 tahun selepas ideologi Zaid tidak lagi diterima pakai dalam negara yang pertumbuhan kaum Bumiputranya bertambah mengatasi bukan Bumiputra. Seperti PKR yang perlu membuang Anwar Ibrahim untuk kelangsungan parti tersebut di masa depan, PKB turut perlu membuang Zaid Ibrahim untuk matlamat politik yang akhirnya memanggil Melayu Islam untuk bersatu menolak gagasan samarata tanpa asimilasi.

Hakikatnya, Zaid hanya syok sendiri dalam menubuhkan PKB sedangkan dia tidak mungkin membawa apa-apa kebaikan terhadap bangsa asal rantau ini melainkan kecenderungannya meraih populariti dari kalangan keturunan imigran yang masih menonton TV Taiwan, Hong Kong dan China di bumi Malaysia.


Friday, November 12, 2010

Sah Pakatan Rakyat Pembunuh Kebebasan Media

Kerajaan Kedah diminta tarik kembali larangan liputan media

11/11/2010 5:39pm

ALOR SETAR 11 Nov. - UMNO Kedah mahu kerajaan negeri menarik kembali larangan terhadap media tertentu daripada membuat liputan sepanjang persidangan Dewan Undangan Negeri mulai Ahad hingga Selasa ini.

Sekiranya larangan itu tidak ditarik balik, Anggota Dewan Undangan Negeri daripada Barisan Nasional (BN) akan membawa usul pada persidangan itu supaya semua media dibenarkan membuat liputan tanpa sebarang pengecualian.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, larangan berkenaan adalah satu tindakan yang menyekat kebebasan media untuk membuat laporan dan menunjukkan sikap permusuhan kerajaan negeri dengan media tertentu.

Katanya, tidak pernah berlaku sebelum ini media dihalang daripada membuat laporan persidangan Dewan Undangan Negeri.

"Sekatan terhadap kebebasan media amat dikesalkan dan ia merupakan satu pencabulan Pas terhadap kebebasan media,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Ahmad Bashah yang juga ADUN Bakar Bata mengulas larangan kerajaan negeri terhadap TV3, TV9, NTV7, RTM, Astro Awani, Utusan Malaysia, Kosmo, Berita Harian, New Straits Times dan Harian Metro daripada membuat liputan sidang berkenaan atas alasan “putar belit dan berita biadap pihak media terhadap kerajaan negeri”. - Bernama

Ulasan

Samalah seperti dewa sembahan mereka si Anwar Ibrahim yang kononnya menjunjung demokrasi tertinggi dan kebebasan media (kencing jer Nuar h/j ni), tetapi pada masa yang sama membungkam media yang menyajikan kebenaran, begitulah dengan kerajaan kerabangang negeri Kedah.

Sebab apa mahu dilarang media tersebut? KERANA MEREKA MELAPORKAN KEBENARAN YANG PAHIT? Inilah dia kerabangang negeri Kedah hari ini. Memalukan agama, memalukan bangsa, memalukan sistem demokrasi. Mereka ibarat puak penganut fahaman sesat yang menduduki tampuk pemerintahan kerajaan negeri Kedah.

Anwar yang menyanjung demokrasi Indonesia dan memberi pujian tak tentu hala terhadap keterbukaan negara itu, tidak pernah mengulas pula tentang sikap parti politik di Indonesia yang takut untuk membungkam media massa dek kerana takutnya mereka andai itu digambarkan sebagai menentang demokrasi.

Ini corak demokrasi hampas, yang diideakan oleh Anwar Ibrahim, kemudian dipakai Lim Guan Eng dan kini Azizan menunjukkan betapa hakikatnya demokrasi Malaysia akan menjunam ke perigi buta jika mereka memerintah negara.

Dan hasilnya jika mereka memerintah, nanti pastilah penegak demokrasi akan menentang dijalanan menuntuk demokrasi ditegakkan, dan maaf kata, anda berlaku kerugian harta benda dan kemusnahan mata pencarian bangsa-bangsa bandar yang umumnya Cina, itu adalah akibat tangan mereka sendiri yang salah mengundi.

Dari TVKedah :

Monday, November 08, 2010

Zaid Ibrahim Letak Jawatan Dalam PKR!

Zaid tarik diri, umum letak semua jawatan dalam PKR
08/11/2010 11:41am


KUALA LUMPUR 8 Nov. - Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kecewa dengan aktiviti penipuan dalam pemilihan yang sedang berlangsung.

Beliau yang merupakan pencabar terkuat Azmin Ali bagi jawatan nombor dua tersebut turut meletak semua jawatannya dalam PKR.- Utusan

Ulasan

Pendek, singkat, dramatik, tamak, aji mumpung kesiangan dan padan muka. Itulah gambaran terbaik buat Zaid Ibrahim yang memalit najis sendiri ke mukanya untuk terburu-buru meninggalkan UMNO, menyertai PKR, memperoleh peluang bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor, mengejar jawatan nombor dua PKR dan menyesal.

Lepas ni, bolehlah Zaid menumpukan dalam bisnes judi lumba kuda race-course nya dengan senang hati.

Jelas dan nyata, hatta bagi kami yang tidak berada di dalam PKR, parti tersebut adalah sebuat parti politik paling bacing pernah wujud di Malaysia.

Zaid mahu merasakan dengan menyertai PKR sendiri. Walaupun disanjung cita-cita mulusnya oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dengan melantun-lantun, sesungguhnya, seorang yang telah melihat sebuah sistem yang teratur, dan kemudiannya memperbodohkan diri untuk bergelumang dengan sebuah sistem kotor dan caca marba, sudah tentu dapat merasakan perbezaan ketara.

UMNO tidak perlukan Zaid Ibrahim. Zaid Ibrahim tidak perlukan PKR. Zaid boleh duduk diam dan berehat.

Bak frasa popular Indonesia, "bego kok dipiara" (yang bodoh buat apa nak disimpan).