Wednesday, December 08, 2010

Orang-Orang Muda Sokong Pakatan Rakyat?

Orang muda kini semua menyokong Pakatan Rakyat. Hinggakan had umur mengundi mahu diturunkan lagi. Sangat menakutkan. Kenapa menakutkan? Ini kerana ia menunjukkan bahawa trend berangan Pakatan Rakyat tidak akan menjatuhkan mereka kerana BN sendiri tidak mengubah corak pendekatan ke atas golongan muda.

Orang muda di Malaysia sebenarnya mahukan lebih banyak perhatian. Contohnya program-program keusahawanan yang menjalar hingga keluar dari ruang lingkup politik.

Kebanyakan program keusahawanan di peringkat bawah dibolot oleh mereka-mereka yang aktif berpolitik dan kekecewaan terus tercetak di hati mereka yang bukan ahli tetapi yakin dengan kerajaan dan corak pengundian akan lebih kepada luahan protes.

Keburukan parti pembangkang sangat jelas. Pemimpin mereka tua ganyut sampai ada yang nyanyuk. Pemimpin mereka mula bermain taktik politik sejak emak mereka masih anak dara. Pemimpin mereka adalah gabungan keluarga A dan keluarga B yang senyum di depan, kutuk dibelakang.

Jadi apa yang buatkan mereka berani menyebut orang muda cenderung memilih mereka? Kerana, mereka meletakkan orang muda yang baru. Hinggakan pengundi menyebut "asal bukan BN". Itu bermakna mereka tidak semestinya menerima Pakatan Rakyat kerana tidak ada pilihan ketiga.

Mereka nampak usaha pemerintah tidak menyerap ke dasar jiwa orang muda di negara ini. Ini akan membuatkan orang muda, yang bagi mereka golongan jumud dan bodoh kerana menyokong mereka yang lapuk dan nepotis atas dasar protes akan tetap mengundi mereka.

Sebab itulah mereka mendesak umur pengundi diturunkan lagi ke 18. Sebenarnya, jika kerajaan benar-benar mendekati orang muda MELALUI SALURAN YANG BETUL, itu bukan satu masalah.

5 comments:

Mordecai Kucai said...

Itu cerita lama.... Itu dah basi. Orang yang mudah tu pun sekarang dah 30an.

Orang muda sekarang? Mereka lebih utama memajukan diri dari terlibat dari benda yang tak mendatang faedah sesen pun.

Sekali lagi masa dah berubah.

IPOH MALAY said...

benda berfaedah selalunya melalui rangsangan pemerintah yg betul.. kalau x merangsang.. apo dapek eh

Mordecai Kucai said...

Salam tuan,

Benar tu. Kegagalan UMNO ialah menyelami hati nurani anak muda sekarang.

Anak muda dulu lain. Boleh lah di katakan anak muda sekarang lebih 'kurang ajar ' dari jenerasi lama.

Jenerasi lama tak dapat gaji menghilang begitu jer. Tak pa kata mereka. Generasi baru? Mereka pergi sampai ke jabatan kerajaan yang berkaitan tuntut gaji pada majikan.

Generasi baru lebih yakin diri, lebih berani menyuarakan pendapat.

Wake UP! said...

Kalau begitu, dekatilah orang muda agar kita dapat menyelami perasaan mereka untuk mendapatkan sokongan mereka.

IPOH MALAY said...

masalahnya pemuda umno dpt ketua yang salah pada waktu yang salah.. maaf kata.. :)