Sunday, December 19, 2010

Ucapan Terakhir Anwar Di Perhimpunan Agung UMNO

ARKIB : 19/06/1998

Tegak keadilan sosial -- Anwar gesa ahli UMNO lebih yakin perjuangkan agenda orang Melayu

ANWAR Ibrahim diberi tepukan gemuruh ketika bangun untuk memberi ucapan pada majlis perasmian Perhimpunan Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.


KUALA LUMPUR 18 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ahli-ahli UMNO supaya lebih yakin memperjuangkan agenda orang Melayu ketika kegawatan ekonomi sekarang dengan berpegang kuat kepada prinsip keadilan sosial.

Timbalan Presiden UMNO menegaskan, ini memerlukan reformasi yang disemai oleh UMNO sejak 40 tahun lalu digilap 'segenap daya' sebagai perjuangan menjayakan agenda itu yang nampaknya lebih sukar ketika kegawatan ekonomi.

Menurut beliau, negara dan rakyat tidak dapat keluar daripada kegawatan ekonomi jika ada golongan mengambil sikap 'enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.'

''Golongan bernafsu besar ini mahukan mereka sentiasa didahulukan. Dalam zaman mewah mereka mahu membolot segala habuan.

''Tatkala kita berdepan dengan kesusahan mereka mahukan mereka dibantu dengan segera, terlebih dahulu dari yang lain dan dengan apa cara sekalipun,'' katanya.

Anwar menyatakan demikian ketika berucap merasmikan serentak Perhimpunan Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ucapan tersebut menyentuh pelbagai perkara antaranya tumpuan kepada agenda Melayu, menggilap semangat berkorban kepada semua golongan, meneruskan pembaharuan dan reformasi, bersatu di belakang pucuk pimpinan menghadapi kegawatan ekonomi dan memperjuangkan keadilan sosial dan pengagihan saksama.

Seramai 526 perwakilan Pemuda dan 528 anggota perwakilan Wanita menghadiri perhimpunan sehari itu sebelum disusuli esok dengan Perhimpunan Agung parti yang akan dirasmikan oleh Presiden, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Anwar yang juga Timbalan Perdana Menteri mendedahkan bahawa golongan bernafsu besar itu menggertak sesiapa sahaja termasuk institusi-institusi kerajaan agar memberikan keutamaan terhadap menyelesaikan masalah mereka.

''Mereka merasakan diri mereka anak emas, perlu sentiasa ditatang, kemahuan mereka mesti dilayan, martabat mereka lebih tinggi dari seluruh rakyat jelata yang lain,'' tegasnya.

Sambil menyelar golongan tersebut, Anwar berkata, yang perlu didukung ialah kepentingan negara dan yang perlu diperjuangkan ialah kepentingan rakyat.

''Kepentingan umat harus mengatasi kepentingan golongan dan kelompok,'' ujarnya.

Memetik al-Quran surah al-Hasyar:7, beliau berkata: ''Kita perlu memperjuangkan keadilan sosial dan pengagihan saksama hasil ekonomi agar kekayaan tidak berlegar di kalangan orang-orang kaya.''

Anwar menambah, UMNO adalah sebuah parti yang menentukan agenda bangsa Melayu, ekonomi, sosial, agama, budaya, Wawasan 2020 dan gagasan masyarakat madani, maka jangan dibiarkan perhatian dan tumpuan dikalihkan oleh 'permainan catur orang lain.'

Dalam hubungan ini, Anwar mahu ahli-ahli UMNO menggilap semangat berkorban tetapi tidak boleh di satu pihak bagi memastikan negara dapat keluar daripada kegawatan ekonomi.

''Rakyat perlu berkorban, tetapi pemimpin juga perlu berkorban,'' katanya.

Beliau kemudian memberikan perumpamaan bahawa usaha memulihkan ekonomi ada juga persamaannya dengan merawat orang sakit.

''Ubat pahit perlu ditelan. Dalam masa merawat terkadang-kadang sakit bertambah. Kita perlu bersabar. Tidak ada jalan singkat kepada pemulihan,'' katanya lagi sambil menggesa ahli-ahli UMNO berpegang kepada semangat reformasi.

''Tanpa reformasi bangsa Melayu akan menjadi bangsa yang jumud, bangsa yang tenggelam dalam lipatan sejarah, bangsa yang dilupakan,'' katanya.

Dalam suasana ekonomi yang lembap, Anwar berkata, pelaksanaan agenda memartabatkan bangsa Melayu menjadi lebih sukar kerana sumber yang ada adalah terbatas manakala sektor swasta mengembalikan sepenuhnya tanggungjawab sosial mereka kepada kerajaan.

''Dasar fiskal perlu ditumpukan terhadap membantu golongan yang paling memerlukan bantuan. Tumpuan juga perlu diberikan kepada golongan peniaga kecil dan sederhana. Peruntukan pembasmian kemiskinan ditambah. Tabung biasiswa untuk pelajar miskin digerakkan secepat mungkin,'' ujarnya.

Ini semua, katanya, memerlukan pengukuhan kekuatan dalaman, budaya, ekonomi dan politik dan menangani gelombang globalisasi dan zaman digital.

Dengan cara sedemikian, Anwar berkata, UMNO dapat merangka strategi agar tidak menjadi mangsa dan sebaliknya pemacu gelombang itu demi kesejahteraan umat dan bangsa.

Dalam ucapannya itu, Anwar turut menggesa seluruh ahli UMNO bersatu di belakang pucuk pimpinan dan terus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti untuk menghadapi kegawatan ekonomi.

Sambil menyifatkan apa yang berlaku sekarang sebagai suasana getir, beliau berkata, ''UMNO perlu bersatu dalam satu saf yang padu bersama pimpinan kita yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

''Kepentingan peribadi perlu diketepikan; dan sikap berkelompok atau berpuak harus dielakkan.''

Beliau kemudian mengajak ahli UMNO mengambil iktibar daripada kerenah akibat sikap berpuak-puak sambil merujuk kepada perpecahan yang pernah berlaku kepada parti itu pada tahun 1987.

''Sudah tentu ada petualang yang ingin menangguk di air keruh. Ada pihak yang cuba mengadu-domba. Jika ada media asing atau orang luar yang cuba melaga-laga di kalangan pimpinan kita, kita jangan terpengaruh. Kita jangan sekali-kali terperangkap dengan permainan mereka.

''Jangan juga kita menari menurut rentak golongan yang kecewa dan tersisih,'' ujarnya.

Beliau berkata anggota-anggota UMNO jangan sekali-kali terpedaya dengan pakatan ''gerombolan dengki dan konco-konco upahan mereka yang bersifat talam dua muka dan bergelumang dalam najis fitnah.''

Anwar jelas merujuk kepada kecenderungan media asing kebekalangan ini memberi gambaran kononnya beliau dan Dr. Mahathir sudah tidak sehaluan lagi dalam pendekatan menangani kegawatan ekonomi sehingga kenyataan berhubung soal dasar kewangan dilihat bercanggah.

Media asing juga dalam laporan-laporan mereka seakan-akan merendah-rendahkan kepimpinan Dr. Mahathir dengan memberi gambaran kononnya pemulihan ekonomi Malaysia menjadi sukar berpunca daripada beliau sementara Anwar dilihat sebagai pemimpin yang boleh mengatasi masalah itu.

Anwar menarik perhatian dalam suasana kusut seluruh ahli UMNO harus bertenang dan sentiasa mengawal emosi.

''Jangan kita menjadi bagai orang terpijak bara hangat, menjadi tak senang diam. Kita jangan hilang pedoman,'' katanya.

Kata beliau, UMNO harus terus berpegang kuat kepada prinsip perjuangan berteraskan Islam dan kebudayaan Melayu dan elakkan rasa gementar dengan mengukuhkan keyakinan terhadap perjuangan.

Oleh: AZIZ ISHAK


Betul punya kona la kan! Paling kelakar ialah : "Jangan kita menari menurut rentak golongan yang kecewa dan tersisih". Tiu nia seng.

7 comments:

Ular Menyusur Akar said...

Masa itu dia pakai topeng UMNO. Sekarang betul, wajah sebenar dia.

agbr47: Syukur Allah telah menyelamatkan Malaysia dari tipu daya syaitan yang bertopeng.

IPOH MALAY said...

btul tu.. tapi rasanya itu bukan wajah sebenar.. itu topeng DAP pulak.. berapa banyak topeng dia ada?

lupa.. dia spesis sesumpah!

C L J said...

''Jangan kita menjadi bagai orang terpijak bara hangat, menjadi tak senang diam. Kita jangan hilang pedoman,''

Itu dulu ... waktu tu dia bercakap menggunakan lidah kanannya. Lidah kanan tu dah keras dah; kerana dia dok khufur nikmat.

Sekarang dia dok bercakap menggunakan lidah kiri. Diakan ada lidah yang ada cabang kanan dan ada cabang kiri ?

ruyom said...

As is usually the case, a common sense. Keep it up!

As far as Article 153 is concerned, I think the position of it as not being a "right" is highlighted in the article itself.

Article 153 (7) stipulates:

Nothing in this Article shall operate to deprive or authorize the deprivation of any person of any right, privilege, permit or license accrued to or enjoyed or held by him.

In that respect, this is consistent with Article 8 that every person in this country is equal before the law and deserve equal protection of the law.

Therefore: Malay = Chinese = Indian.

San said...

Well, UMNO managed to achieve one thing. The BTN-type morons, have been overwhelmingly successful in brainwashing todays 27 million citizens.

Who says that the peninsular was always called Tanah Melayu? This is a recent British term!

Tanah Melayu was never the name until the British came and colonized the peninsular.

Malai means hill in Tamil; as to describe the Titiwangsa range on the said peninsular since the 2nd century by the Gujerati traders who set up their formidable Hindu empire at Lembah Bujang.

IPOH MALAY said...

i need a good comment from own brain.. not a copy paste moron..

get urself hell out of this area

Anonymous said...

ipoh maling. malaysia anjing!!!!!!