Wednesday, January 26, 2011

Anwar Dalang Pindaan 1993, Menghad Kuasa Raja Melayu

Anwar dalam blognya tiba-tiba hendak menjadi hero tua ala Rajinikand dalam isu membabitkan Raja-raja Melayu. Dia menuduh UMNO yang mempelekeh raja-raja Melayu dengan peristiwa tahun 1993.

Jika hendak dibawa kisah tahun 1993, kenapa tak boleh berfikir bahawa dari tahun 1993 hingga 1998, dia yang menjadi orang kedua terpenting dalam kerajaan, tidak membawa apa-apa kebaikan ke atas institusi raja.

Malah, Anwar sebaik jadi TPM, telah mencetuskan pindaan perlembagaan 1993 ini dan umum mengetahui bahawa, sifat anti-feudal Anwar itulah yang membuatkan pindaan 1993 itu berlaku.

Sifatnya itu masih belum pudar hingga hari ini di mana dia masih berani menyebut idea republik sebagainya selepas PRU 12. Hanya setelah mendapati orang Melayu tidak suka perkara itu, Anwar mengambil langkah ke belakang.

Umum mengetahui bahawa pindaan 1993 berlaku akibat kejadian pada 1992 yang melibatkan jurulatih hoki bukan Melayu dikasari oleh seorang Raja. Jika itu berlaku hari ini, siapa yang akan menjuarai kes itu? UMNO atau PKR?

Anwar perlu berhenti dari memainkan isu 1993 kerana hari inipun dia tidak memberi sebarang komen mengenai perbuatan ADUN Sri Muda.

Seratus perkataan Anwar keluarkan, Seribu pembohongan tersingkap. Jangan cakap banyak lah.

“Pemimpin Umno seolah-olah memperkecil-kecilkan kebolehan Raja-raja Melayu untuk berfikir bagi diri mereka sendiri dan saya tidak fikir raja-raja perlu diheret begitu rupa.”

Ditanya, sama ada Pakatan akan mencuba sekali lagi untuk mengembalikan kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang kepada sultan seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan Selangor sebelum 1993, Anwar berkata: “Kedudukan kita… kita menghormati kedudukan (Raja-raja Melayu) seperti yang termaktub dan dijamin oleh perlembagaan monarki.

“Kuasa terletak di tangan rakyat, mandat diberikan oleh rakyat… (tetapi) apa perlunya raja-raja jika mereka tidak dirujuk seperti yang berlaku pada pindaan 1993.”

Yang menarik, pada 1993, Anwar mengakui ketika itu beliau mengetuai perwakilan Umno untuk berunding dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah yang mewakili Raja-raja Melayu berhubung perkara itu.

“Saya tahu apa yang berlaku dan saya tidak fikir Raja-raja Melayu sudah lupa pengalaman mereka, sejarah itu masih baru,” katanya. - Blog Anwar Ibrahim

1 comment:

Mordecai Kucai said...

Nasib baik populariti binatang jenis sesumpah ini makin merudum. Tukaran warna sesumpah dia dah makin lambat. Tu lah kantoi.

Anuwar masa dalam kerajaan bukan saja tidak membawa kebaikan kepada Raja Raja malah rakyat pun.

Dia telah mendefinasikan KETUANAN MELAYU dengan satu definasi silap iaitu ketuanan rakyat.

Mudahnya siapa tuan Melayu kalau bukan Raja Raja.

Maaf cakap. Dulu dulu tokey tokey kaum China akibat dari kipas berlebihan terhadap Raja Raja. Mereka mendapat sokongan Sultan dan Raja untuk mudah mendapat projek. Sudah tentu projek itu besar.

Dengan mengubah undang undang dan mentarbiah Ketuanan Melayu cara sesat berlaku satu ruang vakum dalam mendapatkan kontrak kerajaan.

Di situ lah binatang ni sapu.....