Wednesday, January 05, 2011

Imbasan Anwar Hina Hukum Syariah Waktu Di Indonesia, Mahu Hukum Syariah Waktu Di Malaysia

Pada ucapannya di Festival Salihara, Anwar dengan terang menentang hukuman Mahkamah Syariah ke atas Kartika selain mengutuk Batik Malaysia yang dikatakan tidak berseni. Tetapi pada masa yang sama, dia memuji sahabat-sahabatnya yang mahu kes liwatnya diadili mengikut hukum syariah. Apa monyet ni nak sebenarnya?



Lihat pulak petikan Blog Anwar Ibrahim bertarikh 13 Oktober 2010 yang teringinkan kes nya diadili mengikut lunas-lunas syariah.

Kemudian saya bersama-sama dengan YB Azmin Ali, YB Datuk Kamaruddin Jaafar (MP PAS – Tumpat) dan YB Dr. Xavier ke Dewan Perwakilan Rakyat bagi memenuhi perjumpaan dengan Wakil Ketua dan Ahli Parlimen Komisi Luar Negara dan Pertahanan. Persetujuan dicapai agar kerjasama dua hala dipertingkat di kalangan Ahli-ahli Parlimen kedua belah negara.

Saya hargai keprihatinan mereka yang turut menuntut agar fitnah yang dilemparkan kepada saya dibawa dan diadili menurut lunas-lunas Syari’ah.

ANWAR IBRAHIM


Sang penipu ini jelas sekali berbincang langkah terbaik bagi melepaskan dirinya dari hukuman dunia. Pada masa yang sama menempelak undang-undang Syariah, dan pada masa yang sama, ingin memakai undang-undang Syariah kerana dia yakin dengan undang-undang Syariah, dia bakal terlepas kerana tidak cukup 4 saksi.

Undang-undang Syariah hanya undang-undang untuk hukuman dunia la Bro Anwar Bin Ibrahim. Yang muktamad ialah hukuman di akhirat. Lepas di sini, di sana gerenti tidak.

No comments: