Khamis, Januari 06, 2011

RON97 Boleh Naik Bila-Bila Masa Ikut Pasaran Dunia

Maka banyak la mulut di opis ni yang mengutuk kerajaan kerana kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 10 sen semalam. Kerajaan tak mendahulu rakyat lah, kerajaan itu la, ini la. Padahal demer isi minyak kereta dengan minyak subsidi RON95.

Demer tak lebih dari menunjukkan kebebalan demer dalam memahami kes semasa. Demer cuma tahu membangkang je. Ibarat kalau kena panah petir, dorang salahkan kerajaan sebab tak sediakan konduktor kilat atas kepala demer.

Maka sebab itulah harga RON97 naik tiba-tiba dan pengumuman dibuat oleh Persatuan Penjual Petrol Malaysia. Bukannya kerajaan. RON97 telah diapungkan mengikut pasaran semasa sejak tahun lepas!

Untuk fakta, pada hari Selasa, RON97 di Indonesia telah dinaikkan 14 sen berbanding 10 sen di Malaysia.

RON97 ikut pasaran dunia

PUTRAJAYA 5 Jan. – Kerajaan tidak mempunyai kuasa mengawal harga minyak petrol RON97 memandangkan kenaikan dan penurunan harga bahan api tersebut mengikut pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan hanya mengawal harga petrol RON95 yang dikekalkan setakat ini RM1.90 seliter.

Justeru, beliau meminta orang ramai tidak boleh menyalahkan kerajaan jika kenaikan harga petrol tidak diumumkan terlebih dahulu kerana harga pasaran dunia tidak menentu dan sentiasa berubah setiap masa.

“Memang sekarang harga pasaran dunia naik buat masa ini dan kementerian tidak dapat memberi jaminan bila ia akan mengalami penurunan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai harga petrol RON97 yang diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter berkuat kuasa hari ini.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON95 kekal RM1.90 seliter.

Dalam pada itu, beliau berharap pengguna tidak cepat melatah dan menerima kanaikan tersebut dengan hati terbuka.

“Harga petrol RON97 sejak tahun lalu tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran semasa.

“Ketika ini kerajaan tidak lagi menanggung subsidi untuk petrol RON 97 dan kenaikan ini memang tidak dapat dielakkan,” katanya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

RON 97 untuk orang kaya dan keto beso

IPOH MALAY berkata...

dan untuk kereta Singapore dan Siam yang 'mencuri' minyak subsidi selama ni