Selasa, Januari 11, 2011

Interlok Tiada Elemen Rasis - Anwar

Anwar membuat percubaan rasionalnya pertama kali dalam tempoh 13 tahun dengan enggan berada di pihak Tamil dalam bantahan mereka (yang tidak faham bahasa Melayu dengan baik) ke atas novel Interlok.

Sebelum ini, asal apa yang dibantah kaum India, dia akan berada di sana menyokong mereka walaupun atas dasar taktik meraih undi.

Anwar akui Interlok tiada elemen rasis

11/01/2011 3:19pm

PETALING JAYA 11 Jan. — Novel Interlok tidak mempunyai elemen rasis seperti yang disuarakan oleh pihak tertentu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya dah baca novel ini sudah lama, saya tidak nampak apa-apa yang rasis pun,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Anwar mencadangkan satu perbincangan dilakukan antara mereka yang mempertikaikan mengenai novel itu dan Kementerian Pelajaran.

Beliau diminta mengulas desakan golongan tertentu yang mahukan novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain diharamkan daripada dijadikan antara novel untuk komponen sastera Bahasa Malaysia di Tingkatan Lima bermula tahun ini kononnya ia mempunyai unsur yang menghina kaum India di negara ini.


Bagi teman novel berat ini memang tiada apa yang hendak dibantahkan kerana ia berkait dengan sejarah yang telah berlalu. Bantah bagaimana sekalipun, kaum India tidak boleh menafikan bahawa mereka dibawa masuk bekerja di Tanah melayu adalah melalui SISTEM KANGANY, iaitu kontrak.

Mereka yang tertinggal adalah batch-batch terakhir yang gagal dipulangkan ke Tamil Nadu. Hakikatnya berjuta-juta pekerja Tamil yang terbabit pembinaan infrastruktur dan ladang, telahpun pulang sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Itu sejarah. Sejarah tidak boleh dipadam mahupun dibakar.

1 ulasan:

Wanredone berkata...

".....kononnya ia mempunyai unsur yang menghina kaum India di negara ini....." Memang tepat!

Kaum India ke negara ini, datang atas "jemputan" british dan untuk melancong, tapi tertipu oleh british untuk menjadi buruh berkerja dalam estate orang Melayu sebagai penoreh getah.... itulah sejarah kedatang kaum india sebenar!