Tuesday, January 11, 2011

Pengguna Blackberry Di Malaysia Belum Selamat

Indonesia telah lama mengambil langkah untuk mendesak Research In Motion (RIM) untuk menyediakan server di negara tersebut bagi membolehkan Blackberry beroperasi di negara tersebut.

Mereka memberi tarikh akhir penghujung Januari ini untuk RIM menyediakan server tersebut tetapi sehingga hari ini RIM belum memenuhi permintaan Indonesia.

Pornografi hanya sekadar alasan kedua. Komisi Pembanteras Korupsi Indonesia mempertikaikan Blackberry bersandarkan kesukaran menyiasat kes rasuah.

Pihak polis di sana mengakui bahawa siasatan kes jenayah akan menjadi sukar kerana maklumat di BBM tidak boleh di akses.

Umum mengetahui, Blackberry menjadi popular adalah kerana applikasi Blackberry Messanger (BBM) yang memudahkan urusan perhubungan seharian.

Sekiranya chat dijalankan di terminal komputer melalui penyedia perkhidmatan internet, ianya masih terbuka untuk disiasat sekiranya keadaan memerlukan.

Tetapi ini tidak buat Blackberry. Bagaimanakah siasatan kes rasuah atau jenayah sekalipun boleh dibuat oleh SKMM apabila Blackberry berada di tangan setiap rakyat yang baik mahupun jahat?

BlackBerry tidak diharamkan

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tidak akan membuat keputusan tergesa-gesa mengikut langkah Indonesia yang mungkin bertindak mengharamkan penggunaan telefon pintar BlackBerry.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bagaimanapun berkata, pihaknya sedia mengkaji semula perkara berkenaan sekiranya terdapat bukti menunjukkan penggunaan telefon berkenaan menimbulkan masalah keselamatan, budaya dan pentadbiran kepada negara.

Menurutnya, kajian yang dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum ini mengesahkan penggunaan BlackBerry tidak menimbulkan sebarang masalah seperti di Arab Saudi dan India.

“Setakat ini, saya tiada dimaklumkan tentang perlanggaran tersebut, jadi tidak wajar bagi kami mengatakan secara khusus apakah tindakan yang perlu diambil sedangkan kami tidak menerima sebarang laporan pun.

“Sekiranya ada rakyat negara ini yang mempunyai fakta tertentu, diharap mereka memaklumkan kepada kementerian dan kita akan cuba mendalaminya serta menyiasat di bawah undang-undang SKMM,” katanya di sini hari ini.

Rais berkata demikian pada sidang akhbar selepas bertemu pengarah-pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini.

Beliau mengulas kemungkinan penggunaan BlackBerry di Indonesia diharamkan berikutan kegagalan penyedia perkhidmatan telefon itu, Research In Motion (RIM) untuk menapis unsur pornografi daripada perkhidmatan Internet yang disediakan telefon berkenaan.


No comments: