Wednesday, January 19, 2011

Pengiktirafan Iran Ke Atas UMNO

Di sebalik tindakan kerajaan agresif dalam menyekat penyebaran Syiah ke atas pegangan Ahli Sunnah di Malaysia, UMNO diiktiraf sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam oleh Duta Iran.

Teman rasa orang luar lebih faham dan nampak apa yang berlaku kerana mereka adalah dari kalangan non-partisan.


Duta Besar Iran iktiraf UMNO parti Islam

18/01/2011 10:36pm

KUALA LUMPUR 18 Jan - UMNO bukan sahaja parti politik yang memperjuangkan cita-cita kebangsaan Melayu, malah diakui sebagai sebuah parti yang konsisten dalam memartabatkan agama Islam, kata Duta Besar Iran ke Malaysia, Profesor Dr. Mohammed Mehdi Zahedi.

"UMNO adalah parti Islam yang mempunyai kesinambungan kepimpinan dengan struktur yang jelas dan mampu mewujudkan suasana yang harmoni, bukan hanya di kalangan anggota beragama Islam, tetapi juga masyarakat keseluruhannya," beliau dipetik sebagai berkata oleh portal berita UMNO Online semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO hari ini.

Pada pertemuan tersebut, Tengku Adnan menjelaskan kepada duta berkenaan tentang perjuangan UMNO untuk agama seperti yang termaktub dalam Fasal 3.3 Perlembagaan parti serta isu semasa membabitkan agama.

"UMNO menghormati agama-agama lain dan masyarakat di Malaysia bebas untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing, tetapi apa yang sangat ditekankan dalam konteks Islam ialah pengukuhan akidah agar tidak berlaku pemesongan," katanya.

Dalam pertemuan lebih sejam itu, Tengku Adnan juga menerangkan pemimpin UMNO tidak bertolak ansur dalam soal akidah Islam, namun pada masa yang sama, percaya persefahaman dan kerjasama antara masyarakat majmuk mampu membentuk kesatuan dalam kepelbagaian. - Bernama

1 comment:

Tenang Lautan Biru said...

Mohon promosikan blog kami untuk PRK Tenang.

http://tenangprk.blogspot.com/

Terima kasih.