Berbeza dengan Gopeng , Sungai Raia, Sengat dan Pulai yang dikuasai orang Mendailing, Kawasan Hulu Kinta dikuasai oleh Melayu Perak. Terdapat sebilangan kecil orang Mendailing dan Jawa yang terdapat di Tambun, sebuah perkampungan dengan deretan kedai kayu pada penghujung dekad 1880an.
Tok Lembang menguasai kawasan ini dengan mengusahakan lombong-lombong kecil dan menghantar bijih timah ke Ipoh. Dia kemudiannya menjalankan bisnes menyewa gajah untuk mengangkut bijih dari Tanjong Rambutan ke Ipoh. Selepas jalan ke Gopeng, jalan ke Tambun di bina. Ini membolehkan kereta lembu dan kereta kuda melaluinya. Perniagaan sewa gajah Tok Lembang menjadi tidak popular.
Tok Lembang dipercayai waris kepada penduduk yang telah ada di kawasan itu sejak zaman Panglima Kinta Kelima, Ngah Ghafar, lebih 60 tahun sebelum itu. Ngah Ghafar merupakan ikon mistik yang telah dilupakan oleh Melayu Ipoh hari ini.
Panglima Kinta Kelima itu hilang ke kawasan air panas Tambun dipercayai mengahwini orang bunian. Di dalam Gua Datuk hari ini masih ada sebuah kerusi yang menghadap kiblat dipercayai tempat Datuk Panglima Ngah Ghafar datang berubat. Beliau hilang ketika upacara penyembuhan dilakukan oleh seorang pawang dalam sebuah balai. Ngah Ghafar digelar Datuk Hilang Di Jalan.
Tok Lembang telah membuka tanah di kaki gunung batu kapur di sekitar Tambun menggunakan pekerja Jawa. Pada zaman ini, limau bali telah ditanam di ladang kerajaan di Jalan Kuala Kangsar. Menurut cerita lisan, orang Jawa lah yang membawa benih limau besar yang disebut 'limau dari Bali' walaupun hari ini sejarahnya tidak diceritakan oleh pengusaha limau tambun yang kesemuanya berketurunan Cina.
Tok Lembang merupakan tokoh kawasan Tambun. Kawasan Tambun pada tahun 1892 dikenali sebagai kawasan hitam kerana kekerapan berlaku samun dan rompak di jalanan sehingga memaksa Ibupejabat Polis Daerah di Batu Gajah dipindahkan ke Ipoh. Tok Lembang menjadi pembantu majistret pada tahun 1904. Namanya diabadikan di Happy Garden, Ipoh dengan nama Jalan Kulup Limbang.
Pertanian di sebalik perlombongan kecil-kecilan di Tambun turut menyaksikan pengenalan tanaman kopi. Kebun kopi terbesar di Tambun adalah milik Leong Fee dan F.J.B. Dykes di Bukit Kopi (Kopisan) yang kini menjadi Taman Perpaduan. Melayu Perak yang paling berjaya di Tambun dalam mengusahakan ladang kopi ialah Ngah Ali. Mereka menanam kopi Liberia yang jatuh harga pada tahun 1895 kerana peningkatan populariti kopi jenis Arabica yang ditanam di tanah tinggi di jajahan Belanda (Indonesia).
Pada zaman ini, Tambun dan Ampang merupakan kawasan yang dibuka untuk pertanian atas galakan Kerajaan British Perak. Tok Muda Wahab membina empangan bernilai $10,000. Frank Swettenham pada 23.11.1893 menyebut, empangan tersebut adalah empangan terbesar di Lembah Kinta dengan panjangnya 150 ela dan tingginya 12 kaki digunakan untuk projek sawah padi yang bakal diusahakan dari Ampang hingga ke Pengkalan Pegoh. Projek ini dipertingkatkan lagi dengan memperbesarkan empangan tersebut sehingga menjadi 780 ela panjang siap pada tahun 1899 dengan kos mencecah $40,000 beserta tali air sepanjang 4 batu!
Walaubagaimanapun, projek ini tidak berbaloi disebabkan masalah dalaman dan kedudukan tanah pertanian yang bakal dibangunkan ini di atas lembangan yang kaya dengan bijih timah.
Kemasukan lebih ramai orang Cina memaksa tanah-tanah pertanian ini dipajak untuk digali dasarnya bagi membongkar bijih timah yang memenuhi lembah ini.
Bersambung esok.

1 comment:
salam..sy tgh mencari asal cerita tok hilang di jalan. boleh berkongsi bersama sy. terina kasih
Post a Comment