Wednesday, January 19, 2011

Sejarah Melayu Ipoh 7

Datuk Panglima Kinta Ke-9, Datuk Zainal Abidin (Uda Bidin) yang mendirikan kota di Pengkalan Pegoh memberi perlindungan kepada Sultan Ismail. Kotanya di Pengkalan Pegoh dibina dengan memotong liku Sungai Kinta dan mewujudkan sebuah pulau dan di bina rumah-rumah dalam kotanya.

Sultan Ismail yang lari bersembunyi dan memasang strategi di Pengkalan Pegoh apabila Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874 di mana British memilih untuk mengiktiraf Raja Abdullah sebagai sultan yang sah untuk menandatangani perjanjian tersebut.

Orang-orang Sultan Abdullah memburu Raja Ismail untuk menuntut kembali alat-alat kebesaran pertabalan sultan termasuk gajah-gajah diraja yang disimpan di Pengkalan Pegoh. Sultan Ismail ditawarkan jawatan Sultan Muda, pencen $1000 sebulan dan sebuah kawasan pemerintahan.

Jika tawaran ini diterima, mungkin Kinta bakal terpisah dari negeri Perak. Ini kerana Sultan Ismail lebih menumpukan kawasan lombongnya di Gopeng dan Papan. Tawaran ini sebenarnya diilhamkan British kerana hakikatnya mereka mahukan Kinta seperti mereka berjaya memisahkan Singapura dari Johor.

Sultan Abdullah tidak dapat ditabalkan dengan sempurna tanpa alat-alat dan syarat-syarat yang memenuhi keperluan pertabalan ini yang masih dalam genggaman Sultan Ismail.

Pada tahun inilah Perak berada dalam kekeliruan apabila Perak mempunyai dua Sultan. Mereka yang di hulu Sungai Perak menyokong Sultan Ismail manakala yang di hilir menyokong Sultan Abdullah yang dilantik British.

Keadaan menjadi haru biru dengan kewujudan sesetengah penempatan tak berpenghulu dan sesetengah lagi mempunyai dua penghulu.

Walaupun British akur dengan syarat Sultan Abdullah bahawa mereka tidak boleh mencampuri adat Melayu dan agama Islam, J.W.W. Birch menganggap situasi dua sultan ini membahayakan negeri Perak.

Sultan Ismail masih mendapat sokongan rakyat dan digambarkan sebagai Sultan Di Hulu atas sokongan Raja Yusof dan British berhadapan dengan kesukaran untuk berbincang dengannya. Menurut Birch, hanya persetujuan Sultan Ismail atas Perjanjian Pangkor dan kebersediaannya menerima pencen sahaja bakal membolehkan Perak kembali tenang.

Rancangan pertemuan antara Sultan Abdullah dan Sultan Ismail oleh Birch tidak pernah berjaya kerana pertelagahan antara ketua-ketua puak yang berpecah belah kerana kekalutan ini. Pada saat inilah Birch sedar bahawa tindakan British menjadikan Sultan Abdullah merupakan satu kesilapan besar kerana rakyat Melayu Perak majoritinya menyokong Sultan Ismail.

Krisis ini menyebabkan British bertindak membawa masuk lebih ramai orang Cina ke negeri Perak dan ini disifatkan zaman di mana golongan kedua pendatang China dibawa masuk dan Cina-Cina inilah yang tidak berasimilasi dengan orang Melayu dan mewariskan identiti Cina mereka sehingga hari ini.

Ini berbeza dengan Cina-cina awal yang masuk antara tahun 1776 - 1850 sebelum itu kerana banyak diantara mereka telah memeluk Islam, dan ramai juga yang beragama Islam, bergaul dengan orang Melayu dan menjadi sebahagian dari orang Melayu (yang berwajah Cina) hari ini di daerah Kinta.

Bersambung esok.

9 comments:

RUMAH KACA said...

blog tuan sangat hebat. Senag dibaca, fikiran tajam dan ada mesej yang beransangkan hati. hebat. Saya sudah linkan blog Tuan di Http://rumahanjas.blogspot.com,
Bole ke saya tompang dalam senarai blog hebat tuan hehehe. Tolonglah kalau ada ruang.

Anonymous said...

Blog Saudara sangatlah dihargai. Sy dari kecil lagi telah disuruh menghafal segala kejadian seperti ini sebelum makan malam oleh aruah bapa sy. Kata beliau yg ini Tunku (AlMarhum Tunku Abdul Rahman Putra AlHajj, PM Pertama kita) tak mau tulih, hg kena hapai! Nanti hilang teruih!

Syabas kerana sejarah terperinci ini TIDAK ditulis British supaya org Melayu akan segera melupakannya.

Sebaiknya segala sejarah kita baik hitam baik putih atau kelabu adalah menjadi panduan masa depan Umat Melayu.............

IPOH MALAY said...

betul.. tu sdr. tanpa nama..

kita tahu, british dan tunku tak jujur.. kebenaran pasti terkuak juga.. lagipun saya suka nak mencetuskan kajian salasilah untuk org melayu.. walaupun saya terkilan sebab jejak salasilah saya musnah akibat tsunami banda aceh 2004


to Rumah Kaca
sudah dipautkan... tq

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Keturunan sebelah Monyang teman, datuk 4 monyang 8 org pgkl pegoh. Masa konfik tersebut ramai ahli keluarga berpindah ke rantau panjang hilir sg perak.namun masih ada yg tinggal bertahan di situ. tidak ada cerita yg lengkap namun masih ada lg kah keturunan teman kat situ?

Unknown said...

Jon Tarabas,

moyang saya pun penah tinggal di Lahat dan saya syak kemungkinan beliau juga tinggal di Pengkalan Pegoh sebelum berpindah ke Blanja.Boleh tahu siapa nama moyang tuan?

Serinditning@gmail.com

Unknown said...

Nama onyang yg perempuan anjang yg laki2 kulup mat taib.opah teman dikenali dgn panggilan mak oteh.

Unknown said...

Moyang saya namanya Aminah. Nama sebenar Raja Aminah binti (Saya x tahu, sedang mencari2 nama ayahandanya). Moyang lelaki namanya Mat/Mad Piah.(keturunan Pak Kaduk). Menurut info yg sedikit yg saya dapat..moyang Raja Aminah asalnya dari Johor. Saya juga mencari waris Paduka Imam Tuan Raja Sulaiman bin Raja N.Yahya. Penghulu Pasir Salak. Sgt sukar nk dpt info bila org lama2 dah xde.

Shaiful Nazli Hamdan said...

Saya cicit Hj Mat Alip / Alang Fatimah. Saja ingin berkenalan dgn semua pihak yg berkaitan kg Pengkalan Pegoh