Kebanyakan blog Pro-BN seperti Ipoh Malay, sebelum PRU 12, bukanlah pro-BN sangat. Malah blog ini yang mula tumbuh sejak parlimen dibubarkan pada 13 Februari 2008 bersifat skeptikal terhadap BN akibat isu-isu semasa pada ketika itu. Pandangan masyarakat sekeliling juga diambil kira lalu blog ini cenderung kelihatan anti-BN sebelum PRU 12. Malah sebelum PRU 12 lagi, blog ini yakin, BN akan kehilangan dua pertiga.
Tetapi beberapa hari selepas PRU 12, blog ini telah mengubah persepsi terhadap BN apabila perebutan kuasa dan pencabaran atas kuasa politik orang Melayu oleh Barisan Rakyat (nama mereka ketika itu) menimbulkan kemarahan ramai orang Melayu di Perak.
Seterusnya, blog ini mendapati, hanya BN merupakan asas politik yang kukuh untuk mentadbir negara ini berbanding Pakatan Rakyat, walaupun pemimpinnya di peringkat akar umbi sebenarnya adalah liabiliti kepada BN itu sendiri.
Hasilnya, sehingga hari ini, persepsi itu tidak tersanggah oleh kerana PR tidak pernah melakukan perubahan yang meyakinkan untuk dijulang sebagai pentadbir negara ini sebagai alternatif kepada BN.
Jadi untuk menyebut blog ini berdiri sebagai Pro-BN sebenarnya tidak tepat. Blog ini lebih senang dikenalpasti sebagai blog Pro-Realistik yang menyokong mana-mana pihak yang benar-benar layak mentadbir negara ini.
Puak pro-realistik telah berkembang di dalam kelompok orang Melayu hari ini. Ada yang menyebut, "walaupun aku tak suka UMNO, aku akan undi BN, sebab PR hanya akan merosakkan negara"
Mesej seperti ini disampaikan dari hari ke hari oleh blog ini dan banyak lagi blog yang digelar 'Pro-BN'.
Berbanding Unit Media Baru yang ditubuhkan setelah UMNO merasa goyah pasca-PRU 12, UMB seharusnya tidak banyak berbangga kerana puak pro-realistik dalam masyarakat sehingga hari ini tidak berminat dengan UMNO walaupun mereka mengundi BN.
Sebab apa? Bukan sebab siapa-siapa. Sebab UMNO sendiri yang tidak mencermin diri sendiri.
Lebih hebat, puak pro-realistik ini berani mengkritik UMNO sendiri dengan alasan, " Dengan berada di luar UMNO, dengan mengundi BN, kami lebih bebas melontar rasa tidak puas hati kami terhadap pemimpin UMNO peringkat pertengahan yang lebih dari Napoleon sifatnya, kerana apa? Kerana sebab kamilah, mereka mempunyai peluang untuk menunjuk buruk laku, dan sebab kami jugalah mereka sepatutnya berambus".

1 comment:
saya setuju pendirian ipoh malay...teruskan kritikan teguran anda .
Post a Comment