Dikhabarkan Timbalan Menteri ini mahu berjumpa dengan bloggers malam ini. di Restoran NZ Jalan Ampang. Bloggers mana yang ingin ditemui olehnya? Bloggers pembangkang? Untuk apa? Untuk umum keluar Barisan Nasional ke? Itu kita tak tahu. Memang BN tidak perlukan ahli politik besar kepala seperti ini.
Sudahlah angkuh, dia juga dipercayai seorang Ahli Parlimen yang telah bersiap untuk lompat parti sekiranya Gerakan 16 September benar-benar terjadi. Maka untuk apa disimpan pemimpin jenis ini?
Timbalan Menteri ini pernah mengucapkan kepada bloggers, "You all not intellegent, this is a new politic" dan "Jangan sampai I balun you all bloggers. Tunggu masa saja". Selain itu, dia juga dia turut:
1. Memuji Buku Jingga yang dikeluarkan oleh Pakatan Haram.
"Selain menyokong diadakan forum yang melibatkan wakil-wakil pelbagai parti di universiti bagi menghidupkan roh demokrasi di pusat-pusat pengajian tinggi, beliau juga mengakui pertembungan Buku Jingga dan Buku Biru merupakan sesuatu yang baik kerana boleh menyegarkan demokrasi di tanah air."
2. Memuji kerjasama Pakatan Haram.
" Manakala dasar yang diperjuangkan oleh PKR, DAP dan PAS yang menolak politik perkauman, sememangnya baik bagi melahirkan perubahan politik di tanah air."
3. Dan yang paling memualkan, memuji dan membodek Al Jubs.
"Selain itu, beliau turut mengakui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai personaliti yang hebat dan mempunyai pandangan jauh dalam pelbagai perkara, sehingga turut diakui dunia. "Dalam hal ini, bergantung kepada perspeksi masing-masing. Bagi BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bahaya besar, tetapi bagi Pakatan Rakyat, untung besar. Tetapi yang itu bukanlah politik segar yang rakyat nak tengok"
Berapa lama lagi agaknya Timbalan Menteri jenis ini mahu disimpan? Gerakan mendesak Timbalan Menteri kuda trojan pembangkang yang pernah dilamar bagi merealisasikan rampasan kuasa 16 September ini telah pun dimulakan. PM jika berkenan dengannya, wajib sedar, ramai yang tidak berkenan dengannya. Rakyat didahulukan, trojan diterajangkan.
3 comments:
TOLONG PERHEBATKAN USAHA NI...MENYAMPAH TENGOK MAMAT NI...TOLONG KAMI RAKYAT NAK TGK MAMAT NI TURUN.
Salam tuan,
Menyirap darah menilai pada 2 frasa
"menghidupkan roh demokrasi di pusat-pusat pengajian tinggi"
dan
"pertembungan Buku Jingga dan Buku Biru merupakan sesuatu yang baik kerana boleh menyegarkan demokrasi"
Siapa pimpinan dunia dan Malaysia yang ekstrim bercakap dengan nada ini? Pejuang demokrasi ke atau cuba bodohkan rakyat dengan alasan demokrasi? Ini yang dimaksudkan dengan 'Politik Baru'? atau POLITIK BARUA?
Aku yang rakyat biasa ini pun dapat lihat dan rasa dari jauh akan permainan ini. Sebijik macam Al-Gore dan yahudi-zionis.
Wahai barisan blogers mesra kerajaan dan mesra kebenaran. Ayuh tingkatkan serangan. Serangan biar tepat dan mencapai objektif. Masa kian menekan kita. Jangan kita tertipu dek trojen barua ini.
Rakyat memerhati dan menilai ni
memang dia ni SENGAJA untuk dimangsakan.. supaya dia boleh berjuang untuk MENTOR nya dengan cara tersingkir... baginya politikus tersingkir itu mungkin kelihatan menarik.. siapa tahu
Post a Comment