Wednesday, April 13, 2011

Kejayaan TLDM Menangkap Lanun Somalia Masih Hangat Diperkatakan

Kejayaan TLDM menangkap 7 lanun Somalia dan menyelamatkan 23 anak kapal Bunga Laurel yang membawa bahan kimia di Teluk Aden pada 21 Januari 2011 lalu merupakan satu kebanggaan buat negara ini yang masih terpahat di dalam dunia maritim.

Ini kerana, Thailand baru sahaja membayar wang tebusan sebanyak 5 juta Dolar bagi membebaskan 27 anak kapal yang dirampas bersama sebuah kapal pada 25 Disember tahun lalu bagi membebaskan anak kapal mereka.

Sementara itu, Indon masih lagi terpinga-pinga, genap sebulan selepas kapal Sinar Kudus yang membawa 20 anak kapal dirampas lanun Somalia dan dituntut sebanyak 9 juta Dolar bagi pembebasan kapal yang membawa bijih nikel bernilai hampir RM3.2 billion.

Kejayaan TLDM jika dibandingkan dengan kejayaan tentera Korea Selatan memang setara tetapi tak sama. Ini kerana, TLDM menangkap perompak ini hidup-hidup dan di bawa ke Kuala Lumpur untuk dibicarakan manakala Korea Selatan bertindak membunuh 8 lanun yang merompak kapal milik negara berkenaan sehari sebelum TLDM menggempur kapal Bunga Laurel yang turut cuba ditawan lanun Somalia.

Sehingga hari ini, lanun Somalia masih memeram hampir 40 buah kapal dengan jumlah anak kapal yang masih menjadi tawanan mencapai 700 orang.

Kejayaan TLDM masih lagi hangat diperkatakan terutamanya di Indon di mana rakyat mereka menganggap pemerintah negara tersebut tidak serius menangani penawanan kapal Sinar Kudus dan membanding-bandingkan kes tersebut dengan keupayaan Malaysia melakukan penggempuran.

Ironiknya, pada masa yang sama, mereka menyalak-nyalak agar tentera negara tersebut berperang dengan Malaysia yang dikatakan bersikap biadap terhadap negara mereka.

Pelik bin Jelik.

3 comments:

Anonymous said...

Indon bangang..Cakap sajalah..nak mintak tolong Paskal Malaysia...!!!

Anonymous said...

itulah ada exco selangor sangat dengki dgn TLDM dan diungkitkan pembelian kapal selam, sbb dengki/benci dia ni adalah dengki/irihati singapork pd TLDM kita, sbb dia adalah ejen negara jiran selatan kita ni, so bukannya soal integriti yg dibangkitkan tapi ingin downgrade pasukan TLDM kita pd mata rakyat sendiri, betapa malangnya rakyat terutama melayu Islam sekarang menempuh serangan yg tak mampu dibalas balik hanya terpukau dan ternganga melihat maruah rakyat sendiri dipijak2 oleh warga yg tak setia.

Anonymous said...

Pencuri terjerit terlolong tuduh orang lain pencuri untuk menutup kegiatan mencuri nya.....itulah Indon. Daulat Malaysia!!!!!!!!!!!!