Thursday, June 30, 2011

Contoh 'Pengundi Hantu' Puak Hantu

Ada sorang kawan teman. Dia pencen gomen di Jalan Ipoh. Kini rumahnya di Pudu Ulu. Kerjanya bawak teksi KL. Pada tahun 2005, dia tunjuk IC dia kat teman yang menunjukkan rumahnya selepas pencen nanti. Satu baris dengan rumah teman.

Teman tak peduli pun. Sampai la dia bertembung dengan teman di sekolah belakang rumah teman pada PRU 2008. Dia balik Ipoh untuk mengundi je. Dan dia sokong siapa sahaja calon asalkan bukan UMNO. Dengan bangga dia menyebut undinya kepada PKR yang bertanding Parlimen Tambun dan DUN Hulu Kinta.

Kalau isu pengundi hantu adalah isu 'pengundi balik kampung untuk mengundi', apa jenis pengundi hantu pula PKR hantar ke tempat teman? Dia tak pernah hidup sebagai orang tempat teman pun.

Jelas sekali puak pembangkang negara ini mengotori sistem pilihanraya dan bagi mencegah tindak-tanduk mereka dikesan dan terbongkar, mereka terlebih dahulu membuat tuduhan ke pihak lagi satu.

Wednesday, June 29, 2011

Libya Ialah Apa Yang Mereka Ingin Contohi?



Apakah ertinya ini? Mahu negara ini jadi seperti Libya? Provokasi jenis apa ini? Jelas sekali, inilah apa yng dimahukan oleh puak-puak pendukung perhimpunan haram ini. Apa yang mereka mahukan sebenarnya?

Bermula dari mahu membantah SPR dan kini mahu mengikut jejak langkah Libya? Ini adalah cara untuk menjatuhkan kerajaan tanpa kerelaan majoriti rakyat.

Gerakan ini tidak harus dibiarkan. Patutlah unsur komunisme, sabotaj, tukul dan sabit, pantas meresapi pemikiran ahli-ahli gerakan ini.

Mula-mula kita terfikir untuk diam dan lihat. Lama-kelamaan terfikir untuk bersama menentang gerakan ini secara fizikal, kerana binatang-binatang sial seperti penegak agenda kafir ini tidak boleh dibiarkan berleluasa.

Dendam Ambiga Berjaya Buatkan PAS Melutut

DULU
Demo menentang S. Ambiga yang mengajurkan forum membincangkan kebolehmurtadan di pejabat Majlis Peguam.

KINI
Menurut arahan S. Ambiga supaya berdemonstrasi, dengan patuh, seperti hamba suruhan.

Bangsa apakah ini? Pelik sungguh.

Wardina Nafi Keras Sokong PKR, Bersih


"Jangan sertai himpunan haram BERSIH." - Wardina

Wardina Nafi Keras Sokong PKR, Bersih

KUALA LUMPUR - Selebriti popular yang juga pengacara rancangan Malaysia Hari Ini(MHI), Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sekali gus menyokong perhimpunan haram Bersih.

Beliau berkata, tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya oleh penulis-penulis blog adalah suatu perkara yang serius dan mengaibkan dirinya dan keluarga.

Justeru, katanya, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel yang tersiar termasuk gambar-gambar lamanya di dalam blog, tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin.

"Saya nyatakan di sini bahawa saya tidak menyokong mana-mana parti, sama ada parti pembangkang atau pun kerajaan dan saya juga bukan ahli PKR.

"Buat masa ini, saya tidak ada niat untuk menjadi calon dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan tentang gambar dan penulisan yang disiarkan menerusi blog yang memberi gambaran bahawa beliau menyokong perhimpunan Bersih dan PKR.

[ Menyentuh tentang kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat, Sabtu lalu, Wardina berkata, beliau hadir sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan.

"Oleh sebab itulah saya hadir pada karnival tersebut tetapi saya tidak pun diberitahu Azmin Ali akan hadir sama.

"Apabila saya dijemput minum oleh penganjur, saya terkejut kerana Azmin Ali pun ada. Tak kan saya nak beredar.

"Saya kesal apabila ada yang berfikiran jumud dan mudah untuk membuat interpretasi tanpa menghubungi saya untuk dijelaskan keadaan sebenar.

"Tidak seperti Utusan Malaysia yang menghubungi saya terus untuk mendapatkan jawapan," katanya.

Beliau berkata, ekoran tuduhan yang dilemparkan, beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi menuntut supaya semua artikel berkaitan dengan dirinya yang dikaitkan dengan parti politik, diturunkan segera.

"Jika penulis blog berkenaan gagal berbuat demikian, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana negara kita, ada undang-undang," katanya.


Walaubagaimanapun, posting yang lalu tidak dipadamkan bagi menunjukkan persoalan dan jawapan yang telah tergabung menjadikannya selesai buat masa ini. Tanpa posting-posting tersebut, Wardina mungkin tidak akan merasa untuk terpaksa membuat kenyataan seperti di atas. Harap maklum.

Membenarkan Demonstrasi Jalanan Bererti Memulakan Kekacauan

Kita seharusnya mengambil iktibar dengan apa yang telah terjadi di Bangkok dan Jakarta. Ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

BANGKOK 28 Jun - Perpecahan yang melanda masyarakat Thailand akan menjadi bertambah buruk selepas pilihan raya pada Ahad ini, kecuali musuh-musuh ketat politik bersetuju menghormati keputusan pengundian, kata penganalisis, hari ini.

Menjelang pengundian pada 3 Julai ini, tidak ramai pemerhati yang percaya pemenang pilihan raya itu akan dapat mengambil alih kuasa dengan lancar dengan hanya menghadapi tentangan daripada dalam Parlimen.

Pilihan raya kali ini menyaksikan pertarungan utama antara Parti Demokrat pimpinan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva dengan parti pembangkang, Pheu Thai yang diterajui dari luar negara oleh bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang menampilkan adik perempuannya, Yingluck Shinawatra.

Ramai pemerhati khuatir penunjuk perasaan akan kembali melancarkan protes jalanan pada beberapa bulan akan datang.

"Pilihan raya ini akan mencetuskan lebih banyak keganasan dan kekacauan kerana tidak kira siapa yang membentuk kerajaan, sama ada Pheu Thai atau Demokrat, penunjuk perasaan yang menentang parti-parti tersebut akan membanjiri jalan raya.

"Perkembangan itu bermakna tiada satu parti pun boleh benar-benar mendakwa mendapat mandat yang sah daripada seluruh rakyat Thai," kata penyelidik kanan di Universiti Prayap, Chiang Mai, Paul Chambers.

Satu lagi faktor ialah penyelewengan pilihan raya yang sudah lama menjadi tradisi di negara ini.

Hanya sebuah pertubuhan antarabangsa dan tiada kerajaan asing akan menghantar pemerhati bagi mengikuti perjalanan pilihan raya Thailand kali ini.

Tokoh perniagaan Thai yang menduduki lembaga pengarah beberapa syarikat dan Bursa Saham Thailand, Aswin Kongsiri berkata, adalah sangat penting pilihan raya itu dilihat 'seberapa adil yang boleh'.

"Jika satu pihak menganggapnya tidak adil, disebabkan campur tangan tentera, pembelian undi, undi palsu, yang kesemua itu boleh berlaku, pihak yang kalah boleh melancarkan protes jalanan," katanya. - AFP

Tuesday, June 28, 2011

Isytihar Perang Ke Atas Penyokong Komunisme

Teman berbesar hati sekiranya dapat meludah muka-muka anak Melayu zaman ini yang mendukung pejuang Melayu berhaluan kiri seperti Rashid Maidin, Abdullah CD dan Shamsiah Fakeh, dan jika dapat menggondolkan A. Samad Said hingga botak togel, serta Hishamuddin Rais yang menjadi ikon komunisme moden hari ini di tanah air, lebihlah teman gembira lagi.

Ramai anak Melayu buta sejarah dan berfahaman sosialis membuta tuli sanggup menjunjung tokoh pemusnah bangsa yang digerakkan oleh fahaman komunis sehingga tidak dapat melihat apa yang telah golongan ini lakukan di Indonesia pada saat mereka mendapat kuasa.

Republik apa yang diimpi oleh Tan Malaka, serta antek-antek pemikir Minang yang dicampak supaya mampu meruntuhkan kesultanan Melayu di Tanah Semenanjung ini?

Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan Khatijah Sidek terus di puji-puja sebagai wirawan di negara jiran sedangkan mereka mengangkat senjata membunuh anak bangsa sendiri di Tanah Semenanjung menggunakan senjata yang diberi penjajah British untuk melawan Jepun.

Untunglah kesemua laknatullah bertopeng Muslim ini (pada masa itu) tidak berjaya melakukan apa yang telah dilakukan oleh kompatriot mereka di Tanah Sumatera yang berjaya membunuh 5 Sultan di Sumatera Timur pada jam 12 tengahmalam 3 Mac 1946.

Malah mereka dihambat ke hutan dan perjuangan mereka menuntut kemerdekaan mengikut acuan Soviet dan Kuomintang tidak berjaya. Itukah kemerdekaan yang kita dambakan? Itukah pejuang yang hendak kita dendangkan?

Inilah orang-orang yang mengaku Muslim dan pada masa yang sama, membiarkan insan tercelaka, Chin Peng, membunuh guru-guru agama, ketua-ketua kampung, imam-imam dan ustaz-ustaz atas apa alasan sekalipun, tidak mungkin dapat diterima.

Ingatlah, dengan membiarkan mereka bebas, bererti kita mengizinkan kudis untuk merebak menjadi barah. Amir Syarifuddin dan antek-anteknya tidak ramai, tetapi kudis yang dibawakan mereka membuatkan majoriti masyarakat diheret dalam bencana ketamadunan Melayu paling buruk di Sumatera pada ketika itu.

Penubuhan UMNO di Istana Johor mungkin sekali tidaklah sangat kerana gerakan menentang Malayan Union. Sebenarnya ia merupakan gerakan yang dihidupkan bagi menghapuskan anasir komunisme Sumatera yang telah berjaya membunuh 5 orang Sultan kira-kira 2 bulan sebelum itu.

Ianya merupakan sejarah yang tidak dapat diselak oleh buku sejarah kita hari ini akibat perbezaan negara yang dipagar sempadan yang menghasilkan corak pemahaman sejarah yang berbeza. Namun kebenaran akan pasti terkuak juga.

Ingatan keras buat penjunjung musibat Melayu yang kini terbuang ini, jangan berani sangat, jika telur hanya sekerat.


Bacaan lanjut : Ketuanan Rakyat Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu

5 Sultan Di Sumatera Dibunuh Komunis 1946

Penyokong komunisme tidak lain hanyalah mahukan institusi raja digulingkan dengan apa cara sekalipun. Memang kita boleh anggap nama-nama pejuang berhaluan kiri yang kerap dijulang dewasa ini telah kononnya dituduh sebagai pengganas komunis, padahal mereka juga memperjuangkan kemerdekaan.

Namun, kemerdekaan jenis apa? Mereka ini bersekongkol dengan Parti Komunis Indonesia pada saat pemerintahan Jepun dan sama-sama menegakkan agenda dalam satu pakatan merentasi Nusantara untuk menjadikan rantau ini bebas dari institusi beraja.

Pada 3 Mac 1946, lima kesultanan Sumatera Timur dihancurkan, sultan-sultan di bunuh, mereka yang bernama Tengku, Raja, Engku dan Wan dibunuh kejam oleh Parti Komunis Indonesia pimpinan Amir Syarifuddin yang pada mulanya dianggap wira Indonesia, namun akhirnya di bunuh oleh pemerintah Indonesia sendiri kerana mahu menggulingkan pemerintahan Sukarno yang dahulunya membantu gerakan mereka menjahanamkan institusi raja. Sebab apa? Sebab Amir Syarifuddin mahu menubuhkan Kesatuan Sosialis Soviet Indonesia.

Di negara ini, tiada yang lebih mulia untuk mengatakan anasir komunisme yang mula ditiupkan ini adalah sesuatu yang perlu diperangi, dan pihak berkuasa perlu menahan mereka dibawah ISA. Jika mereka tidak diperangi oleh pihak berkuasa, rakyat yang membenci penjahanam ini yang akan bertindak dan masalah akan menjadi bertambah rumit lagi.

Jawapan Untuk Wardina

KUDIS, KURAP DAN KUSTA yang tertempel di betis dan peha, jika tidak di selak kainnya, tidak akan kelihatan. Kerana empunya badan akan bermati-matian mengatakan betis dan pehanya putih mulus.

MORALITI sendiri menyebut seorang 'wanita baik' harus mengelakkan diri dari berada di RUMAH PELACURAN bagi mengelakkan diklasifikasikan sebagai PELACUR. Sekadar contoh. Jangan terasa pulak.

Ya, memang fitnah itu berdosa, TETAPI JANGAN LUPA, MEMBERI PELUANG UNTUK ORANG MENCIPTA FITNAH ADALAH SAMA BERDOSA. Tapi adakah blogger-blogger memfitnah?

SIAPA YANG YANG MEMALUKAN, MENJENGKELKAN DAN MENGHINA DIRI SENDIRI. Greenhorn, berhati-hatilah dalam mencekau income di sana-sini :

Soalan pertama saya. Salahkah? Ini adalah negara bebas di mana saya mempunyai hak duduk berbincang dengan sesiapa sahaja... Berbagai "versi" kini tersebar di internet. Hakikatnya mereka yang menulis ini semua memanglah menampakkan ketidakmatanagan dan memperihatkan rendahnya mentaliti dan cara pemikiran mereka. Saya terpanggil untuk menceritakan hal yang sebenar supaya anda boleh mendengar dari mulut saya sendiri. Tiada seorang pun "blogger" media baru itu menghubungi saya bertanyakan kisah sebenar. Bahasa dan cara mereka menulis mengerikan saya. Amat parah sekali jiwa mereka. Jika mereka ini mewakili UMNO dan BN, saya mengharapkan ada diantara pihak atasan "menegur" anak buah mereka ini....

- Saya telah dipanggil oleh YB Nik Nazmi untuk turut serta bersama dalam Karnival Mesra Rakyat bersama dgn Uthaya Sankar, Safee Sali dan ramai lagi pada pagi Sabtu tersebut. Saya yakin tiada agenda politik dalam program ini maka saya bersetuju. Saya diminta memberi MOTIVASI KEIBUBAPAAN (satu bidang yang memang dekat dengan hati saya)

- Akan tetapi saya tidak dapat hadirkan diri pada pagi tersebut kerana hal yang tidak dapat dielakkan, maka disuruh oleh YB untuk hadir pada majlis penutupan pada waktu malam pula. Saya bertanya apa sebenarnya program malam itu. Perlukah saya hadir? Kerana seikhlasnya saya sudah teramat penat kerana baru lepas pulang dari satu lagi program di SIRIM Shah ALam bersama 400 wanita dan remaja perempuan. YB menegaskan bahawa ramai menantikan kehadiran saya. He insisted me to come.

- Tiada siapa memberitahu saya apa agenda malam itu. Walaupun berkali-kali saya bertanya. Saya dibawa ke restoran untuk makan malam. Kemudian saya diberitahu YB Azmin sudah sampai. Saya tidak pula tahu, kerana tiada siapa memaklumkan kepada saya. YB Azmin bukanlah seorang penjenayah dan saya bukanlah seorang yang biadap.Kami berbual dan ini kali pertama saya berbual dengan beliau. Saya berjumpa dengan ramai orang...janganlah begitu jumud dalam pemikiran. Bagaimana pula gambar saya dengan Datin Seri Rosmah Mansur? Ada yang nak tolong sebarkan?

Saya sedar implikasinya sekiranya saya kelihatan duduk semeja dengan beliau. Tetapi saya merasakan bahawa amat perlu untuk kita tidak berfikiran sempit dan menghormati hak saya atau sesiapa sahaja untuk bertemu dan berbincang denagn sesiapa pun! Saya tidak melakukan kesalahan.

Saya dijemput berucap untuk memberi motivasi kepada penduduk di situ hanya untuk 10 minit. Saya jujurnya agak terkilan kerana diberi masa yang begitu singkat. Sepatutnya saya tidak perlu pun hadir. Tetapi saya ini orang yang berpegang kepada janji. Saya sepatutnya dimaklumkan dengan lebih terpenci mengenai apa yang akan berlaku.

Sepatutnya lebih berkesan jika saya turun padang dan mengadakan motivasi bersama ibu-ibu dalam kumpulan yang lebih kecil agar impaknya lebih terkesan. Saya megakui saya tidak berapa gemar dikaitkan dengan mana-mana parti politik dan saya amat dukacita dengan apa yang berlaku. Buat masa ni lebih banyak yang dapat saya sumbangkan sekiranya tidak menyertai mana-mana parti politik...anatara sebabnya juga saya merasakan kita di Malaysia belum mencapai satu tahap yang benar-banar 'matang dan tulus' maka saya sememangnya tidak teringin pun melibatkan diri dalam politik....

Tetapi saya percaya ada hikmahnya disebalik semua ini. Semoga kita bijak menilai dan tidak terpengaruh dengan orang-orang yang kronik dalam jiwa mereka. Blogger yang seolah-olahnya tiada kerja lain selain mencaci orang lain dan menulis dalam cara yang tidak ilmiah serta menjengkelkan. Tiada rasa malu dan bersalah menyebarkan fitnah pada saya (dan juga orang lain). Apa nak jadi dengan Malaysia? Apa nak jadi dengan oang Melayu? Bangunlah dan gunakanlah akal yang diberi ini kita ini untuk berfikir....

Friday, June 24, 2011

Ahli Politik Indonesia Boikot Ibadat Haji?

Kerana benci, ahli politik Indonesia ini mengusulkan apa sahaja walaupun ia bersifat keanak-anakan dan kelihatan bodoh :

Kamis, 23/06/2011 20:32 WIB
Gus Choi Usulkan Moratorium Pengiriman Jamaah Haji ke Arab Saudi
Hery Winarno - detikNews

Jakarta - Politisi PKB yang juga anggota Komisi I DPR, Effendy Choirie prihatin dengan kekerasan yang kerap menimpa tenaga kerja wanita (TKW) di Arab Saudi. Pria yang akrab disapa Gus Choi ini mengusulkan agar dihentikan pengiriman jamaah haji ke Arab Saudi.

"Kita perlu bersikap, tidak usah kirim haji selama 5 tahun dan itu bisa kita jadikan sebagai nego politik," ujar Gus Choi saat rapat dengar pendapat antara Komisi I DPR dengan Duta Besar RI untuk Arab Saudi, Gatot Abdullah Mansyur di Gedung DPR, Senayan, Jakarta, Kamis, (23/6/2011).

Menurut Gus Choi hal ini untuk menjadi dasar berdiplomasi dengan Arab Saudi. Selama ini, menurutnya Arab Saudi terkesan eksklusif.

"Saudi dia boleh lakukan ajaran agama tapi dia juga hidup di dalam dunia hubungan antar bangsa bukan hanya ukhuwah di dalam negaranya sendiri tapi juga ukhuwah insaniah antar bangsa lain. Ini menjadi pertimbangan sehingga dia tidak menjadi ekslusif," terangnya.

Usai rapat, Gus Choi menjelaskan bahwa Arab Saudi sebenarnya sangat tergantung dengan jemaah haji Indonesia. Hal itu bisa menjadi nilai tawar bagi pemerintah Indonesia.

"Ada satu hal yang Arab Saudi menikmati dari Indonesia, yaitu haji dan umroh. Bayar visa, penerbangan dari maskapai mereka dan dari penginapan itu berapa trilyun. Kita memberi devisa berapa triliun, kalau dijadikan alat diplomasi pasti signikan," terangnya.

"Mereka itu cukup 2 bulan melayani jemaah haji, tapi hasilnya cukup untuk hidup 2 tahun," imbuhnya.


Maka jangan hairanlah jika kita tidak dapat memahami keletah mereka bila berurusan dengan emosi mereka ke atas Malaysia.

Thursday, June 23, 2011

Aburizal Bakrie Tidak Sokong Anwar Lagi?

Kamis, 23/06/2011 05:21 WIB
Ical Kunjungi Malaysia Temui Pimpinan UMNO
Mega Putra Ratya - detikNews

Jakarta - Hari ini, Ketua Umum Golkar Aburizal Bakrie berkunjung ke Malaysia. Dia akan bertemu dengan sejumlah petinggi United Malays National Organisation (UMNO).

"Golkar akan beraudiensi dengan UMNO," ujar juru bicara Aburizal, Lalu Mara kepada detikcom, Kamis (23/6/2011).

Setibanya di Malaysia, Ical, sapaan akrab Aburizal akan diterima oleh PM Malaysia Dato Sri Najib Bin Tun Razak. Selain berbicara soal politik, Ical juga akan beramah tamah dengan para petinggi partai politik di Malaysia.

"Ada sejumlah agenda. Salah satunya acara sarahsehan (ramahtamah)," jelasnya.

Akhir-akhir ini, Golkar sering berhubungan dengan sejumlah partai berkuasa di luar negeri. Ical pernah mengunjungi Partai Komunis Tiongkok (PKT) di China. PKT pun telah melakukan kunjungan balasan ke Kantor DPP Golkar. Partai Demokrat Liberal yang berkuasa di Jepang pun melakukan kunjungan ke Kantor Golkar beberapa waktu lalu.

Wednesday, June 22, 2011

Malukan Penganjur BERSIH Dengan Penyapu

Pihak-pihak yang anti pada gerakan BERSIH yang bakal membuat kacau di ibukota di saran untuk menubuhkan pasukan gotong-royong memBERSIHkan ibukota pada tarikh tersebut sebagai jalan untuk memalukan puak-puak BERSIH yang dikepalai oleh seorang peguam anti-Islam terkenal berketurunan India.

Pihak Pemuda UMNO, PERKASA dan NGO yang bercadang untuk turut mengadakan perhimpunan menentang gerakan BERSIH ini disaran untuk membawa bersama PENYAPU, PLASTIK SAMPAH, PONGKES dan peralatan-peralatan kerja-kerja membersihkan kawasan bagi mewujudkan seolah-olah pada tarikh tersebut, gotong-royong membersihkan ibukota dari sampah sarap akan dijalankan.

Tindakan ini seperti yang disaran oleh seorang kawan teman, dapat memalukan keseluruhan anai-anai berbaju kuning dan dengan cara halus, ia dapat menjadi 'simbol' supaya golongan seperti ini patut disapu keluar dari masyarakat Malaysia yang secara tradisinya menolak demonstrasi jalanan.

Wednesday, June 08, 2011

PAS Akan Jadi Contoh Siksa Dunia Umat Terdahulu Jika Islam Hancur Bawah Pakatan Rakyat

Makcik Hajjah Sitt Hina Islam Guna Pelayan Luar Negara

Pemilik akaun laman sosial Twitter, sitt_alwuzara yang menimbulkan kontroversi menghina kesucian agama Islam ketika ini dipercayai menggunakan pelayan luar negara.

Menurut sumber Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), walaupun pemilik akaun itu menggunakan pelayan dari luar negara namun ia boleh melayari atau menghantar sebarang maklumat dari dalam negara ini.

Difahamkan, berikutan itu, ia menyukarkan SKMM menjejaki pemilik akaun terbabit.

Jelas sumber itu lagi, SKMM masih menjalankan siasatan lokasi sebenar pemilik akaun itu melakukan jenayah siber yang boleh menimbulkan kemarahan umat Islam.

“Kita percaya pengendali Twitter itu menggunakan pelayan luar negara untuk berhubung melalui laman sosial tersebut.

“Dia juga boleh berinteraksi menggunakan pelayan dari luar negara sama ada di rumah, pejabat mahupun kafe siber di negara ini,” katanya.

Pemilik akaun Twitter yang sebelum ini cuba disekat oleh SKMM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Facebook dan blognya, terus mencabar kesucian Islam melalui penggunaan gambar profilnya.

Gambar yang digunakan dalam akaun Twitter miliknya itu menunjukkan penyanyi pop Amerika Syarikat yang terkenal dengan imej pelik, Lady Gaga sedang duduk di atas rumah suci Kaabah sambil memegang mikrofon.

Laman Twitter itu mula beroperasi sejak 5 Mei lalu dan telah berinteraksi hampir 1,000 kali serta mempunyai 3,361 pengikut sejak dibuka.

Pemilik akaun tersebut turut mendakwa dia sebenarnya wanita warga Malaysia yang berketurunan Melayu dan beragama Islam serta pernah menunaikan ibadat haji.

Kini pemilik akaun Twitter itu telah menukar profil kepada gambar seorang gadis berpakaian menjolok mata yang berdiri di belakang Kaabah dengan tulis IKEA.

Ulasan

Bukan sedikit penghina Islam hidup bebas di negara berpenduduk Islam terbesar di dunia, Indonesia. Buktinya anda boleh melihat di www.topix.com dan pilihlah topix khusus bagi Malaysia.

Kebanyakan mereka merupakan anak Batak Kristian atau Cina Kristian atau mana-mana pribumi Kristian yang sedang berperang dengan umat Islam di Indonesia dan mereka menang dengan bergaya.

Kali ini, mereka memerangi umat Islam di negara ini dengan kaedah yang sama dengan cara mereka memerangi dan membungkam umat Islam di sebuah negara yang mempunyai 220 juta penduduk Muslim.

Golongan ini adalah penyokong bagi perubahan kerajaan Malaysia agar ditegakkan oleh golongan anti-Islam dan pilihan mereka telah diperjelaskan iaitu Pakatan Rakyat melalui DAP dan Anwar Ibrahim.

Mana-mana pihak yang anti kepada sikap melebih-lebihkan umat islam di negara ini mengharapkan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Malaysia dan memaksa Islam disamaratakan dan tidak diistimewakan.

Siapa antara mereka yang peduli dengan kewujudan sebuah parti Islam dikalangan Pakatan Rakyat? TIDAK ADA. Mereka telah mengetahui peranan PAS dan mereka telah mengetahui kapasiti PAS! Hanya dengan buta hati dan telah terlajak membayar tol ke neraka, ahLIPAS enggan berpisah dengan Pakatan Rakyat!

Runtuhnya keislaman rakyat negara ini pasti sekali tanpa disebabkan oleh tindak tanduk Najib dan Rosmah seperti mana ahliPAS yang jahil lagi hanyir kerap mainkan, malah, diruntuhkan oleh perubahan pemerintahan Melayu Islam dengan pemerintahan sekular totok yang menjadi intipati sokongan PAS untuk SEKELUMIT KUASA, justeru akan memperlihatkan siapa yang akan menyesal di Yaumiddin, hatta Bob Lokman yang merasakan dirinya kini suci.


Adakah benar sang pengkomentar anonymous penyembah Nik Najis yang berhujah seperti anak PASTI? Sebenarnya, sesetengah orang merasakan dia telah melakukan sesuatu yang ma'aruf tetapi hakikatnya dia sedang melakukan inti kepada sebuah kemungkaran yang akhirnya dia sendiri tidak faham mengapa perbuatannya dikategorikan sebagai pelaku kesalahan dalam memimpin umat Islam.