Penyokong komunisme tidak lain hanyalah mahukan institusi raja digulingkan dengan apa cara sekalipun. Memang kita boleh anggap nama-nama pejuang berhaluan kiri yang kerap dijulang dewasa ini telah kononnya dituduh sebagai pengganas komunis, padahal mereka juga memperjuangkan kemerdekaan.
Namun, kemerdekaan jenis apa? Mereka ini bersekongkol dengan Parti Komunis Indonesia pada saat pemerintahan Jepun dan sama-sama menegakkan agenda dalam satu pakatan merentasi Nusantara untuk menjadikan rantau ini bebas dari institusi beraja.
Pada 3 Mac 1946, lima kesultanan Sumatera Timur dihancurkan, sultan-sultan di bunuh, mereka yang bernama Tengku, Raja, Engku dan Wan dibunuh kejam oleh Parti Komunis Indonesia pimpinan Amir Syarifuddin yang pada mulanya dianggap wira Indonesia, namun akhirnya di bunuh oleh pemerintah Indonesia sendiri kerana mahu menggulingkan pemerintahan Sukarno yang dahulunya membantu gerakan mereka menjahanamkan institusi raja. Sebab apa? Sebab Amir Syarifuddin mahu menubuhkan Kesatuan Sosialis Soviet Indonesia.
Di negara ini, tiada yang lebih mulia untuk mengatakan anasir komunisme yang mula ditiupkan ini adalah sesuatu yang perlu diperangi, dan pihak berkuasa perlu menahan mereka dibawah ISA. Jika mereka tidak diperangi oleh pihak berkuasa, rakyat yang membenci penjahanam ini yang akan bertindak dan masalah akan menjadi bertambah rumit lagi.

2 comments:
Salam. Keluarga Sultan tu mesti menyimpan dendam kesumat untuk menuntut bela punca kematian Sultan darah daging mereka.
sudah tentu.. hasilnya pada tahun 1960an 2juta - 3 juta puak pro-komunis dibunuh oleh rejim suharto.. di sumatera timur shj hampir 2 juta yang dibunuh... dendam keluarga di raja sumatera timur telah terbalas walaupun mereka kehilangan segalanya..
Post a Comment