Thursday, July 07, 2011

Kononnya Facebook, Tweeter dan Talian Telefon Disekat Pada 9 Julai


Kalau dah kerjanya mengganggu gugat ketenteraman, mereka akan buat apa sahaja untuk memastikan ketenteraman akan digugat. Contohnya dengan mengeluarkan kenyataan berupa hasutan kononnya tindakan menyekat Facebook, Tweeter dan talian telefon mudah alih akan dibuat pada 9 Julai ini.

Perhimpunan yang dibenci orang ini tidak sama dengan di Mesir yang membawa berjuta orang ke jalanan dan itu pun membuatkan pemerintah Mesir mengambil masa beberapa hari sebelum tindakan menyekat laman sosial dan talian telefon dibuat.

Apa sangat dengan perhimpunan bodoh BERSHIT ini? Lihat statistik undian di Facebook di atas. Ini sangat jelas menunjukkan BERSHIT tidak sama dengan gelombang kebangkitan rakyat di Mesir yang menumbangkan diktator Hosni Mubarak yang memerintah berpuluh-puluh tahun dan terang-terangan menipu dalam pilihanraya.

Untuk mengundi di Facebook, klik SINI

Thursday, July 7, 2011

Facebook, Twitter dan mungkin Line Handphone Akan Dimatikan Sabtu Ini

Tulang Besi mendapat maklumat yang tidak dapat Tualng Besi sahkan tapi wajib Tulang Besi kongsi bersama keseluruhan rakyat Malaysia.

Diberitakan ada arahan telah dikeluarkan kepada MCMC untuk menutup aksess kepada Google,Facebook, Twitter, Youtube serta beberapa laman sosial yang lain pada hari Sabtu ini seluruh Malaysia./

Tujuannya adalah supaya semua komunikasi dimatikan bagi menyukarkan peserta-peserta BERSIH berkumpul dan berarak Sabtu ini.

Juga diharapkan supaya maklumat-maklumat yang "merbahaya" kepada UMNO dan Barisan Nasional tidak mudah disebarkan kepada rakyat Malaysia.

Mereka telah belajar dari Kebangkitan Arab di mana gambar-gambar serta "footage" rakyat ditembak, dipukul, dibelasah dan disiksa tersebar dengan meluas menyebabkan revolusi menjadi semakin marak.

Mereka juga belajar dari Mubarak, Gaddafi, Assad dan Raja Khalifah untuk mematikan aksess ke laman-laman sosial ini bagi menjamin kelansungan perhimpunan BERSIH terjejas.

Tulang Besi juga diberitahu servis handfone sekitar Kuala Lumpur juga akan dimatikan oleh ketiga-tiga operator: CELCOM, MAXIS dan DIGI. Ini selaras dengan tindakan yang diambil oleh Mubarak sewaktu bermulanya Revolusi Mesir tempohari.

Namun, kasihan juga Mubarak sekarang ini disaman berpuluh-puluh juta kerana kerugian yang ditanggung oleh syarikat2 handfone di Mesir.

Maka, bersedialah wahai mereka yang bakal menjadi peserta.

2 comments:

Anonymous said...

Aku setuju sangat semuanya dimatikan sehari dan pada hari tersebut. Tak kan sehari dua tak ada telefon dan internet mati kot. kalau tak makan pun seminggu dua hidup lagi. lain le kalau tak ada oksigen....30 saat pasti mati.

IPOH MALAY said...

kena ingat la.. 29 juta penduduk ada urusan masing2... org nak beranak.. org eksiden.. keter rosak.. mak tunggu anak... buat org marah je..