Thursday, August 04, 2011

Pakatan Rakyat Bakal Izinkan Kemurtadan

Sebuah kumpulan penyokong kemurtadan yang digerakkan oleh seorang warga Singapura, bernama Murtads In Malaysia & Singapore turut disertai oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran (DAP) , ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai (PKR) , Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Hiew King Cheu (DAP), ADUN Rawang, Gan Pei Nei (PKR) , ADUN Kota Damansara, Nasir Hashim (PSM), Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye (PKR) dalam kumpulan yang berdiskusi memburukkan Islam atas komen komen yang cukup menyakitkan hati.

Cukup hairan apabila motif penubuhan group itu ialah untuk mengkritik dasar Malaysia yang menghalang kemurtadan tetapi mereka tidak berniat berbincang soal undang-undang dan cara meminda undang-undang tersebut.

Apa yang mereka buat ialah menghina Islam, junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dan Allah SWT. Mengapa? Pastilah kerana mereka mahu undang-undang dan kesedaran memegang dua pertiga hak mengubah perlembagaan itu dijauhkan dari pengetahuan orang Melayu!

Maka dengan itu, mudahlah mereka meminda perlembagaan sekiranya sokongan bukan Islam ke atas Pakatan Rakyat telah memastikan kuasa tersebut ada di tangan mereka hari ini. PAS di perkudakan di jalan raya. Ahlinya tidak tahu membaca Federal Constitution dan tidak dapat memberi pembelaan ke atas Islam melalui teknik-teknik perundangan pindaan dua pertiga ini andai pemerintahan jatuh ke tangan puak pembangkang.

Kita wajar hairan mengapa politikus bukan Islam ini yang beria-ia menyokong kebersamaan mereka terhadap penghina Islam dengan kejian jahat. Memang mereka tidak memberi komen, namun kehadiran mereka di situ dengan profil rasmi sudah pasti merupakan sesuatu yang mereka kehendaki. Walhal, sebagai kafir totok, mereka tidak mempunyai kena mengena dengan kemurtadan kecuali penegak dogma sosialis yang tersisa, Nasir Hashim.

Puas hati? Betulkan jalan anda sebelum melihat permata atas jalan orang lain yang masih boleh dijual untuk dibuat duit. Tetapi sokongan terhadap Pakatan Rakyat menjual Islam dan membeli sekularisma total yang sampai bilapun anda tidak akan dapat tebus. Lihat sahaja Indonesia dengan 80% penduduk Islam. Mereka sendiri menyokong sekularisma total. Ia tidak dapat ditebus semula.





3 comments:

C L J said...

Grand plan mereka sedang rakus menerobos kini. Kerana mereka dah rasa meraka dah cukup kuat dengan pas dibelakang bereka. Mashaallah. Sedarlah wahai saudara saudara seumat ku.

perspektifmuda said...

mereka sendiri tidak percaya pas
http://perspektifmuda.blogspot.com/2011/08/penyokong-pakatan-pun-anti-pas.html

IPOH MALAY said...

soal murtad.. keluar agama.. memilih agama.. kita sedia maklum.. masyarakat islam Malaysia sendiri telah menentang.. jika mereka keluar juga tanpa heboh2.. sudah tentu mereka akan terus selamat dalam agama baru mereka.. itu menunjukkan, mereka masih boleh menukar agama.. TETAPI.. mereka tidak berhak menghina anutan asal secara terbuka