Monday, September 05, 2011

Ketika Polis Guna Senjata Milik British Untuk Bunuh Pihak Yang Turut Guna Senjata Milik British Untuk Bunuh Orang Awam

Jika anggota polis di Bukit Kepong menegakkan kuasa British, Parti Komunis Malaya dengan Melayu laknat di dalamnya menegakkan apa? Daulah Islamiah? Malaya Darussabu?

Jika anggota polis yang memastikan orang kampung tidak dibunuh dalam perigi buta atau dibakar bersama-sama rumah pusaka mereka, Parti Komunis Malaya dengan Melayu laknat di dalamnya menjamin keselamatan siapa? Habitat babi hutan yang menjadi makanan rasmi mereka?

Jika polis memastikan orang Melayu yang membanting tulang empat kerat menanam padi dan tanaman kontan tidak berputih mata dirompak gerila, Parti Komunis Malaya dan Melayu laknat didalamnya berbuat apa? Menolong membajak tanah kebun dan bendang orang kampung supaya ringan beban mereka?

Jika anggota polis memastikan orang kampung tidak ditipu oleh tali barut komunis, Parti Komunis Malaya dan Melayu laknat di dalamnya berbuat apa? Memberi keizinan pada anggota kafirnya untuk masuk masjid, berpura-pura solat dikalangan jemaah solat Jumaat, untuk mengintip dan mengumpul maklumat?

Jika anggota polis menggunakan senjata api yang dibekalkan oleh British untuk melindungi orang awam, mengapa Parti Komunis Malaya menggunakan senjata api yang turut dibekalkan oleh British (untuk menentang Jepun) sebagai senjata untuk membunuh hampir 2,500 orang awam yang kebanyakannya beragama Islam dalam 12 tahun?

Fakta yang tidak boleh dipadam ialah, sepanjang 1945 hingga 1960 , lebih 11,000 nyawa telah melayang. 2,500 darinya ialah orang awam. Jika dihitung dengan jumlah anggota keselamatan yang gugur,lebih 4,000 nyawa melayang dengan senjata pemberian British yang disandang gerila-gerila komunis.

Selebihnya adalah bangkai-bangkai para pejuang atheisme penentang agama. (komunis (dan Mat Sabu) kata : agama adalah candu yang merosakkan manusia) Ironiknya kini disokong sebuah 'parti islam' yang tak lama kelmarin malu-malu anjing untuk menyuarakan penentangan ke atas gerakan memurtadkan orang Islam, dan kali ini, dengan tanpa malu dan segan, menyokong fahaman freethinker.

Kesimpulannya, jika Mat Indera boleh mempertunjukkan kebodohannya setengah abad lalu, dengan memilih untuk berjuang tanpa terikat dengan mana-mana hukum agama walaupun dia sendiri mendapat didikan agama yang cukup sempurna, tidak mustahil individu tenging seperti Mat Sabu juga mampu mempertunjukkan kebodohannya hari ini.

Malah cucu Mat Sabu di zaman sains roket kelak pun berpeluang menunjukkan kebodohannya kepada umum andai kandungan otaknya setaraf sang datuk yang berbesar hati untuk memalukan diri sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

PAS DAN KOMUNIS SAMA SAJA

1. MESTI FANATIK PADA PARTI
2. KOMUNIS KATA AGAMA ADALAH CANDU DAN PAS PUTAR BELIT AGAMA SERUPA ORANG MABUK CANDU
3. PENGERUSI TAK DAK KUASA, SETIAUSAHA AGONG DAN MURSYIDUL YANG BANYAK CAKAP

IPOH MALAY said...

like!