Kebodohan yang diiktiraf hanya menyuburkan lebih banyak kebodohan di sana sini. Contohnya, kebodohan Sukarno mengiktiraf perbuatan kejam Perdana Menteri Indonesia kedua, Amir Syarifuddin (gambar) yang mengepalai Parti Komunis Indonesia, atas kejayaan membunuh 5 Sultan negeri berdaulat di Sumatera pada tengah malam 3 Mac 1946.
Pada zaman itu golongan Melayu berhaluan kiri di Malaya mengangkat lelaki Batak Harahap ini sebagai inspirasi demi memastikan Malaya dimerdekakan dari British hanya untuk dijajah Indonesia.
Tetapi, Sukarno akhirnya sedar bahawa dia diperbodohkan oleh Amir Syarifuddin. Amir mati dibunuh tentera atas arahan Sukarno walaupun 3 tahun sebelum itu, mereka sama-sama bergandingan menentang penguasaan semula Belanda.
Balasan untuk 'ketua komunis melayu senusantara' ini pantas dikirim Ilahi. Pada19 Disember 1948, dia dan pengikutnya ditembak oleh cabang Angkatan Bersenjata Republik Indonesia di pinggir lubang yang digali khusus untuk menanamnya beserta pengikutnya.
Dalam masa hanya 11 bulan selepas tugasnya sebagai Perdana Menteri Indonesia kedua disambung oleh Perdana Menteri Indonesia ketiga, Dr. Mohammad Hatta, makhluk sanjungan Melayu berhaluan kiri di Malaya pada ketika itu telah lenyap untuk menjamin keselamatan mereka di sisi rejim Chin Peng.
Amir Syarifuddin dibunuh kerana didapati cuba menubuhkan Republik Sosialis Soviet Indonesia di Jawa Timur. Kematiannya membuatkan Melayu berhaluan kiri yang menumpang lindungan Parti Komunis Malaya menjadi hilang arah, lalu mengangkat Chin Peng sebagai ketua mereka . Kita kembali kepada kisah Sukarno.

Kebodohan Sukarno paling mula ialah tatkala mengiktiraf masterplan Amir Syarifudin dalam komplot pembunuhan Sultan-sultan Sumatera Timur dan para kerabat yang mempunyai nama Raja, Tengku dan Wan. Akhirnya tindakan Sukarno membuatkan dirinya sendiri terasa bodoh, lalu tindakan-tindakan bodoh mula diambil, sebelum dia diperbodohkan oleh kebangkitan gerakan kesatuan sekerja, dan kebangkitan gerakan-gerakan sosialis dengan hebat sekali hasil perancangan dalang-dalang komunisme sehingga Sukarno merasakan kuasanya terancam.
Kebodohan Sukarno makin terserlah apabila demi menguji sokongan rakyat Indonesia yang dilihat semakin terpengaruh dengan agenda sosialis komunis, dia terpaksa menebar propaganda peperangan dengan Malaysia yang kononnya telah menjajah Sabah dan Sarawak atas bantuan British dan Amerika Syarikat.
Tetapi Sukarno tersilap kerana menjaja nama Amerika Syarikat apabila fakta menunjukkan beberapa bulan sebelum itu, Sukarno berjaya menjajah Irian Jaya (Papua Barat) dengan meminta bantuan Amerika Syarikat supaya mengarahkan Australia melepaskan penguasaannya ke atas Pulau Papua dan mengiktiraf kedaulatan Indonesia ke atas Papua Barat.
Sebagai hikmah untuk kita renungkan, bermula dari tahun itu, sehingga ke hari ini, Amerika Syarikat kekal memonopoli perlombongan emas di Papua Barat yang merupakan antara lombong emas paling paling produktif di dunia. Bandingkan dengan fakta bahawa hari ini, tiada lagi kepentingan British tersisa di Sabah dan Sarawak.
Kebodohan Sukarno berlarutan sehinggalah akhirnya dia diperbodohkan oleh Jeneral Suharto yang merampas tampuk pemerintahan Indonesia, memulihkan hubungan dengan Malaysia dan memajukan kembali negara Indonesia. Sukarno akhirnya mati dalam sepi dan frustasi, hanya beberapa tahun selepas digembirakan dengan sokongan padu berjuta-juta rakyatnya penuh sorakan saat mendengar pidatonya yang berdegar-degar melaungkan slogan 'Ganyang Malaysia'.
Jika Sukarno tidak bodoh, sudah tentulah Suharto tidak perlu bersusah payah membunuh hampir 3 juta rakyat senegaranya sendiri yang disyakki menyokong perjuangan komunis di Indonesia antara tahun 1965 hingga 1966.
Jika Sukarno tidak bodoh, dia pastinya bersama menentang komunisme pada saat negaranya berpeluang untuk merdeka, iaitu pada saat yang sama ketika anggota keselamatan negara ini berhempas pulas menggempur gerila komunis yang disanjung Mat Sabu, nescaya 3 juta nyawa dapat diselamatkan 20 tahun kemudian di Indonesia.
Pun begitu, lihatlah pengaruh komunis yang telah kental mencengkam dasar negara bangsa Indonesia sehingga hari ini. Buktinya, tiada agama yang diangkat oleh pemerintah negara melebihi agama yang lain. Walaupun terdapat 200 juta umat Islam dari 250 juta penduduk, pemerintah Indonesia tidak bertanggungjawab untuk membina masjid-masjid dan sekolah agama seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri di negara ini walaupun hari ini Malaysia hanya mempunyai 65% penduduk Muslim.
Lebih menyedihkan, seluruh rakyat Indonesia berbangga dengan sekularisma total tanah air mereka walaupun dari mulut mereka yang taat kepada ajaran Islam. Inilah model yang menjadi idaman Anwar Ibrahim dan model ini membuatkan pembangkang kafir negara ini tidak menyanggah hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri walaupun mengetahui Anwar gemar berjubur. Bukan saya kata. Karpal Singh yang kata 14 tahun lalu.
Pendek kata, benarlah kata orang-orang yang berilmu. Hanya si bodoh yang pantas mengiktiraf kerja bodoh yang dilakukan oleh si bodoh yang lain yang akhirnya melahirkan masyarakat yang cenderung membuat keputusan yang bodoh-bodoh belaka.
2 comments:
tahniah! tulisan yg sgt menarik ttg komunis si nusantara.. bukan mcm mat sabun yg kena dadah syabu seround pastu sukati buat kesimpulan hanya dr cebisan sejarah..
Untok pengetahuan org melayu/islam pada masa itulah alimulama telah di bunoh olih komunis,selebehnya melarikan diri kadalam hutan utk menyelamatkan diri.
Hidup Jen.Haris Nastion
Post a Comment