Saturday, December 31, 2011

Kepahitan Zaman Pemerintahan DAP di Perak V

KHAMIS, NOVEMBER 13, 2008

Nizar & Perak FM

Kelmarin dulu Nizar menuduh Perak FM, bersikap tidak sedar diri kerana tidak menyebarkan aspirasi Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Perak. Katanya Perak FM sepatutnya tidak melupa hakikat bahawa negeri Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat atas kuasa rakyat. Rakyat mana?

Dalam hal ini, beliau lupa bahawa golongan pendengar Perak FM adalah orang-orang Melayu manakala yang menjadikan Pakatan Rakyat memerintah Perak dan yang meletakkan beliau di kediaman Menteri Besar adalah orang-orang bukan Melayu. Mana ada Cina dengar Perak FM? Mana ada Tamil nak dengar Perak FM. Adoi.. apekeheinye Nizar ni? Sasau ke?

Jadi, siapakah yang cuba menggunakan medium penyiaran kerajaan persekutuan untuk menyebarkan propaganda Pakatan Rakyat terhadap majoriti orang Melayu yang telah meletakkan wakil rakyat dari UMNO seramai 26 dari 59 orang ahli Dewan Undangan Negeri? Lebih separuh orang Melayu Perak menyokong kerajaan Barisan Nasional!

Pakatan Rakyat tidak diundi oleh 100% dari 980,000 pengundi berdaftar di negeri Perak. Hampir 50% pengundi memilih Barisan Nasional. Jika Pakatan Rakyat GILA SANGAT nak menjaguhi kaum minoriti, perlu diingat, pengundi BN bukan seratus dua ratus orang di negeri ini. Mereka mewakili hampir separuh dari penduduk negeri dan majoritinya orang Melayu.

Siapa sebenarnya yang tidak berpijak pada bumi nyata? Engkau la Nizar!!.. Sapa lagi..??

No comments: