Amat menghairankan apabila Anwar membanding-bandingkan kebebasan media di Indonesia dan India dengan kebebasan media di Malaysia.
Ibaratnya, dia menyangka semua rakyat negara ini bodoh-bodoh belaka dan mudah untuk diperbodohkan. Andai kata-katanya didengari oleh pengamal media Indonesia dan India yang tahu mengira untung, sudah tentu mereka menganggap rakyat Malaysia bodoh belaka kerana mempercayai kata-kata Anwar tanpa melakukan kajian bandingan.
Konsep yang jelas ialah, semakin kecil sesebuah negara, semakin condong media negara tersebut memihak kepada pemerintahnya. Melainkan media negara kecil itu telah menguasai pasaran serantau walaupun berasal dari sebuah negara yang kecil.
Membandingkan media Malaysia yang mempunyai 30 juta penduduk dengan media di Indonesia yang mempunyai 250 juta penduduk atau India yang mempunyai 1,200 juta penduduk adalah cara Anwar menunjukkan kebodohannya pada yang nampak. Pada yang tak nampak, ternyata, kebodohan mereka lah yang menjadi sasaran Anwar.
Pasaran India dan Indonesia sudah cukup untuk membuatkan media di negara itu memperoleh untung tanpa perlu bergantung kepada ahli politik mahupun kerajaan. Pun begitu, TVOne di Indonesia yang dipunyai oleh Kepala Partai Golkar, Aburizal Bakrie, tidak mungkin akan menghentam Golkar itu sendiri.
Dan seperti RTM yang berpihak kepada kerajaan, tidak mungkin TVRI akan berpihak mengkritik presiden sendiri.
Media-media swasta di Indonesia dan India sudah cukup kaya dengan pasaran negara tersebut yang luas, besar dan menguntungkan.
Di negara ini, media-media utama tidak mampu untuk menjadi independent. Independent itu sendiri bermaksud tidak bergantung harap. Sedangkan Malaysiakini pun mentekedarah dana asing. Kumpulan Karangkraf yang menjalankan Sinar Harian juga besar kemungkinan disuap dana oleh pihak tertentu.
Maka apa relevannya Anwar menyebut media negara ini dibungkam pemerintah sedangkan media yang mereka danakan seperti Malaysiakini dan TV Selangor masih sahaja berleluasa menyampai berita.
Untuk memperolehi lesen siaran TV menghentam pemerintah yang mana infrastruktur dan prasarananya dibangunkan dan dipunyai oleh pemerintah, bukankah pelik dan gila? Apa gunanya internet yang telah diliberalkan seluas-luasnya oleh pemerintah? Malah pemerintah berusaha dengan memperuntukkan beratus-ratus juta untuk meningkatkan akses kelajuan capaian internet.
Ternyata Anwar hanya berjaya memperbodohkan orang yang sedia bodoh.
No comments:
Post a Comment